Tuesday, 19 May 2015

Review: Lacte Duet Breastpump

Hari ini adalah hari untuk menepati janji.
Janji-janji manis yang pernah ditabur untuk review breastpump.

Setelah puas research, gugel, tanya member, istikarah (tipu je) maka terbelilah lacte duet breastpump.
First time rasa berbaloi gila beli barang.
Kalau tak arini beli, sebulan dua let go.
Membazir je keje.


Inilah rupa lacte duet yang banyak berjasa.
Yang membantu diriku merealisasikan impian untuk bf Qasyah.

Kenapa bertukar dari Spectra 3 ke Lacte duet?

Dulu masa guna spectra 3, bila pam susu tu rasa perit sangat.
Kalau susu xkluar lagi rasa sakit.
Mungkin aku dalam kategori sensitive nipple ataupun kategori mengada-gada taik kuda..hehe
So, penyelesaiannya kena cari breastpump yang breastshieldnya lembut.

Bila survey jumpalah lacte duet.
Mempunyai silicon breastshield.
Best sangat.
Time pam langsung xrasa sakit.
5 bintang untuk breastshield!


Satu lagi sebab spectra 3 motor dia ya ampun besar sangat.
Aku pun pening pikir kenapa boleh beli dulu.
Compare ngan lacte duet beza sangat.
Boleh angkat sebelah tangan je.

Pam ni ada 2 motor.
Satu belah kiri satu belah kanan.
Kalau nak guna sebagai single pam just disable yang sebelah lagi.
Bila turn on motor, 1 minit pertama stimulation mode.
Stimulation mode ni penting untuk merangsang pengeluaran susu.
Kira macam mengurutlah. Spectra 3 xde function ni.


1 minit seterusnya akan bertukar kepada expression mode.
Kalau kita nak stay lagi kepada stimulation mode just tekan je butang gambar air tu.

Contoh kalau guna single pam untuk belah kanan sahaja.
Just tekan butang D kemudian R.
Macam gear kereta plak.
D Drive R Reverse..haha

Ok ada yang tanya bunyi motor lacte duet kuat tak?
Aku dkt ofis pam di meja je k..
Kau rasa??
Mestilah senyap kan.
Orang sekeliling tak tahu pun apa aku sedang buat.
Magik tak??

Satu lagi soalan, banyak part tak yang kena basuh?
Boleh tahan la banyak..hehe
Tapi ok la sebab pam ni best.
Kekurangan tang malas basuh tu xefek pun bagi aku.

Antara komponen-komponen lacte duet.


Komponen-komponen ni kalau hilang kita boleh beli tak silap dekat pumponthego ada jual.

Apa yang dapat disimpulkan sudah tersimpul rapi iaitu best sangat guna pam ni.
Aku dah hasut geng2 bf untuk beli pam ni.
Setakat ni terkumpul dah 4 orang terhasut..hahaha.
Harap entri kali ni membantu bf mommy di luar sana yang masih mencari breastpump.

Masalah aku sekarang kesuntukan masa nak pam.
Adakah fremie cup untuk selesaikannya??Hahaha



Manusia tidak pernah puas kan??

7 comments:

embun suchi said...

saya adalah salah seorang geng yang terkumpul itu.
memang puas ati guna lacte duet. harga pun berpatutan.
anda juga patut memilikinya !
ayat ngepeng, tapi iklas dari hati ni.

qasehuteq said...

promote ko ni ci..hihi.
memang dah ci terbaik pam kito ni.

embun suchi said...

tok promote. iklas sy guno meme puah ati. sape2 cari breastpump double, pilihlah lacte duet. corong dia memang torbaik.

amanie said...

tq sis for sharing.. skrg dok tengah compare lacte duet dgn medela fs.. tp sy fulltime housewife.. tny kawan2 ramai yg suggest lacte duet ni.. sis beli kt mana n berapa harga ye.. sy tgh review breastpump utk anak first nanti.. harap sekali beli jelah boleh guna utk next babies plak..

qasehuteq said...

welkem..ramai membe yang guna medela fs beralih arah ke lacte duet..mostly cakap lacte lg best..tp depends pada individu jgk..lagi bagus pergi dkt kedai yg blh test, blh try dulu baru pilih yg mana rasa sesuai dgn kita.saya bli online.tp tak nak suggest seller tu dkt awak sbb dia punya service lps kita bli xberapa nak bagus sgt...rasanya elok pergi dkt kedaila.sng in case kalau rosak ke ape blh terus ke kedai compare deal dgn online seller ni.sy dah guna setahun lbih stakat ni alhamdulillah xde problem lagi la.

Maszaitol Aida M.Ansary said...

Assalam ..nk tnye...corong lacte mmg cepat lekat habuk ye? camne nk elakkn ye..sbb lepas basuh n keringkn..lama sket mesti nmpk cm habuk2 halus...blh bantu share tips sis handle corong lacte?

qasehuteq said...

wlkmslm. ye memang mcm tu sebab corong lacte silikon. sbb tu kena tutup dengan cover plastik utk elakkan habuk melekat..dlm set lacte ade kan cover yg plastik tu kalau puan perasan.