Thursday, 28 August 2014

Online shopping mudah tapi???

Ok meh kita sambung tajuk.
Mudah tapi menyakitkan hati betol.
Bila tgk kt fb ramai share ada sale kat fabulousmom, aku insan yg lemah ni pun terbelilah 2, 3 jenis barang.
Padahal sblm ni xpenah bli brg kt sini. Kira first timela.
Biasalah dlm tempoh berpantang nk kuar shopping xblh jd semua keperluan online jela kan.

Bila dh order dan siap buat payment semua dapatlah verification email yg mengatakan pihak diorang dh terima payment yg aku buat dan order akan diproses bila payment diterima.
Aku order hari kamis.
Dan hari ini dah kamis skali lg.
Seminggu kot tunggu.
Aku email tnya status order pn xberbalas.
Aku bukan penyabar sgt orngnye ye.
Harap maaf kali pertama dan terakhir aku shopping kat sini.

Aku pling suka shopping kat nile.com.
Kalau kita buat payment b4 11a.m,
comfirm keesokannya brg tu sampai.
So, kalau korang nk online shopping dgn gumbira pegilah dkt nile.com.
Dah la semua brng murah..


Nasib baik ada ustakjah tlg cool down kan.
Sabarrrr.....


Tuesday, 26 August 2014

Breastfeeding Journey

Harini genap 38 hari berpantang.
Tinggal 2 hari lg nak merdeka.
Seluruh Malaysia nampaknya sambut kemerdekaan sekali dgn aku nanti..hihi.

Tapi aku konfius.
Berpantang ni sebenarnya bape hari ek? Mak aku kata 40 hari.
Tapi ade yg kata 41 ada yang 44.
Tapi aku pilih yg paling sikit sbb aku sukeeee sgt berpantang ni kan..

Sekarang tinggal sebulan lebih lg nk masuk kerja balik.
Baru aku sedar diri stok EBM langsung xbuat lagi.
Punyalah pemalas.
Kata semangat nk fully BF.
Niat nk fully at least 6mo mcm anak first jgk. In Sha Allah.
Tapi dulu xaktif blogging, rugi plak xdpt share kisah suka duka BF anak sulong.


First time pump semalam.
Dapatla 4oz. X banyak pun tp takkan berputus asa. Mujur Spectra 3 yg dh berhabuk ni masih berfungsi.
Kalau tak melayanglah $$$$$.
Tapi teringin jgk nk yg baru.
Sebab spectra 3 berat nk mampp..hehe

BF ni ramai yg kata leceh.
Kena pump la, buat stokla.
Tapi bagi aku senang sgt, especially tgh2 malam kalau ank nk susu selakkan je. Xpayah mamai2 bgn pegi dapur buat susu.
Aku kan suka tidur.
Inilah jalan yg terbaik..hehe.

Lepastu ade yg kata kelengkapan nk BF ni kosnya agak tinggi.
Memang btol breastpump je dh ratus2, belum masuk cooler bag, warmer lagi.
Tapi sekali je kita beli. Pastu boleh guna sampai ke anak no. 2, 3, 4 dan seterusnya...

Jangan risau kalau tiada ilmu tentang BF ni. Korang gugel je.
Dulu masa anak sulong aku pun zero jgk tentang BF ni. Sekarang alhamdulillah tahu la skit2.

Sebagai permulaan jom kita kenal istilah dan cara menyimpan susu perahan.

Istilah Dalam Brestfeeding.

BF = Breastfeeding
EBF = Exclusive Breastfeeding
EBM = Express Breastmilk
Fresh EBM = Susu yang baru di-pam (belum simpan fridge).
Chilled EBM = Susu yang disimpan di bahagian bawah (fridge).
Frozen EBM = Susu beku (disimpan bahagian freezer).
Thawed EBM = Susu beku yang telah dicairkan.


Cara Menyimpan Susu Perahan

Suhu Bilik = 4 Jam
Peti Sejuk (bahagian fridge) = 3-5 hari (> 5 hari masuk beku)
Peti Sejuk 1 pintu (bahagian freezer) = 2 minggu
Peti Sejuk 2 pintu (bahagian freezer) = 3 bulan
Peti Sejuk Deep / Chest Freezer = 6 bulan
Susu beku yang dicairkan -> simpan dalam fridge = 24 jam
Cooler Bag = 12 Jam

Jom kita sama-sama support breastfeeding.


