Showing posts with label Qaseh Iris. Show all posts
Showing posts with label Qaseh Iris. Show all posts

Monday, 15 February 2016

Qaseh ke sekolah


Tahun ni genap 5 tahun umur kakak.
Baba yang decide nak hantar kakak ke Sekolah kebangsaan.
Tapi baba pilih nak hantar kakak ke SRJKC.
hmmm....
Apa motif baba ni?



Ibu kan isteri solehah, so ibu iyekan aje...huhu.
Apa pun motif baba hantar kakak sekolah cina, ibu percaya mesti ada sebabnya.



Minggu pertama kakak ke sekolah kakak nampak macam stress.
Bila ibu tanya kakak happy ke tak dengan sekolah, 
kakak jawab happy tapi xde kawan.
Sian kakak tapi baba cakap awal2 memang macam tu. 
Nanti dah biasa ok la.


Sebulan berlalu alhamdulillah kakak dah boleh adapt dengan environment baru.
Tiada lagi muka stress balik dari sekolah.
Hari-hari nyayi lagu cina.
Adik pun tumpang sekaki.
Kadang-kadang ibu stress la jugak bila kakak nyanyi.
Seakan 'turik' telinga dengar bahasa asing...hahaha.



Dah banyak perkataan cina kakak boleh sebut.
First bahasa cina yang kakak tahu 'mayi'.
"Ibu banyakla mayi kat dapur".
Masa tu ibu ignore je sebab ibu pun xpaham sebenarnya..haha.
Bila kat ofis ibu tanya gugel baru ibu tahu apa itu 'mayi'.
Agaknya ibu kena pegi tuisyen kot.


Masa sekolah adakan sambutan Chinese New Year kakak dapat tempat pertama pertandingan mewarna.
Ibu bangga kakak tahu tak..hehehe.
Ibu tanya "kakak colour ape?"
"Kakak colour monkey".

Oh, sebab tahun ni tahun monyet agaknye.



Harapan ibu semoga kakak berjaya buktikan yang kakak mampu menjadi cemerlang di antara pelajar-pelajar yang berlainan bangsa dan budaya dengan kakak.

Pedulikan kata-kata orang. Ibu tahu kakak boleh berdikari.

Wahh, macam berat sangat harapan untuk budak berumur 5 tahun...hahaha...

Wednesday, 10 February 2016

Qaseh & Qasyah First Visit to the Museum

Hye...i'm back...
Rasanya belum terlambat bagi orang macam i nak wish 
Happy New Year sekali harung dengan Happy Chinese New Year..
Sekarang free sesangat so bolehlah start bloging balik.

Walaupun cerita dah basi tapi nak jugak story weolls first time masuk muzium.
Rasanya bulan Disember kot masa ni.

Walaupun muzium ni hanyalah sehasta dari ofis, hari-hari lalu je pun, tapi kerana Pameran Tok Janggut baru sampai Muzium Kelantan.


Not bad lah siap ada unta padang pasir lagi.
Walaupun aromanya agak tidak menyenangkan tapi kita redhaww je sebab kita tak pernah tengak unta live.


Kakak gaya cam model sangattt..
kahkahkah...



Apa ada dalam muzium?
Jom cekidaut!!
















Tu je cerita muzium kami.
Macam rombongan sekolah je pergi muzium..

Sunday, 4 October 2015

SHORT VACAY : SUDARA BEACH RESORT

Just one night stay.
Tapi happy jugak sekali sekala ubah rutin harian.
Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, tidur.
Itulah rutin hari-hari.


Sudara Beach Resort not bad.
Kita bagi 3 bintang.
Pool dia besar xdelah crowded sangat.
Bolehla lepas budak2 main.



View bilik kami.
Boleh pilih nak view mana.
Ada seaview, pool view, garden view, macam-macamlah.

Yang thorbaik tentulah seaview.
2 in 1.
Kat depan pool view kat belakang sea view.






Cuma pantai xde lah lawa sangat.
So so je.
















Itu saje cerita cuti-cuti cinta.
Sekian...

Wednesday, 22 July 2015

Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya semua.
Masih dalam mood raya maka cepat-cepatlah post gambar raya.
Sebelum xde mood, langsung xtepek gambar raya dalam blog.

Raya ni tema hijau.
Tahun ke 5 beraya sebagai isteri.
Maka dah 5 tahun baju bertema..hehehe

Tahun pertama tema putih.
Tahun kedua tema purple.
Tahun ketiga tema hijau muda.
Tahun keempat tema peach.
Tahun kelima hijau balik.

