Tuesday 30 April 2013

Selamat Hari Buruh Kasar & Halus

Yeayyy esok boleh tidur sepuas-puasnye.
Uolllssssssssssss


So, esok kite enjoiiiiiiiiiiiiiiiiii.
Kepada isteri-isteri, esok sila jangan:

Jangan basuh kain.

Jangan lipat kain.

Jangan jemur kain.

Tapi kena pakai kain..

Kang xpepasal ade kerja lain..opppssssssssssss...hehe

Jangan masak.

Jangan basuh pinggan.

Jangan kemas rumah.

Jangan...jangan...jangan...segalanya...


Selamat beristirehat....


Monday 29 April 2013

Memilih Pemimpin


"Bila dapur panas
watak lain jadi jelas"

Itu masterchef punye slogan.

aku punya slogan plak

"Bila PRU semakin mendekati kita
pelbagai watak tercipta"

Watak yang kadang-kadang menampakkan kebodohan diri sendiri.
Fitnah sana, fitnah sini.
Statement berani mati.
Ape pun tak bolehhh.....

Kalau tak cukup ilmu di dada
baik kita diam saja..betul tak???

Bagi aku, tak kiralah parti mana pun yang bakal kita pilih
Cuma satu, kembalilah kepada Al-Quran & Hadis.
Rujuk Al-Quran, jangan rujuk TV semata-mata...hehe

Allah SWT. Berfirman:

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa’: 59)

Batas ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya adalah rakyat wajib mentaati semua perintah pemimpin selama pemimpin itu memerintahkan taqwa kepada Allah, sedangkan bila perintah itu untuk bermaksiat kepada Allah, maka gugurlah kewajiban untuk mentaatinya, dan muncul kewajiban baru yaitu nahi munkar ialah mencegah pemerintah dari menjalankan perbuatan maksiat tersebut.

Sunday 28 April 2013

Pergilah Burung Hantu



Burung hantu bertandang lagi...
Seperti mimpi-mimpi ngeri...
Di keheningan subuh pagi jumaat sayup2 kedengaran 
bunyi burung hantu dekat bilik aku...
Setelah hampir tiga tahun ia muncul kembali...

Kenapa datang lagi??

Memori lama dibuang jauh-jauh.
Burung hantu akan mengingatkan kisah pedih..

Tiga tahun lalu di dalam bulan ramadhan,
ketika kami sedang menikmati sahur..
waowk....waowk...waowk..waowk...
nyaring kedengaran.

Ayah memecah keheningan pagi:

"siapalah yang akan dijemput nanti"

Aku blurr tanya: "kenapa?"

Ayah jawab:

"Orang tua-tua kata bunyi burung hantu petanda 
ada orang akan mati "

Oohhhh...aku masa tu tak ambik serius pun.

Kalaulah boleh diputar masa....
Kalaulah ku tahu yang akan dijemput tu adalah Ayah.
Kalaulah ku tahu itulah sahurku yang terakhir bersama arwah..
Ya Allah..
Kenapalah aku tak boleh baca gerak geri orang yang akan pergi..

3 tahun sudah berlalu namun aku masih terkilan.
Terkilan kerana tidak berada di sisinya di hari-hari akhir.
Jasanya belum pun sempat dibalas...
Apa yang termampu hanyalah doa, doa dan doa..
Semoga Allah menempatkan arwah ayah di kalangan orang beriman.

Al-Fatihah...........


Amin....

Thursday 25 April 2013

Selamat Hari Gaji

Sungguh tenang melihat wajah semua insan di sekeliling.
Penuh cahaya keimanan gitewww.
Tidak seperti hari kelmarin...
Biasalah hari ini hari gaji..hohooo...
Aku kayoooooo....


Tapi hanya untuk seminggu.

Setelah diagih-agihkan:

1. Hutang 
2. Hutang 
3. Keperluan
4. Keinginan
5. Nafsu tak terkawal

Minggu-minggu seterusnya?????


Mana duit niiiiiiiiiiiiii............

Tuesday 23 April 2013

Resipi Solok Lada Kelate

Sempena musim Masterchef ni Che Ta nak share satu recipi..weeewee..
Solok lada, Sarok lada, Lada sumbat, panggillah apa saje asalkan rupanya begini.


Bahan-Bahan:

10 ulas bawang merah.
Seulas bawang putih.
Seinci halia.
Secawan kelapa parut.
Secawan santan.
Sebiji Telur
4 ekor ikan kembung (dibuang tulang)
Lada hijau & petola
Garam & Gula

Optional:
Pucuk ubi kayu
(Utk lapik bahagian dasar periuk semasa merebus nanti)

Cara-caranya:

1. Lada hijau dibelah memanjang. 
Petola dibuang isi tengah 
(petola ni utk budak2 blm akil baligh sbb tak pedas)hehe..
Cuci sebersihnya kemudian ditoskan.