Tuesday, 12 August 2014

Kisah Bilik Bersalin No. 1

Hai...ape kabar korang..
Ni mesti tgh mengunyah depan pc.
Maklumlah bls dendam sbulan xmengunyah..

Sebelum memori aku yg dh semakin low ni lupa pengalaman bersalin hari tu, maka marilah kita cpt2 buat entri khas tentang kisah Bilik Bersalin No. 1.
Cehh...macam seram je kan..
Meremang tak??

Aku deliver 20 Jul 2014 pukul 4.09 a.m. Hari Ahad.
Orang tgh kalut nk sahur kot.
Kali ni lain sikit.
Usia kandungan 38 minggu, yg sulong ngam2 40 minggu ms bersalin.
Betul la mak aku ckp kalau baby boy biasa awl sminggu or 2 minggu dari due..
Due klinik 31Julai 2014. 
Kira awal dekat 2 minggu la.

19 Julai 2014.
Time nak buka puase masa tu.
Tgh prepare hidang makanan berbuka, terasa mcm kluar sumtim.
Bila cek dh kluar tanda.
Aku pn comfius tu air ketuban ke lendir.
Aku cpt2 kol akak n then tanya die.
Dia ckpla kalau ketuban mmg hbis la basah kain. Kalau skit tu lendir.
So, aku punya tanda lendir la kot sbb ckit je pun.
Aku wt lek je sbb xrs contraction pn ms tu..
Lps isyak tu br rs sikit.
Darah pn dh makin byk kluar.
Aku rilek lg sbb kalau ingt pengalaman ank sulong kalau sakit skit2 mcm ni ambik masa 3 ke 4 jam lagi br nak bersalin.
Tapi dh stat kemasla apa yg patut.

Dalam pukul 11 macam tu aku kol mak dulu mintak ampun semua.
Standardla dh nk masuk medan pertempuran br teringat nk mintak ampun kat mak..
Kalau tak menderhaka je kejenya.hihi..
Mak aku plak mcm bg hint srh aku balik bersalin kt hospital Tanah Merah.
Aku pn mmg dh psng niat nk brnak sana, apalagi terus ajak hubby blik.

Otw blik dkt Pasir Mas ad roadblok plak.Mmg kejang jgkla kaki menahan contraction 5 min skali.
Hubby nk pasang lampu emergency tp aku ckp xpyh..
Aku ckp xpe blh thn lg. Lambat lg ni nk bersalin.konfiden habis.
Sampai dkt polis dan2 polis tu tny "nk ke mana mlm2 ni".
Hubby ckpla "bini nk bersalin nk g hospital".
Kalut habis polis tu bg jalan.

Sampai umah mak dkt pkl 12 lbih.
Rilek2 dulu.
Baring2..Contraction mcm td la 5 min skali.
Sampaila pkl 2 lbih ulang alik msk toilet. Terasa mcm nk berry tp xkluar.
Dh nekad dh nk pegi hospital sbb tkt bkn nk berry tp nk kluar budak..hihi

Otw pegi hospital tu smpat lg singgah petronas bli roti.
Bajet nk sahurla konon.
Dlm pkul 3.15 gitu sampai terus msk LR.
Doc cek bukaan rupanya dh 4cm.
Terus doc pecahkan ketuban.
5 minit lps tu terasa lg mcm nk berry..hihi
Panggil nurse ckp nk berry, cpt2 dia pakai glove.

Nurse cek dah fully dilated.
Srh teran terus.
Lama jugakla proses meneran dlm 15 min kot.

Akhirnya 4.09 pagi berjaya jugak setelah berhempas pulas.
Pastu br aku perasan "eh mana hubby saya". Aku tnya nurse.
Tak sempat nk panggil nurse ckp..

Ralat jugak. Aku kalau boleh nk srh tgk betapa susahnya kita sebagai seorang isteri nk bg dorang zuriat ni..ceh ceh...

