Monday, 18 May 2015

Mana best?Stroller ke Babywearing?

Perkara pertama pikir bila nak keluar dengan anak-anak adalah letihnya nak gendong ke hulu hilir.
Time ni lah perlunya stroller atau carrier.
Lastly decide beli stroller.
Tapi guna tak sampai 3 kali kot terus jual.
Qasyah tak nak duduk dalam tu.
Stress mak!!

Qasyah tak nak stroller maybe nak duduk dalam carrier kot.
Lepas tu survey carrier plak.
Dulu carrier kakak main beli je.
Tapi tak boleh pakai lama sebab sakit bahu kalau dukung lama-lama.

Masa ni tak de ilmu lagi pasal babywearing ni.
Sehinggalah di invite ke dalam group baby wearing oleh puan suchi.
Baru tahu apa itu SSC, apa itu CC.


Carrier Qaseh dulu kategori Crotch Carrier (CC).
Bila pakai kaki baby seperti belah kiri.
Belah kanan Soft Structure Carrier (SSC).
Agak-agak korang yang mana nampak selesa.
Mesti belah kanan kan.
Yang belah kiri kaki nampak cam tergantung je.
Kesian pulak Qaseh dulu kena gantung macam tu.hehe

So, decide beli SSC untuk adik sebab tak tahan sakit bahu bila guna CC kakak.




Setelah beberapa bulan menggunakan SSC,
kelebihan SSC ni compare ngan stroller yang aku rasa adalah:

1. Senang nak angkut ke mana-mana 
Stroller kan agak bulky. Kalau pergi mall tu laluan tikus  kompom xboleh selitnya. 

Babywearing berlari-lari anak pun boleh.

2. Cepat dan mudah
Kalau guna stroller satu hal nak angkut dalam bonet. Pastu nak keluarkan pulak. Memakan masa di situ. 

3. Jimat ruang kereta
Masa pakai stroller dulu, bonet ngam-ngam muat stroller je.
Myvi kan secoet je spacenya. Kalau shopping barang-barang dah xmuat nak letak dalam bonet.
Kalau korang guna Velfire tak de hal lah.

4. Boleh NIP (Nursing In Public)
Yang ni sangat win. xde org akan perasan punya kita tgh buat apa kalau kena gayanya.

5. Multitask Mummy
Bila ada 2 kids ni kena bijak bahagi masa. Baru tak haru biru. Bila ada SSC aku dapat basuh pinggan, sapu lantai sambil gendong baby. Suka sangat, baby pun happy sebab dapat bertempek je. 

6. Senang nak shopping
Paling penting tau. Kalau bawak stroller susah sangat. Sebelah tolak stroller sebelah nak tolak troli.
Leceh tau tak?


Baba pun senang hati.
Dah tak lenguh bahu dukung baby.


Ibu pun turut senang hati giteww.


Kakak je yang xberapa nak senang hati.
Nak bergendong jugok.
Perlu ke kakak bergendong?
Macam tak je.

Itu semua pandangan aku je.
Korang yang suka guna stroller jangan marah pulek ye.
Pisss yo........

6 comments:

embun suchi said...

hok gmbar dukung nga baba tu, tiut molek muka qashah.

bundar molek mata ibu. haha.

qasehuteq said...

sgt membundar ko ci..hehe

embun suchi said...

agak la jugok.

embun suchi said...

agak la jugok.

embun suchi said...

agak la jugok.

embun suchi said...

agak la jugok.