So, tahun keenam tema ape yek??
In sha Allah kalau dipanjangkan umur....



Macam biasa raya pertama rumah mertua.
Menantu solehah memang cenggini...hihi...


Bukan mudah ye nak bergambar dengan anak-anak..
Tapi kita kena gigih.


Masih tiada mood.
Bolehlah dari xde.
Selamat Hari Jadi Qasyah Aryan.
Sekejap je masa berlalu.
Dah setahun anak ibu.
Masih sama, xboleh berjalan lagi.
Takpe slow2 ye..
Disebabkan hari jadi adik jatuh di hari raya, maka xde majlis potong2 kek.
Kita makan je biskut ketupat dan lemang..
Kalau beli kek pun adik xmakan jugek kan...


Kakak on je kalau nak selfie.


Bersama mertua dan ipar duai.


Bapak borek anak hujan rintik-rintik.



Last skali gambar raya kami.
Itu saja cerita raya..tadaa.....
Maaf zahir batin yea....

Monday, 18 May 2015

Mana best?Stroller ke Babywearing?

Perkara pertama pikir bila nak keluar dengan anak-anak adalah letihnya nak gendong ke hulu hilir.
Time ni lah perlunya stroller atau carrier.
Lastly decide beli stroller.
Tapi guna tak sampai 3 kali kot terus jual.
Qasyah tak nak duduk dalam tu.
Stress mak!!

Qasyah tak nak stroller maybe nak duduk dalam carrier kot.
Lepas tu survey carrier plak.
Dulu carrier kakak main beli je.
Tapi tak boleh pakai lama sebab sakit bahu kalau dukung lama-lama.

Masa ni tak de ilmu lagi pasal babywearing ni.
Sehinggalah di invite ke dalam group baby wearing oleh puan suchi.
Baru tahu apa itu SSC, apa itu CC.


Carrier Qaseh dulu kategori Crotch Carrier (CC).
Bila pakai kaki baby seperti belah kiri.
Belah kanan Soft Structure Carrier (SSC).
Agak-agak korang yang mana nampak selesa.
Mesti belah kanan kan.
Yang belah kiri kaki nampak cam tergantung je.
Kesian pulak Qaseh dulu kena gantung macam tu.hehe

So, decide beli SSC untuk adik sebab tak tahan sakit bahu bila guna CC kakak.




Setelah beberapa bulan menggunakan SSC,
kelebihan SSC ni compare ngan stroller yang aku rasa adalah:

1. Senang nak angkut ke mana-mana 
Stroller kan agak bulky. Kalau pergi mall tu laluan tikus  kompom xboleh selitnya. 

Babywearing berlari-lari anak pun boleh.

2. Cepat dan mudah
Kalau guna stroller satu hal nak angkut dalam bonet. Pastu nak keluarkan pulak. Memakan masa di situ. 

3. Jimat ruang kereta
Masa pakai stroller dulu, bonet ngam-ngam muat stroller je.
Myvi kan secoet je spacenya. Kalau shopping barang-barang dah xmuat nak letak dalam bonet.
Kalau korang guna Velfire tak de hal lah.

4. Boleh NIP (Nursing In Public)
Yang ni sangat win. xde org akan perasan punya kita tgh buat apa kalau kena gayanya.

5. Multitask Mummy
Bila ada 2 kids ni kena bijak bahagi masa. Baru tak haru biru. Bila ada SSC aku dapat basuh pinggan, sapu lantai sambil gendong baby. Suka sangat, baby pun happy sebab dapat bertempek je. 

6. Senang nak shopping
Paling penting tau. Kalau bawak stroller susah sangat. Sebelah tolak stroller sebelah nak tolak troli.
Leceh tau tak?


Baba pun senang hati.
Dah tak lenguh bahu dukung baby.


Ibu pun turut senang hati giteww.


Kakak je yang xberapa nak senang hati.
Nak bergendong jugok.
Perlu ke kakak bergendong?
Macam tak je.

Itu semua pandangan aku je.
Korang yang suka guna stroller jangan marah pulek ye.
Pisss yo........

Tuesday, 10 March 2015

Qaseh & Qasyah


Hai anak-anak ibu.
Rindunya kat kamu.
Hari-hari tak sabar nak tunggu hari Khamis.
(Bukan sebab malam Jumaat ye, xde kaitan)

Sebab nak menghabiskan masa bersama-sama dan satu lagi sebab ibu nervous takut tak cukup stok susu nak hantar rumah BS...hehe
Sebab tulah hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu.