Ok dh setel bersalin. Next stage benda pling seriau.
Aku pegang tgn nurse aku ckp kat dia akak tlgla bius..sy dh serik dlu ms deliver yg sulong xbius langsng..
Muka akak nurse pasrah je..
Tq akak. Jasamu ku kenang.
Semoga akak dimurahkan rejeki dinaikkan pangkat, semua yg baik2 la..
Alhamdulillah br dpt rs nikmat dijahit dgn ubt bius.

Bila dh setel semua barulah hubby dipanggil masuk.
Mcm poyo je dia ckp "b ingt nurse pnggil nk temankan ms nk push..
Tapi mintak bj baby..eh mcm xpercaya dh bersalin..b dh semangat nk msk td"..ceh ceh padahal....



Qasyah Aryan
Day 1
3.5 kg

Alhamdulillah.
Berakhirnya perjalanan 9bulan yg sgt dipermudahkan olehNya.
Dari awal preknen sampaila berpantang alhamdulillah Allah permudahkan.
Kepada mommies2 yg tgh menghitung hari aku doakan korang pn dipermudahkan juga.
Aminn.

Sunday, 3 August 2014

Pantang dan Hari Raya

Selamat hari raya diucapkan kpd semua yg tersinggah atau menyinggah di qasehuteq.blogspot.com.
Ampun maaf andai tulisan, kata-kata yg pernah tertulis di sini menggoncang sanubari korang semua...hehe.

Hari ni 7 Syawal bersamaan dengan 15 hari berpantang..
Aku selamat deliver second baby pada 20 Julai 2014 bersamaan 22 Ramadhan pukul 4.09 pagi.
Pengalaman deliver next post aku citer ek.

Berpantang di hari raya sgtlah menguji keimanan.
Ketupat, rendang, sate seolah-olah menari-nari minta dihabiskan...huhu.
Xpe raya haji nanti aku qada mkn ape yg xboleh.
Tapi raya pertama dh selamat bedal nasi beriyani...hehe
Gambar pertama kami berempat.
Qasyah Aryan Day 8.
Ni baju raya versi pregnant.
Bukan aku yg gemuk tau..
Dah terberanak sebelum raya, pakai jela yg mana ade kan..
Kesian kakak.
Xberaya sgt thn ni.
Baba yg gembira tak terkata.
Dapat geng.
Dulu ibu je yg ade geng.
Sekarang kita seri..
Itu saje cerita raya 2014..
Raya ikat perut..
Korang mesti puas mkn ketupat rendang kan...

Monday, 14 July 2014

Rezeki Ramadan

Cpuv di bulan ramadan.
Alhamdulillah. Rezeki.
Tq nuffnang, semoga lps ni makin byk lg BE melekat..Aminn..
Jangan lupa klik klik...
Selamat berpuasa.

Sunday, 6 July 2014

Resipi Puding Gula Hangus

Resipi pemanis mulut pertama di bulan puasa.
Kuih ni kalau terasa nak makan better buat sendiri.
Dari beli sehiris dah 2 hengget.
Tu pun xpasti sedap ke banyak tepung kan...
Resipi yg sangat mudah.
Campak2 pastu blend jer.
Sape2 pom boleh buat.
Sebelum ni dah banyak resipi puding gula hangus 
yg aku penah try buat.
Tapi yang ni sajo bekenan di hati.

Bahan-bahan:

8 biji telur
1 tin susu pekat manis 500gm
1/2 tin air
1 sudu tepung jagung
3 titik esen vanila

Cara-cara:

1. Panaskan air dalam pengukus.
2. Kemudian cairkan 3 sudu gula dalam loyang.
3. Blend semua bahan-bahan.
4. Masukkan semua bahan yg telah di blend ke dalam loyang gula yang telah dicairkan tadi.
5. Last sekali masukkan loyang dalam pengukus dan kukus selama 20-30 minit. 

Selamat mencuba...

Wednesday, 25 June 2014

Musim Sakit Mata

Sekarang kan memang musim sakit mata.
Kesian Qaseh..
Ni penyakit berjangkit dari rumah BS.
Tak paham betol dengan mak2 yang tinggal anak kat BS ni.
Dah tau anak kita kena penyakit berjangkit,
cuti jela kan.
Xde perasaan, hantar jugak anak tu kat BS.
Xpasal2 anak orang lain kena sama.





