Sunday, 15 February 2015

Kakak dan sekolah

Entri yang sekian lama tertangguh.
Cerita sekolah kakak.
Sekejap je masa berlalu dah nak masuk dua bulan kakak ke sekolah.
Alhamdulillah nampak macam dah hepi.
Tadika Perkim ni belakang ofis ibu je.
Senang tak payah jauh-jauh.
Hari pertama kakak ke sekolah kakak nangis.
Hari kedua pun sama.
Hari ketiga baru ok.
Sekarang hari minggu pun kakak nak pergi sekolah.
So semangat..hehe
Satu je masalah kakak.
Kakak tak suka dengan uniform sekolah.
Tak cantik katanya.
Tiap-tiap pagi macam-macam cara nak suruh pakai uniform.
Rasa dah cantik dah jika nak dibanding dari baju sekolah putih biru.

Satu lagi masalah kakak tok se mandi.
Nok mandi sikit.
Tok se mandi rambut nak mandi tubuh sajo..
Macam-macamlah kakak.
Tapi xpelah asal kan kakak nak gi sekolah.
Homework pertama kakak.
Besar sangat agaknya cili cikgu lukis.
Sampai pukul 5.00 petang pun xsiap lagi kakak warna.

Paling tak boleh blah ade student sebijik nama macam kakak.
QASEH IRIS.
Punyalah lama ibu dan baba perah otak pikir nak bagi nama tu.
Tersama la pulek.
Nak buat macam mana..

Semoga kakak rajin belajar.
Nanti tahun depan kita tukar sekolah.
Nanti kakak boring pakai baju sama.

2 comments:

embun suchi said...

akhirnya... hupdate jugok blog qasehuteq.
pandai tey nok baju comey2. suruh ibu jahit manik di baju tu. baru jangak.

qasehuteq said...

Update pn lorat2 gitula bim..jahit manik gk tkt cikgu dekila.ank murid jangok dr cikgu gk xleh la.