2. Untuk isinya, tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia bersama.


3. Kemudian tumbuk pula isi ikan mentah bersama dengan kelapa parut.


Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Pecahkan sebiji telur dan gaul lagi. 
Kemudian sumbat ke dalam lada dan petola tadi. 

Susun lada dan petola yang telah disumbat tadi di dalam periuk yang telah di alaskan dengan pucuk ubi kayu. 
Motif??
Untuk membangkitkan aromanyeee.
(Suka hatilah kalo rasa leceh boleh abaikan).


Last sekali masukkan santan ke dalam susunan lada tadi dan rebus dengan api perlahan.  


Sekian.
Che Ta harap Chef Joe sukeeee....


Tuesday 16 April 2013

Khasiat Durian Belanda

Aku perasan sekarang ni susah sangat nak cari buah ni.
Dulu masa peknen aku mengidam nak makan buah ni la.
Punyalah susah nak jumpa. 
Kat pasar pun tak de orang jual.
Sebenarnya ramai orang kita tak tahu khasiatnya buah ni.

Khasiat Durian Belanda yang ramai orang tak tahu:

-Ia mempunyai kekuatan 10,000 kali ganda rawatan kanser kemotherapi.
- Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
- Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan
- Mengawal tekanan darah
- Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik
- Mengurangkan kandungan gula dalam darah

Selain buah, batang, akar, biji dan buah durian belanda mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue:
 Durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru:
Membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon:
 Menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. 

 Suku Orang Asli di Guyana:
 Membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat:
Buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Wanita Suku Asli Guyana:
Bagi ibu yang baru melahirkan anak,  digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.



Kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Patutlah harganya pun melonjak naik.
Mungkin orang dah mula tahu khasiat buah ni.


RM12 per 1kg.
Aku beli semalam tepi jalan.
Sebesar tapak tangan ni RM8.
Mahal pun mahal la asalkan "hai obat hai obat" kan??



Monday 15 April 2013

Pecah Rumah

Eceh kemain kan...
Citernya macam ni
Kamis lepas bila kami sampai rumah tup tup kunci mangga dekat pintu grill tiba-tiba tak boleh nak bukak.
Dekat setengah jam la jugak dok try.

Kami bergilir2 la try bukak.
Konon2 saper blh bukak kire mcm terer lah.
kononn....
Tak boleh jugak..

Aku ye2 je tanya hubby 
"awk xde ke member2 kaki pecah rumah? Boleh mintak tlg.."
"Hamboiii...tak sayang mulut!!!"
Hahahaa. 
Maner tau dia kan member ramai gilosss..
Semua gred ade..Acah je tanya... 
Bila dah hangen kunci plok patah kat dalam mangga tu.
Xdek harapan...

Musafirla kami di rumah sendiri...eceece..
Belum sempat nak feeling2 musafir hubby start kereta,
terus pergi cari kedai hardware...hohoho..
aku senyap jela nak tengok mission imposible apakah yg die tgh pikirkan..

dan..
jengjengjeng...



Hasilnya!!
Tak sampai 5 minit pun..


Punyalah berpeluh pikir canelah nak buat kan.
Senang je rupanya...
Anda di luar sana kalau tetiba mangga rumah bermasalah inilah caranya
Tapi awas!!!!!
Kepada pemecah rumah "jangan tiru idea ini"

Ingat!!
Jiran kami ader CCTV baik punya...


woff...wofff...wofff..
Ader brannn????
Jangan pegang nanti kena samak..




Thursday 11 April 2013

Simplysiti: Simple Translucent Compact Powder

Setelah berkurun lamanya guna bedak Miyami 
aku try bedak Mak Iti plak.
Support Mak Iti katakan..hehe

Saje boring sebab bedak miyami kan besar gedabak 
So lambatla nak habis.
Kekadang tu setengah tahun baru habis.

Dah dua bulan bedak ni kat muka i.
Hoiii best giler i cakap kat u.
Patutla laris KATANYEEE....
Bedak dia ringan giteww.
Kalau pakai tebal pun okey,
Xkan nampak macam tepung.

Beli kat Watson masa ada promosi hari tu.
Rasanya dalam RM40 lebih kot after less.
Rege asal RM52.90.






Tenkiu Mak Iti.
Tapi sikit sangatlah.
2 bulan pakai dah nampak besi bekas.
Bankraplah i.hohoho...

Thursday 4 April 2013

I Voted


Debaran PRU sudah bermula.
Sudahkah anda daftar pemilih?
Saya sudah!!!hehe.
Kalau tak silap daftar tahun 2009 masa Kursus Kem Bina Negara.

Masa PRU 12 Tahun 2008 tu xcukup umur lagi nak mengundi.
Masa tu jadi petugas undi jela yang mampu.
Walaupun tak boleh mengundi lagi masa tu 
tapi seronok tengok gelagat2 orang yang datang nak mengundi.
Penuh gaya beb...Ntah2 undi rosak..hahhaa..