Citer pasal stok susu sangatlah sedih.
Kais pagi makan pagi je sekarang.
Sebut je supplemen apa.
Semua dah telan kot.
Kalau tak nampak hasil terus tukar supplemen lain.
Betapa terdesaknya ibu mu ini duhai anak..

Sekejap je masa berlalu.
Tup tup je dah nak start GST...kehkeh.

Qasyah dah nak masuk 8 bulan.
Masih belum merangkak, dah makan solid food.
Makanan kegemaran adalah bubur nasi + kurma.
Sangat tak suka duduk lama-lama dalam kereta.
Maknanya ibu xboleh travel jauh-jauh.
Cepat bosan bila dalam kereta.
Harap-harap bukan sampai bila-bila.
Behave sangat, senang nak urus kecuali bila terlalu mengantuk.

Kakak pula semakin slim dari hari ke hari.
Susah sangat nak makan.
24/7 dengan buku, mewarna je pun..hehe
Sayang sangat dekat adik.
Tidur pun nak sebelah adik.
Kalau bangun tengah malam adik tak de, nangis cari adik, nak jugak tidur tepi adik.
Harap-harap sampai ke besar, tak nak gaduh-gaduh.
Sebab ibu sayang dua-dua.
Tak lebih tak kurang, sama rata...
Semoga membesar dengan sihat anak-anak ibu.
Ibu sayang kamu 94%.
6% lagi untuk GST :P....




Sunday, 15 February 2015

Kakak dan sekolah

Entri yang sekian lama tertangguh.
Cerita sekolah kakak.
Sekejap je masa berlalu dah nak masuk dua bulan kakak ke sekolah.
Alhamdulillah nampak macam dah hepi.
Tadika Perkim ni belakang ofis ibu je.
Senang tak payah jauh-jauh.
Hari pertama kakak ke sekolah kakak nangis.
Hari kedua pun sama.
Hari ketiga baru ok.
Sekarang hari minggu pun kakak nak pergi sekolah.
So semangat..hehe
Satu je masalah kakak.
Kakak tak suka dengan uniform sekolah.
Tak cantik katanya.
Tiap-tiap pagi macam-macam cara nak suruh pakai uniform.
Rasa dah cantik dah jika nak dibanding dari baju sekolah putih biru.

Satu lagi masalah kakak tok se mandi.
Nok mandi sikit.
Tok se mandi rambut nak mandi tubuh sajo..
Macam-macamlah kakak.
Tapi xpelah asal kan kakak nak gi sekolah.
Homework pertama kakak.
Besar sangat agaknya cili cikgu lukis.
Sampai pukul 5.00 petang pun xsiap lagi kakak warna.

Paling tak boleh blah ade student sebijik nama macam kakak.
QASEH IRIS.
Punyalah lama ibu dan baba perah otak pikir nak bagi nama tu.
Tersama la pulek.
Nak buat macam mana..

Semoga kakak rajin belajar.
Nanti tahun depan kita tukar sekolah.
Nanti kakak boring pakai baju sama.

Thursday, 30 October 2014

Saya rindu awak dan awak




Pejam celik bulan Oktober dah nak berlabuh tirai.
Cepatnya masa berlalu.
Bila tgh boring xde keje kat ofis maka teringatlah kat kakak dan adik yang terpaksa ditinggalkan demi mencari dua tiga suap nasi.
Sesuap tak cukup okehh di zaman yg agak mencabar ini..ehemmm..
Sila paham...subsidi..subsidi...subsidi..

Kakak yang tiap2 pagi menangis bila sampai rumah BS.
Demam selsema dari hari pertama hantar sampai ke hari ni.
Agaknya terlalu lama bersenang lenang dengan ibu, 
bila berpisah hanya 9 jam dah jadi tak tentu arah.
Sedih memanglah tak payah cakap bila tengok anak menangis.
Tapi terpaksa ku gagahkan..ceewahh..

Adik ok je.
Maintain sado.
Macam xde pape berlaku.
Lelaki sejati eh?
Cuma yg dirisaukan berat badan xberapa nak naik.
Masa sebulan 4.6 kg, 2 bulan 6 kg tapi masa 3 bulan 6.5kg je.
Sikit je naik dik, kenapa ek?
Maybe dia lebih suka direct feeding kot.
Kalaulah boleh tinggal Cik B kat BS kan best..hehe
Tak payah nak pam2 kan.
Cakap pasal pam aku dah berubah kepada pam brand lain.
Dah bye bye Spectra 3.
Nanti aku citer ape beza Spectra 3 dengan pam baru itu.
Dan tentunya rasa berbaloi-baloi beli yg baru.

