Tuesday 29 April 2014

D.I.Y: Lace simple di baju kurung & gaun kanak-kanak

Dekat-dekat nak raya ni makin banyak orang view post lace simple di baju kurung.
Ni mesti korang cari idea untuk buat baju raya kan.
Xpe kali ni aku post lace baju yg lain.
Nanti korang boring asyik view yg sama.

Aku pakai masa Raya Haji tahun lepas.
Harap-harap dapat beri korang idea.

Baju: Warna grey
Lace: Maroon


Pastu tambah dengan pearl untuk menaikkan lagi seri baju..ewahhh.



Yang ni gaun Qaseh.
Pun jahit lace yang sama.



Selamat menjahit uolsss.....

Thursday 17 April 2014

Qaseh dan Taman Permainan

Banyak sangat gambar kat taman permainan dalam phone ni.
Moh ler kita clearkan memory dengan jadikannya sebagai entry..hekhek..aci dok..

Taman yang selalu pergi taman permainan dalam Taman Orkid dan Taman Tengku Anis.
Yang best Taman Tengku Anis la sebab kawasan luas pastu ade binatang sekali, ala-ala mini zoo.
Tak banyak pun binatang yang ada bolehlah dari tak de.
Nak bawak pegi zoo kat klate dah tak de zoo...
Kesian...




Yang ni kat Taman Orkid.
Trademarknya helikopter.
Kalau Qaseh cakap nak pegi taman helikopter aku dah tau lah dia nak datang sini.



#Prayformh370


Kat sini jugak ada kolam ikan keli.
Bolehlah nak bagi anak-anak kenal dengan ikan keli.



Yang ni kat Taman Tengku Anis.
Baru je pegi kemarin.
Siap ada supa doopa.
RM5 aku ingatkan free.




Ada tambahan binatang jugak.
Dah ada kuda.
Eksaited Qaseh, biasa tengok dalam buku je.


Ibu 25 weeks already.
Hidung dah kembang kembung.


Wednesday 16 April 2014

Fesyen baju raya untuk ibu mengandung

Aku sekarang tengah dalam dilema ni.
Dilema nak decide pattern baju raya.
Raya kan dah xlama, haruslah prepare awal2 kan.
Ibu mengandung pun haruslah nak nampak vogue jugak di hari raya.

Cuma yang menjadi masalahnya aku tak tahu masa tu aku perut buncit lagi ke tak.
Maksud aku, aku dah bersalin or masih membonyot.
Maklumlah aku punye EDD 28 Julai 2014.
1 Syawal tu..
Acaner???

Bila dah pikir-pikir semasak-masaknya aku rasa paling selamat buat baju design peplum kot.
Peplum kalau xpeknen pun boleh, peknen pn boleh dok.
Tapi sekarang peplum ni trend lagi ke?
Rasanya 2, 3 tahun lepas je fofular.
Kan nampak macam ketinggalan zaman.

Ni antara fesyen-fesyen yang aku jumpa kat gugel.
Yang mana satu ok?





Fesyen retis-retis.
Yang ni tak kot.
Seksa dan soos.
Tak muat nak makan ketupat rendang.


Ayu Rodoh.
Pun comei.
Tapi vogue sangat.
Design dh ok rasanya.
Cuma perlu tukar jenis kain je ni.


Korang caner?
Baju raya dah tempah ke belum?
Ke dah siap??

Tuesday 8 April 2014

Resipi Nasi Ayam Hainan

Resipi konon-konon sihat sebab ayam tak perlu digoreng.
Hanya kukus grill panggang, kukus grill panggang 
macam iklan Panasonic..hekhek
 
Nak bagitahu awal-awal, kalau korang perasan,
aku punya ayam hainan ni xmacam yang original resipi punya sebab aku letak banyak kicap sebab aku xsuka resipi asal yang ayam dia macam putih sesajo..
Macam tak terliur kalau dilihat..

Bahan-bahan untuk 2 orang makan:

Untuk ayam

1 bahagian ayam yg dipotong 4
2 inci halia
4 biji bawang putih
Sedikit garam
1 kiub pati ayam
Sedikit minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit taugeh 
Sedikit carrot yg dihiris halus 

1. Ayam dilumur dengan sedikit garam.
2. Bawang putih dan halia ditumbuk kemudian diperap bersama ayam.
Biarkan selama beberapa minit.


3. Kemudian didihkan air di dalam periuk, masukkan 1 kiub pati ayam dan bila menggelegak masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam periuk, perlahankan api dan biarkan ayam di dalam periuk selama lebih kurang 15 minit.
Ayam tak perlu direbus terlalu lama.
Cukup separuh masak.


4. Kemudian keluarkan ayam.
Simpan air rebusan tadi untuk dibuat sup.
Ayam kemudian dikelar dan dilumurkan dengan minyak bijan.
Kukus ayam sekejap bersama dengan kicap cair, sedikit air rebusan ayam dan masukkan taugeh dan carrot.
Kukus selama 10 minit.
Ayam siap.


Untuk nasi

2 cawan beras yang telah dibasuh
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
Sedikit minyak bijan

1. Bawang dan halia ditumbuk.
2. Masukkan minyak bijan ke dalam periuk dan tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan goreng sekejap.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dan masaklah dalam periuk elektrik.



Untuk Sos Cili

4 biji bawang putih
4 biji cili merah
Air rebusan ayam
Sedikit garam dan gula

1. Tumbuk atau kisar semua bahan sehingga halus.

Untuk sup

Masukkan garam dan hirisan daun sup ke dalam baki air rebusan ayam tadi.

Siap!!
Selamat mencuba...




Tuesday 1 April 2014

Qaseh Iris Is 3

Sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan April.
Cepat sangat masa berlalu.
Rasa macam baru je sambut New Year.

27 Mac 2014 genap umur Qaseh Iris 3 tahun.
Happy Birthday to my little girl.
May beauty and happiness surround you today and always.


Walau tahun ni ibu & baba tak celebrate besday kakak, 
tak bermakna ibu & baba xsayang kakak.
Ibu xdek idea sebenarnya nak celebrate.
Plus banyak sangat kenduri kendara bulan ni.
Kita anggap jela makan kenduri tu macam celebrate besday kakak.
Ok tak??hehe

Yang penting doa ibu & baba sentiasa tidak putus untuk kakak.
Semoga kakak menjadi anak yang solehah penyejuk hati ibu & baba.

Aminnnn...