Undi rosak
Undi tak rosak

Tahun ni In Shaa Allah aku dah boleh mengundi.
Semangat berkobar-kobar...
Ofkosla kann..
"Undi anda menentukan masa depan negara".

Saper yang dah daftar jom semak sekarang.

Untuk yang pertama kali nak mengundi macam aku,
Jom kenali 7 langkah pengundian supaya tak kelam kabut nanti..hehe





1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk


2. Serahkan dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari


3. Bergerak kehadapan kerani pengundian kedua, letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil

4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga

5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.

6. Masukkan kertas undi kedalam peti undi masing-masing untuk dewan undangan negeri dan parlimen

7. Keluar segera dari tempat mengundi.

Ingat!!

Undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.


Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

"Happy Election Day"
"Undi adalah rahsiaaaaaa"



Wednesday 3 April 2013

SF Beauty Rahsiaku

Amacam....geli tak tajuk.hehe.
Kalau belum cukup geli lagi...
"SF Beauty rahasia keanggunanku"..
Kalau nak geli lagi...
"Comel tak Kak Ton, comel kannn"....

Entri ni khas untuk korang yang masih tercari-cari produk untuk mengubati duka dan lara kerana berwajah kusam.
Ayuh bukak mata luas-luas.
Ini adalah perkongsian yang paling tulus.
Niat hanya untuk berkongsi bukan untuk berbisnes.
Produk ni alhamdulillah dah 2 bulan aku guna.

SF Beauty Set


1 Set Vitamin E consist of: 
SF Sabun Kecantikan Vit E (Kuning)
SF Day Cream
SF Night Cream
Harga: Aku beli RM90
Kat mana nak beli, kau gugel je, berlambak orang jual online.

1) SF Sabun Kecantikan
Mengandungi sumber vitamin E/C, meningkatkan metabolisme kulit, merencatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit. Dalam masa yang sama kelembapan semula jadi kulit dipelihara supaya kulit tampil segar, licin dan bersih.

2) SF Day Cream (15gm)
Mengandungi pelindung UV yang memberi lapisan perlindungan terhadap sinaran matahari di samping mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut. Secara tidak langsung menjadikan kulit tampil lebih sihat dan halus. 

3) SF Night Cream (15gm)
Rumusan semulajadi dalam krim ini membantu menghapuskan jeragat dan kesan jerawat dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit anda serta meningkatkan seri kulit.

Cara Penggunaan:

Gunakan sabun kecantikan sf 2 kali sehari. Potong 4 bhg untuk lebih jimat.

Basahkan sabun dengan air, gosok sabun ke telapak tangan, kemudian sapukan buih2 sabun rata ke permukaan muka...biarkan selama beberapa minit...sementara anda menggosok gigi...kemudian bilas bersih muka dengan air...

Sapukan cream siang sebagai pelindung UV (oleskan nipis keseluruh bahagian muka)

Sebelum tidur, sapukan cream malam untuk meningkatkan keserian wajah yang kusam dan memelihara kelembapan kulit.Produk ini mengandungi Vitamin E & C utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat, jeragat, bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

Kesan awal:

Antara kesan awal yang aku alami ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang. Jangan GARU okay). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan macam kulit aku akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah. 3 minggu jugaklah proses penggelupasan tu.
Kena tahanlah, kata nak cantik kenn.

Tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.

SF Beauty Soap Vitamin C: NOT 110600593K
SF Beauty Soap Vitamin E: NOT 120602463K
SF Day Cream : NOT 120602461K
SF Night Cream: NOT 120602462K

Kelebihan produk ini?

- Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam (jeragat)
- Untuk pencerahan kulit wajah, memang terbuktilah
- Untuk merawat kulit kusam dan warna kulit tidak sekata
- Untuk mengatasi masalah jerawat (mengecut, memudar dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat)
- Berupaya memudar dan menghilangkan jeragat
- Mengecilkan pori-pori
- Menjadikan wajah awet muda
- Membuat wajah bersih dan berseri
- Kulit akan kelihatan licin dan gebu

Berapa lama kesan??
Bergantung kepada jenis kulit muka... InsyaAllah..3 minggu mukaku sudah nampak kesannya. Kulit akan mendapat kelembapan semulajadi... lebih cerah dan tampil berseri. Kesan yang betul-betul ketara dalam sebulan, InsyaAllah.

Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka. Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Kandungan bahan dalam produk ini:

- Produk ini hanya mengandungi 100% bahan semula jadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan E, tanaman herba seperti kunyit dan temulawak. TIDAK ADA LANGSUNG KANDUNGAN KIMIA DAN MERKURI. Jika anda ragu-ragu tentang produk ini, elok jika tidak menggunakannya.

Comel tak Kak Ton????
Belah kiri ke belah kanan lebih cerah berseri??
Ker dua2 tak berseri??
Gullppp!!