In Sha Allah akan menyusukan adik sampai adik cukup 2 tahun.
Walaupun banyaaaak sgt cabaran.
Cabaran pertama kena kursus.
3 hari plak tu, pastu kat KL pulak.
Dah serabut pikir, tapi buat2 xserabut jela kan.

Semoga Allah permudahkan urusan kehidupanku.
Agar dapat teruskan penyusuan sehingga Qasyah Aryan berumur 2 tahun..
Aminn.

Wednesday, 24 September 2014

The joys of motherhood


I love my job..a full time mother.
Tapi utk 90 hari jela.
Sekarang berbaki almost 30 hari je..huhu
Kalaulah aku kaya, xpyh keje ofis.
Cukup jaga anak kat rumah je.
Bukan merungut tau, cuma berangan.

60 hari yg dah berlalu.
60 hari yg membahagiakan.
60 hari yg mengajar erti sabar.
60 hari yg penuh warna warni.

Memang xmenyesal memilih utk berpantang di rumah sendiri.
Tapi aku start berpantang sendiri hari ke 21.
Masa tu dah sihat.
Minggu pertama urus anak-anak sorang diri memang haru biru.
Muka dh macam monster dah.
Kalau luka episotomi belum baik ms tu rasanya boleh terbukak balik.hihi.
Nasib dah sembuh.

Salah aku jgk tak train awl2 kakak bery dalam tandas.
Selama ni kencing je dlm tandas bery dlm diaper.
Penyegannya Ya Tuhan sabar jelah.
Tapi tetiba plak nekad nk train.
Silap timing lah kan.

Bila dia mintak nk pakai diaper, aku tarik masuk toilet.
Masuk toilet xkeluar plak.
Xsampai sejam berterabur atas lantai...
Waa...nangis aku..sadis sgt nk train ni..
Kakak bila baca ni ingat ibu pernah jadi pencacai najis tau..huhu.

Itulah salah satu yg paling mencabar.
Potty train kita sebagai ibu kena tegas dan kuat semangat.
Sekarang alhamdulillah dah berjaya xpakai diaper even tido skalipun kalau nk kencing dia bgn kejutkan aku.
Berkat kesabaran..Terima kasih Ya Tuhan.

Bila berpantang sendiri ni time management tu sgt penting.
Bangun sebelum ank2 bangun.
Mandi, prepare brekpes, mendobi dan kemas rumah.
Bila diorang bangun xkelam kabut sgt.
Kakak jela yg byk karenah sikit, 
adik good boy je.
Bangun mandi minum susu pastu tido.
Kakak byk nk kena layan.
Layan main masak2 , layan main candy crush, nak itu nak ini.
Kalau aku lambat layan sikit mula nak merapu. Pernah cakap

"ibu esok kakak nak mati"..

Aku tanya balik kenapa nak mati tak baik ckp gitu.

"Ibu xsaye kakak ibu saye adik"

Pulak dah..susah jgk nk bagi dia paham yg kita ni xpilih kasih.
Cuma kalau tgh bagi susu kat adik kna setelkan dlu br blh layan dia.
Sebab tu aku cakap kena banyak bersabar.

Walau 60 hari ni kena layan macam macam karenah, kadang kadang jadi monster kejap, baru aku rasa betapa susahnya nk membesarkan anak-anak.
Dulu xrasa. Bila dah ada adik ni dia punya kemengadaan tu bertambah la sket.
Cakap pn tetiba jd pelat selama ni lancar je.

Dia perlukan perhatian.
Aku paham dulu 8.00 pagi anta umah bs.
5.00 ptg pick up.
Sampai rumah mandikan, bagi makan bagi minum pastu tidur...
Esok ulang lagi rutin yg sama.
Tgk2 kakak dh besar..
Kesian kakak.
Tapi nak buat macam mana, kita bkn org berada, bukak mata je harta berjuta.
Ibu dan baba dua-dua kena keje terpaksa cari rezeki.
Nak nak thun depan ade gst lagi..oppsss...hehe


Maaflah..panjang pulak membebel.
Luahan ibu berkerjaya.
Ceewahhh..