Showing posts with label Sentuhan jarijemari. Show all posts
Showing posts with label Sentuhan jarijemari. Show all posts

Tuesday, 29 April 2014

D.I.Y: Lace simple di baju kurung & gaun kanak-kanak

Dekat-dekat nak raya ni makin banyak orang view post lace simple di baju kurung.
Ni mesti korang cari idea untuk buat baju raya kan.
Xpe kali ni aku post lace baju yg lain.
Nanti korang boring asyik view yg sama.

Aku pakai masa Raya Haji tahun lepas.
Harap-harap dapat beri korang idea.

Baju: Warna grey
Lace: Maroon


Pastu tambah dengan pearl untuk menaikkan lagi seri baju..ewahhh.



Yang ni gaun Qaseh.
Pun jahit lace yang sama.



Selamat menjahit uolsss.....

Wednesday, 19 March 2014

D.I.Y: Barut Bayi Velcro

Entri ni khas untuk bakal ibu yang ingin belajar menjahit barut bayi berpelekat velcro.
Aku pilih pelekat velcro berdasarkan pengalaman lalu.hehe.
Serik guna yg tali beb..
Velcro senang, zap lekat, kalau guna tali berpeluh nak pakaikan.

Eh, macam pro je nak ajar orang ken.
Xpe ade sikit ilmu kita kongsi yea.
Dapat pahala lagi.
Kalau rasa eeiii lecehnye, nak tempah boleh??
Pon boleh...hehe.. 

First sekali gunting kain.
Aku guna dua lapis.
Bahagian dalam kain cotton putih.
(guna cotton lembut supaya xpanas)
Bahagian luar kain cotton bercorak.

Ukuran panjang dan lebar.


Gunting melengkung bahagian bawah untuk beri ruang bahagian punggung bayi untuk elak dari terkena najis.


Kemudian jahit kain dari bahagian dalam.


Tinggalkan sedikit ruang seperti di bawah untuk menterbalikkan kain.


Pastikan potong bentuk v rapat2 di bahagian melengkung untuk elak kain dari berkerut bila diterbalikkan.


Kemudian terbalikkan kain dari bahagian yg tidak dijahit tadi.


Rapikan bahagian bucu kain dengan menggunakan hujung gunting supaya kelihatan kemas.


Jahit sekeliling bahagian luar kain.


Kemudian jahit pelekat velcro yang telah digunting mengikut ukuran.



Siap.
Senang dan mudah.
Aku buat dua saiz.
Yang kecik utk sebulan ke 2 bulan.
Contoh yg aku tunjuk ni yg kecik.
Kalau korang nak buat yg besar terus tambah ukuran seinci ke 2 inci.
Pandai-pandailah ek..

Selamat mencoba.
Kalau nak tempah sila drop komen plisss......
Hahaha..

Thursday, 13 March 2014

D.I.Y: Jahitan manik dan labuci

Ni gambar lama dalam phone.
Dari menyemak baik aku tepek kat sini.
Mana tau kalau2 ade yg tgh mencari inspirasi nak jahit baju raya.
Raya kan dah xlama.
Lagi 4 bulan.
Dup dap dup berdebar den nanti cemano nak push baby...
Korang sonokla bleh makan ketupat rendang, aku ntah2 dalam labour room masa tu..sobs..sobs...


Ok.. ni antara jahitan bunga labuci yg paling senang & paling sesuai utk org yg pemalas tp nk nmpk vogue mcm aku.Hehe..
Serius senang...sambil baring je blh buat.



Yang ni kat dada.



walaupun nampak huru hara di situ.
Ade aku kesah...hehe...

Monday, 23 September 2013

D.I.Y: Lace simple di baju kurung

Bila datang mood ni moh ler kita update.
Sekarang ni aku minat sangat dgn lace.
Dah la lace ni mahal, kering poket i.
Tapi i sanggup asalkan bajuku yg kosong xnmpak sendu.
Sebab aku jenis xminat pkai baju krg yg bercorak.
Sampai tahap kalau hari aku terpakai baju bercorak mesti ada yg "eh, nampak lainlah harini"...gitewww...ingt nk ckp i mkin kurus..sentap i...


Baju ni kira yg latest aku jahit.
Baju Aidilfitri 2013.
Baju hijau + lace pink gelap.
Choky pink ke chokychoky ke...
paper jelah yg korang pnggil..
Aku org kmpung jd aku pnggil pink gelap je..haha..
Manik ngn pearl aku xjahit sbb nk bagi simple giloss.


Baju ni pun simple.
Baju gold + lace hitam.


Baju ni aku jahit utk anak buah.
Sempena hari konvo beliau.
Baju royal blue + lace gold.


Baju raya 2012.
Baju light purple + Lace dark purple.

Cara nak jahit senang je.

Mula2 gunting lace ikut bunga.
Pandai2lah.Ikut level kretip anda.





Lepas tu susun ikut citarasa.
Lekatkan dengan pin dan jahit di sekeliling bunga.


Dah siap boleh tambah manik atau pearl.


Semudah ABC.
xperlu nak tempah.
Save bajet lagi.

Selamat mencuba.
Sharing is caring...


Published with Blogger-droid v2.0.1