Monday 23 September 2013

D.I.Y: Lace simple di baju kurung

Bila datang mood ni moh ler kita update.
Sekarang ni aku minat sangat dgn lace.
Dah la lace ni mahal, kering poket i.
Tapi i sanggup asalkan bajuku yg kosong xnmpak sendu.
Sebab aku jenis xminat pkai baju krg yg bercorak.
Sampai tahap kalau hari aku terpakai baju bercorak mesti ada yg "eh, nampak lainlah harini"...gitewww...ingt nk ckp i mkin kurus..sentap i...


Baju ni kira yg latest aku jahit.
Baju Aidilfitri 2013.
Baju hijau + lace pink gelap.
Choky pink ke chokychoky ke...
paper jelah yg korang pnggil..
Aku org kmpung jd aku pnggil pink gelap je..haha..
Manik ngn pearl aku xjahit sbb nk bagi simple giloss.


Baju ni pun simple.
Baju gold + lace hitam.


Baju ni aku jahit utk anak buah.
Sempena hari konvo beliau.
Baju royal blue + lace gold.


Baju raya 2012.
Baju light purple + Lace dark purple.

Cara nak jahit senang je.

Mula2 gunting lace ikut bunga.
Pandai2lah.Ikut level kretip anda.





Lepas tu susun ikut citarasa.
Lekatkan dengan pin dan jahit di sekeliling bunga.


Dah siap boleh tambah manik atau pearl.


Semudah ABC.
xperlu nak tempah.
Save bajet lagi.

Selamat mencuba.
Sharing is caring...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 3 September 2013

Trip To Pulau Perhentian

Trip 3D2N kami ke Pulau Perhentian masa cuti merdeka hari tu.
Aku kan dah lama berangan nak ke pulau.
Tak kisahlah pulau mana.
Janji jangan pulau pandan jauh ke tengah, sudah...
Trip ni sebenarnya trip hubby ngan member2 die.
Tapi ade aku kessahhh...hehe..

Tapi hubby yang ajak i.
Bukan i yg paksa2 nak pegi tau.
I cakap kalau u nak bawak i ngan Qaseh, saya xkesah.
Padahalll.....hepi la kannn.

Pulau Perhentian ni ada dua.
Satu Pulau Perhentian Besar & Pulau Perhentian Kecil.
Kami pergi yang Pulau Perhentian Kecil tu.
Ramai kata sana lagi best..
Lagi satu sebab ialah kawasan ni untuk backpackers...
Kalau nak bawak anak ramai tu rasanya Perhentian Besar lebih sesuai kot.


Perkenalkan peserta paling muda dalam trip ni.hehe
Masa ni tgh tunggu diorang sampai.
Semua dalam 19 orang.

Qaseh yang sangat teruja.


Bila semua dah sampai kita gerak ke jeti.
Jeti ni kat Kuala Besut.


Siap-siap pakai life jacket.
Life jacket untuk toddler ni ade jual kat jeti.
Harga dalam RM15-RM20.
Pandai2lah tawar menawar kan.
Yang dewasa punye tak payah mengada nak beli.
Dah tersedia atas bot nanti.


Lebih kurang 20-30 minit kot sampaila kat Long Beach, Pulau Perhentian Kecil.


Nyaman sungguh.
Walaupun cuaca panas, xterasa wei sebab kagum sangat dengan keindahan pemandangan kat sini.


Lepas tu terus check in chalet.
Kami duduk dekat Rock Garden Chalet.
Harga tak pasti.
Kata utk backpackers kan mesti murah.
Tapi lupa nak snap gambar chalet.

Setel campak bag tukar baju semua.
Terus isi perut.
Kenapa ye tiap kali turun bot perut terasa lapar.


Qaseh yang tak pernah kesah dengan camera.
Makanan kat sini ok. 
Cuma harganyala kan.
Biasala kat pulau, semua mahal la dok.
Tak percaya tengokla....




Tapi life must go on..
Tak kan nak berlapar kan..
Kita makan sajooo..


Inilah masa yang ditunggu-tunggu.
Macamlah ibu tak tahu, awak tak nak makan, 
tak nak ambik gambar, tapi main pasir laju je.
Kita bagi can jela, kat sini pasirnya bebas pencemaran..
Jadi aku baik hati bagi pelepasan.

waktu petang di tepian pantai.

Sebelum balik bilik kita mandi dulu..

Tutup sket..hehe.


Suasana malam kat Perhentian Kecil lebih meriah jika nak dibandingkan dengan Perhentian Besar.
Kat sini start pukul 9.30 pm ada fire show.
Best dapat tgk mat saleh buat fire show.
Yang tak best tgk budak2 Melayu dok mabuk mengalahkan mat saleh.
Rasa termalu dan sedih sungguh masa tu.
Kat sini open sket..



Kat belakang Qaseh tu rumah urut.
Kalau rasa penat badan main air bleh terus ke rumah urut tu.
Best ke x aku xtahu sebab aku xtry wei..

Keesokannya aktiviti yg paling ditunggu2.
Snorkeling!!

Dengar apa captain cakap tu ye anak!


Lokasi pertama ke turtle point.


Hubby & the gang.
Diorang ni dh berkali-kali kot dtg sini.
Tapi tetap eksaited mcm first time.


Kita yg cuak.
 Tuan punya badan cool je.



Ni group lain tau.
Kami xsentuh pn turtle ni.
Tengok sesadooo.
Kami tahu undang2 oke.
Kami xnk kna saman.Hehe.
Besau nau penyu kat sini.
Byk plak tu.


Sambil bg ikan mkn roti sambil nyanyi lagu
"Ikan di laut asam di darat, dlm periuk blabla"
Lagu febret..


Kalau korang ade waterprof kamera blh ambik gmbr nun di bawah sana.
Kalau nk sewa pn boleh, tapi tak pasti la kan brape harga.




Happening gila..
Klu snorkeling ambik port tepi2 mat saleh yg berbikini itu sudah ku tahu motifmu....hahaha.
Abg2 jgn terasa ye...



Qaseh yg kepenatan tetapi enjoii.
Time ni aku dk perhati je, risau dia mkn roti tu.Dah expired kot roti ni, ikan mmg xkesah.
Semua benda nk ngap...


Lokasi seterusnya ke fisherman village.
Kat sini xtvt kita mandi, makan, cuci mata..


Dipaksa & terpaksa.
Kena jgk layan posing.






Main pasir lagi..



Ikan kerapu bakar.
Mewah betul, kalo kat kdai dlm RM30 sekor ni.

"buai laju-laju sampai pokok sena"..





Xtvti Qaseh.
Mengutip coral di tepian pantai.





Itu saje cerita 3D2N kami di Pulau Perhentian.
Pengalaman yg indah utk dikenang.
Even Qaseh msih kecik time ni & xakan ingat bila besar nanti tapi xpe, 
ibu ade buktinye..
pegi bukak blog ibu.hehe.

Kami kalau pergi mana sekalipun kecuali kursus, mmg bawak anak, biarlah org nk kta xkesian kt anak ke, kecik2 dh berpanas ke ape, yg kami thu kami nk anak kami "alah bisa tegal biasa" gitewww...

So, uolllss ape lg.
Jgn teragak2 lagi...Pulau Perhentian mmg cantik sangat.
Highly recommended...
Bubyeee...