Alhamdulillah hari ni dah fully recover.


Aku amalkan titis air susu badan.
Orang tua-tua kata ubat tu yang paling mujarab.
Mujur ada air susu badan.
Bukan aku punyala, 
kebetulan akak aku baru bersalin,
aku pow la..hehehe..

Dan juga doa ni.


Baca lepas tu hembus slow2 dekat mata time anak tidur.
In Sha Allah...
Dengan Izin Allah sembuhla penyakit tu...

Mantera sakit mata..

"Baik sakit tutttttt, dari sakit mata"..

Saper penah dengar??hehe...

Friday, 13 June 2014

Scholl Compression Stockings

Sekarang dah masuk 33 minggu.
Macam biasalah bila dh nk dkt edd makin kerap plak cramp kaki tengah2 tido.
Penyelesaiannya stokin ajaib...
Baru seminggu pakai, dah beria nk review kt korang..


Sleeping long.
Memang long lah i ckp kat u.hihi..
Xpakai stokin pn dh long kot..
Dulu blh dikatakan memang tiap2 mlm lah aku kejang otot.
Selepas pakai stokin ni baru sekali kena balik.
Tapi xdelah teruk sgt.
Manja2 je.
Aku agak mungkin efek aku punya vericose vein kot.
Dengan pemakaian stoking ni ia membantu melancarkan perjalanan darah kita dan mencegah pengumpulan air di bahagian kaki.
Maka tiada lagi kejang otot..yeayyy!!!


Aku beli kat Watson.
Harga RM83.00.
Sekarang ada less kot.
Harga asal RM100.++.
Sebelum bli korang kena ukur dulu lilit betis, panjang tapak kaki utk dapatkan saiz.


Yg xpeknen tapi suka pakai heel juga disarankan pakai stokin ni.
Kaki pun nak kena jaga jugak uollss..

Tuesday, 3 June 2014

Selamat Pengantin Baru Aina

31 Mei 2014.
Hari tu ade 4 majlis kawen.
Yang dapat pegi 2 je.
Tu pun bahagi ngan hubby.
Dia pegi majlis kawan dia, 
aku ofkosla nk menghadirkan diri di majlis bff.

Aku penah post majlis tunang dia dulu.
Aina tunang
Tahun depan aku post kau dapat baby plop Na ek.
In Sha Allah...


Cantik sangat ko punya pelamin Na.
Ala2 fairy tales gitu.


Sebelum ko tanya aku cakap awal2la kau pon cantik gak.
Pakej skali ngn pelamin.


Bersama mcgie yg vogeh.


Juga Ujam vogeh dan togeh.
Sekuteri UMK yang berwibawa giteww..


Ujam, uteq, aina n mcgie.
Dan mek cewie qaseh.






Bersama ujam yang bizi.
Tak bersengke plop beliau dapat menghadirkan diri.
Tq ujam kerana sanggup memungut daku di rumah.
Perutku yang agak boroi.
Kenangan 8 bulan kandungan..ececece

Mcgie bersama anak-anak menakang.

Auwww.
Sangat bertatasusila na.
Tak sangka plop aku tgk mu dah kawin.
Jangan nakal-nakal na.
Zaman sudah berubah.
Jangan buli hubby na.

Princess Tutu.

Na aku ucapkan:
Selamat melayari alam rumah tangga.
Semoga bertambah kesopanan dan kesusilaanmu.
Banyakkan bersabar dengan suami,
dengan mertua, In Sha Allah kekal hingga ke syurga.
Aminnn...

Wednesday, 28 May 2014

Family Day: Perdana Beach Resort

Family day ni hari sabtu lepas.
Buat dekat Perdana Beach Resort, Pantai Cahaya Bulan.
Kali pertama join office punya family day.
Anti sosial sangat.
Bukan ape aku biasa hari minggu lebih suka balik kampung.
Berfamily day dengan family sendiri lebih seronok dari berfamily day dengan office..hikhik..
Tahun ni tetiba terasa nak pergi, maka terpergilah.
Tahun depan?
In sha Allah..

Kasmawati dengan gadis-gadisnya.

