Tuesday, 23 April 2013

Resipi Solok Lada Kelate

Sempena musim Masterchef ni Che Ta nak share satu recipi..weeewee..
Solok lada, Sarok lada, Lada sumbat, panggillah apa saje asalkan rupanya begini.


Bahan-Bahan:

10 ulas bawang merah.
Seulas bawang putih.
Seinci halia.
Secawan kelapa parut.
Secawan santan.
Sebiji Telur
4 ekor ikan kembung (dibuang tulang)
Lada hijau & petola
Garam & Gula

Optional:
Pucuk ubi kayu
(Utk lapik bahagian dasar periuk semasa merebus nanti)

Cara-caranya:

1. Lada hijau dibelah memanjang. 
Petola dibuang isi tengah 
(petola ni utk budak2 blm akil baligh sbb tak pedas)hehe..
Cuci sebersihnya kemudian ditoskan.


2. Untuk isinya, tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia bersama.


3. Kemudian tumbuk pula isi ikan mentah bersama dengan kelapa parut.


Gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama.
Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

Pecahkan sebiji telur dan gaul lagi. 
Kemudian sumbat ke dalam lada dan petola tadi. 

Susun lada dan petola yang telah disumbat tadi di dalam periuk yang telah di alaskan dengan pucuk ubi kayu. 
Motif??
Untuk membangkitkan aromanyeee.
(Suka hatilah kalo rasa leceh boleh abaikan).


Last sekali masukkan santan ke dalam susunan lada tadi dan rebus dengan api perlahan.  


Sekian.
Che Ta harap Chef Joe sukeeee....


4 comments:

cikji said...

curlasss che ta,masok solok lado gitewww.
sedaknyooo! ore brehi bena pucuk hok wat lapik tuh.

qasehuteq said...

hola.zain saidin ngide, che ta masok la.
pucuk ubi kayu tu nik, meme sedak la ke.

embunsuchi said...

tiba2 saje belenjer air liur ai.
teringat ko nasik kerabu bersolok lado, bertelur masin,
berdaging bakar, berkerepok.

qasehuteq said...

guaner tu sampai berlenjer air liur.poso ko arini.ejah lap dlu ke titik atas meja..