Showing posts with label Berita Fanass. Show all posts
Showing posts with label Berita Fanass. Show all posts

Wednesday, 31 July 2013

Lagi Video Hina Islam



KUALA LUMPUR 30 Julai - Belum pun reda penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook, satu lagi perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan.
Kali ini, sebuah video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.
Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.
Anak muda yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
Rakaman disertakan dengan keterangan aksi yang dipaparkan sebelum itu dengan kata-kata:
"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies (manusia atau anjing (haiwan), warna kulit (kulit anjing tersebut), dan asal-usul (tempat asal anjing tersebut yang ditulis Klang Lama, Penang Island dan Rawang)."
Bahagian akhir video itu kemudian menyiarkan ucapan anak muda dan tiga ekor anjing tersebut:
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga".
Sementara itu Bernama melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Emmm...tak tahu nak kata apa.
Makin lama makin melampau.
Meremang bulu roma i tengok video ni.
Bukan seram tapi gerrraaaammmmm....

Sunday, 21 July 2013

Takziah Kepada Keluarga Kanak-kanak Mati Lemas Dalam Kereta

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.

Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Sungguh tak dapat nak dibayangkan bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri sendiri.
Nauzubillah...
Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.

Walaupun kejadian ini berlaku kelmarin,
tapi hari ini ianya kembali menjadi topik hangat di ofis kerana arwah adik Nawal Iris merupakan cucu kepada salah seorang staff di sini.
Takziah diucapkan kepada Abe Rahim sekeluarga kerana kehilangan cucu yang disayangi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia tak usahlah kita terus menerus menuding jari kepada ibu mangsa, kerana tiada ibu yang sanggup kehilangan anaknya dengan cara yang tragis.

Mungkin ini takdirnya yang telah ditentukan.
Siapalah kita untuk berkata itu dan ini.
Sama-sama kita ambil iktibar di atas kejadian ini. 
Semoga ibu arwah tabah dan merelakan pemergian adik Nawal.



Wednesday, 6 March 2013

Batman Returns: Tangkap Suspek Dikehendaki Polis



BRADFORD - Seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘Batman’ menangkap dan menyerahkan suspek dikehendaki kepada polis sebelum menghilangkan diri.

Menurut pihak polis, penjenayah yang berusia 27 tahun itu dibawa oleh lelaki yang memakai kostum Batman pada awal pagi 25 Februari lalu.

Penjenayah itu didakwa atas kesalahan mencuri dan menipu.

“Individu yang membawa penjenayah itu ke balai polis memakai kostum Batman dan hingga kini, identitinya masih lagi menjadi misteri,” kata sumber polis.

“Bukan saja identiti Batman itu tidak diketahui, malah kami sendiri juga kurang pasti sama ada lelaki itu terlibat sama atau tidak dengan penjenayah yang diserahkan kepada polis,” ujar pihak polis.

Pemilik kedai The Joke Shop di Kirkgate, Kathryn Sutcliffe berkata, dia ada menjual kostum Batman kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an beberapa hari sebelum kejadian itu.

Sutcliffe berkata, lelaki itu menggunakan loghat penduduk tempatan dan berambut kerinting.

Tambah beliau, mungkin lelaki itu yang terlibat menyerahkan penjenayah kepada pihak polis baru-baru ini kerana dia membeli kostum batman menggunakan kad kredit dan berkata mahu merahsiakan identitinya.

p/s: ececehhh.inilah batman versi perot boroi namanye..kehkeh.

Wednesday, 27 February 2013

Jenazah Remaja Jatuh Sungai Kelantan Ditemui


Alhamdulillah.
Berkat doa keluarga mangsa dan dengan kuasa Allah SWT, 
Akhirnya pagi semalam mayat mangsa yang dikhuatiri lemas kerana 
terjatuh ketika seberangi Sungai Kelantan 12 hari yang lalu akhirnya ditemui berdekatan Jeti Lembaga Ikan Kuala Besar.