Kasmawati, Puan Amni dan Eila.
Gedikss..

Kasmawati & Kak su.

Baba dan kakak.

Matahari yang memancar panas cengceng...

Game boling padang.

Game kanak-kanak ribena.
Bawa bola pingpong dalam sudu.
Berbaju pink, anak sapolah tu kan kak eila
Semangat, panggil pun xtoleh takut jatuh bola.

Baba pun ambik port.

Terompah gergasi.


Aktiviti riadah yang ada kat Perdana Resort.
Dah puas aku pikir apa orang panggil ek?
cycling??boat cycling??
RM12 untuk 30 minit.





Family day yang biase2 je.
Xdelah happening sangat.
Dahla TV 40 inci pun xdapat.
Motif utama kot join...hehehe

Tuesday, 27 May 2014

Diari Kehamilan: Emosi dan tahap kesabaran

Fasa kehamilan yang paling mencabar adalah trimester ketiga.
 Time ni memang tekanan fizikal makin terasa. 
Kita cepat merasa letih, mengantuk, 
lagi-lagi waktu petang.
Memang tak boleh nak elak.
Tapi aku xlayan sangatla perasan tu, selalu lawan je.
Buat rilek-rilek, balik rumah mandi, masak, buat macam biasa je.

Tapi kejadian petang semalam memang tak boleh sabar.
Sampai rumah hubby drop kami dua beranak je.
Katanya ade hal kat Pasir Mas.
Terus masuk rumah mandikan Qaseh, 
pakaikan baju tidur semua.

Dah setel terus masuk dapur kemas-kemas nak masak,
masa tu aku dengar kat tv tengah tayang Ceria Popstar.
Yang budak nama Kashika rambut ketak-ketak tu tengah nyayi lagu Frozen.
Let it go...let it go.......



Habis je lagu tu, "Ibu, kakak kencing atas sofa"..
Watderrrrr........
Sakitnya hati iiiiii....
Hilang sabar terus, aku tanyala "bakpo xroyat nak kencing??"

"Kakak sibuk..."
Waaaa......kemah kemingnya jawapan kakak...
sibuk dengar lagu frozen...
Tahula kakak minat lagu tu, tapi janganla sampai tahan kencing...
Maka, merasalah cubitanku dan meraung2lah beliau.
Baba pun xde nak pujuk2 maka menangisla sampai tertidur..

Tidur dari Maghrib sampaila pagi tadi masa nak hantar rumah babysitter, pun xbangun2 lagi.
Bila teringat balik, rasa bersalah pun hadooo...
Maybe dia xsedar terkucil, yelah penangan frozen katakan.
Tapi tahap kesabaran tu makin menipis ditambah dengan faktor keletihan..hihihi

Ya Allah jauhilah sifat amarah dalam diriku.
Tetapkan pendirian dan tahap kesabaran.
Aminnnn..


رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِذْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ

Artinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (kurnia).” (QS. Ali Imran: 8).


Monday, 26 May 2014

Air selusuh & doa mudah bersalin

Kita hanya berusaha selebihnya tawakal dan berserah kepadaNya.
Itu lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.
Semua yang berlaku dengan izinNya.

Air selusuh yang disediakan suami sendiri adalah yang terbaik.
Ilmu ni aku dapat dari ibu mertuaku dan hari ni aku nak share dengan bakal ibu-ibu yg tgh menghitung hari..hehe..

Bila kandungan dah masuk trimester ketiga para suami dah boleh buatkan air selusuh ni untuk isteri.

Caranya:

Mula-mula lakukan solat hajat.
Letakkan sebotol air untuk dijadikan air selusuh.
Selepas selesai solat hajat baca Al-Fatihah.



Diikuti dengan Selawat Shifa.


Kemudian baca surah Al-Hashr ayat 21-24 sebanyak 41 kali.


Diikuti dengan doa selusuh:

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri disebut), penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.” 

dan doa dipermudahkan:

” Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah Mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”

Selain dari air selusuh kita juga digalakkan mengamalkan doa-doa untuk memudahkan bersalin seperti:


Selebihnya tawakal kepada Allah agar dipermudahkan proses bersalin.
Aminnn...