Muhamad Arief Muhamad Nurdin, 20, dipercayai lemas selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya dan kemudian dibawa arus Sungai Kelantan, pada 17 Februari 2013 yang lepas ketika dia bersama rakannya melalui pelantar pembinaan sementara yang dibina di bawah Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

Patutla minggu ni hujan turun macam musim tengkujuh.
Walhal musim tengkujuh dah lama berlalu.
Subhanallah, sesungguhnya kuasa Allah itu mengatasi segalanya.
Air yang mula memenuhi sungai akhirnya menghanyutkan mayat mangsa ke tebing.
Dan hari ni cuaca mula bertukar seperti biasa.

Ondaway balik keje mmg lah hari2 aku lalu jalan ni.
Sedih jugak tgk berhari2 operasi gerakan mencari.
Ramai orang memenuhi jambatan tu utk tgk.
Tak dapat aku nak bayang perasaan ibu arwah lah.
Alhamdulillah at least jumpa jugak mayat, 
bolehla urusan pengkebumian dilakukan.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga ibu dan keluarga arwah yang lain bertabahlah.

"Sesungguhnya tiap yang hidup itu pasti akan mati".

Wednesday, 6 February 2013

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun, 50 sebatan


Rabidin Satir

RAUB 5 Feb. - Seorang perogol bersiri yang dikenali sebagai 'Rambo Bentong' dihukum penjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu terhadap Rabidin Satir, 42, yang berasal dari Tambunan, Sabah dengan setiap kesalahan rogol dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan 10 kali sementara bagi kesalahan meliwat, tertuduh dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali.

Kesemua hukuman itu diperintah berjalan berturut-turut mulai tarikh dia ditangkap pada 14 November lalu.

Murtazadi dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh terhadap mangsa yang masih di bawah umur sebagai tidak berperikemanusiaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 4 December 2012

Mizz Nina dirompak?

Biar betul, terkejut aku baca paper pagi ni.
Advance sungguh penjenayah sekarang kan.
Dekat traffic light pun sempat lagi.

 Ape yang jadi kat Mizz Nina ni boleh kita jadikan pengajaran.
Aku pun sama kalau drive suka sangat letak handbag kat seat sebelah.
Abis tu nak letak kat mana pasni?
Takkan dalam car boot kot?

 Mizz Nina telah memuat naik gambar keretanya yang telah dipecahkan cermin menerusi laman instagramnya.


Macam-macam idea gila penjenayah sekarang kan.
Baru-baru ni juga member aku ada cerita kat aku, seorang wanita yang juga kakitangan awam ditangkap di tempat kerjanya kerana disyaki menjual barang-barang emas yang telah diragut oleh ANAK-ANAKNYA di sekitar kawasan Kota Bharu...Buktinya polis menjumpai surat-surat jual emas tu dalam laci....HOiiiiii mak ke apelah kan..bersubahat sama..Tak paham betol aku..

Thursday, 29 November 2012

Bayi Satu Bulan Maut Ditimpa Buah Durian


Sedang kita syik menikmati durian crepe rasa sedih pulak bila baca berita ni...



NIBONG TEBAL 28 Nov. - Hasrat sepasang suami isteri untuk membesarkan bayi mereka tidak kesampaian ekoran bayi lelaki berusia sebulan maut akibat ditimpa sebiji buah durian di Kampung Badak Mati, Sungai Bakap di sini, semalam.
Kemalangan yang menyayat hati itu berlaku pukul 4 petang telah mengorbankan anak pasangan berkenaan, Muhammad Yusoff Zainal.
Ibu mangsa, Samimi Kasmin, 29, seorang warga Indonesia berkata, semasa kejadian, dia hendak keluar dari pintu belakang rumah untuk mengambil kain jemuran di ampaian berdekatan pintu rumah itu.
Katanya, semasa dia mahu keluar rumah, anaknya menangis lalu dia mendukung anaknya di sebelah tangan kiri untuk ke ampaian.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121129/dn_16/Bayi-satu-bulan-maut-ditimpa-buah-durian#ixzz2DZk0XiHr

Sumber:  Utusan Melayu (M) Bhd