Thursday 28 August 2014

Online shopping mudah tapi???

Ok meh kita sambung tajuk.
Mudah tapi menyakitkan hati betol.
Bila tgk kt fb ramai share ada sale kat fabulousmom, aku insan yg lemah ni pun terbelilah 2, 3 jenis barang.
Padahal sblm ni xpenah bli brg kt sini. Kira first timela.
Biasalah dlm tempoh berpantang nk kuar shopping xblh jd semua keperluan online jela kan.

Bila dh order dan siap buat payment semua dapatlah verification email yg mengatakan pihak diorang dh terima payment yg aku buat dan order akan diproses bila payment diterima.
Aku order hari kamis.
Dan hari ini dah kamis skali lg.
Seminggu kot tunggu.
Aku email tnya status order pn xberbalas.
Aku bukan penyabar sgt orngnye ye.
Harap maaf kali pertama dan terakhir aku shopping kat sini.

Aku pling suka shopping kat nile.com.
Kalau kita buat payment b4 11a.m,
comfirm keesokannya brg tu sampai.
So, kalau korang nk online shopping dgn gumbira pegilah dkt nile.com.
Dah la semua brng murah..


Nasib baik ada ustakjah tlg cool down kan.
Sabarrrr.....


Tuesday 26 August 2014

Breastfeeding Journey

Harini genap 38 hari berpantang.
Tinggal 2 hari lg nak merdeka.
Seluruh Malaysia nampaknya sambut kemerdekaan sekali dgn aku nanti..hihi.

Tapi aku konfius.
Berpantang ni sebenarnya bape hari ek? Mak aku kata 40 hari.
Tapi ade yg kata 41 ada yang 44.
Tapi aku pilih yg paling sikit sbb aku sukeeee sgt berpantang ni kan..

Sekarang tinggal sebulan lebih lg nk masuk kerja balik.
Baru aku sedar diri stok EBM langsung xbuat lagi.
Punyalah pemalas.
Kata semangat nk fully BF.
Niat nk fully at least 6mo mcm anak first jgk. In Sha Allah.
Tapi dulu xaktif blogging, rugi plak xdpt share kisah suka duka BF anak sulong.


First time pump semalam.
Dapatla 4oz. X banyak pun tp takkan berputus asa. Mujur Spectra 3 yg dh berhabuk ni masih berfungsi.
Kalau tak melayanglah $$$$$.
Tapi teringin jgk nk yg baru.
Sebab spectra 3 berat nk mampp..hehe

BF ni ramai yg kata leceh.
Kena pump la, buat stokla.
Tapi bagi aku senang sgt, especially tgh2 malam kalau ank nk susu selakkan je. Xpayah mamai2 bgn pegi dapur buat susu.
Aku kan suka tidur.
Inilah jalan yg terbaik..hehe.

Lepastu ade yg kata kelengkapan nk BF ni kosnya agak tinggi.
Memang btol breastpump je dh ratus2, belum masuk cooler bag, warmer lagi.
Tapi sekali je kita beli. Pastu boleh guna sampai ke anak no. 2, 3, 4 dan seterusnya...

Jangan risau kalau tiada ilmu tentang BF ni. Korang gugel je.
Dulu masa anak sulong aku pun zero jgk tentang BF ni. Sekarang alhamdulillah tahu la skit2.

Sebagai permulaan jom kita kenal istilah dan cara menyimpan susu perahan.

Istilah Dalam Brestfeeding.

BF = Breastfeeding
EBF = Exclusive Breastfeeding
EBM = Express Breastmilk
Fresh EBM = Susu yang baru di-pam (belum simpan fridge).
Chilled EBM = Susu yang disimpan di bahagian bawah (fridge).
Frozen EBM = Susu beku (disimpan bahagian freezer).
Thawed EBM = Susu beku yang telah dicairkan.


Cara Menyimpan Susu Perahan

Suhu Bilik = 4 Jam
Peti Sejuk (bahagian fridge) = 3-5 hari (> 5 hari masuk beku)
Peti Sejuk 1 pintu (bahagian freezer) = 2 minggu
Peti Sejuk 2 pintu (bahagian freezer) = 3 bulan
Peti Sejuk Deep / Chest Freezer = 6 bulan
Susu beku yang dicairkan -> simpan dalam fridge = 24 jam
Cooler Bag = 12 Jam

Jom kita sama-sama support breastfeeding.


Tuesday 12 August 2014

Kisah Bilik Bersalin No. 1

Hai...ape kabar korang..
Ni mesti tgh mengunyah depan pc.
Maklumlah bls dendam sbulan xmengunyah..

Sebelum memori aku yg dh semakin low ni lupa pengalaman bersalin hari tu, maka marilah kita cpt2 buat entri khas tentang kisah Bilik Bersalin No. 1.
Cehh...macam seram je kan..
Meremang tak??

Aku deliver 20 Jul 2014 pukul 4.09 a.m. Hari Ahad.
Orang tgh kalut nk sahur kot.
Kali ni lain sikit.
Usia kandungan 38 minggu, yg sulong ngam2 40 minggu ms bersalin.
Betul la mak aku ckp kalau baby boy biasa awl sminggu or 2 minggu dari due..
Due klinik 31Julai 2014. 
Kira awal dekat 2 minggu la.

19 Julai 2014.
Time nak buka puase masa tu.
Tgh prepare hidang makanan berbuka, terasa mcm kluar sumtim.
Bila cek dh kluar tanda.
Aku pn comfius tu air ketuban ke lendir.
Aku cpt2 kol akak n then tanya die.
Dia ckpla kalau ketuban mmg hbis la basah kain. Kalau skit tu lendir.
So, aku punya tanda lendir la kot sbb ckit je pun.
Aku wt lek je sbb xrs contraction pn ms tu..
Lps isyak tu br rs sikit.
Darah pn dh makin byk kluar.
Aku rilek lg sbb kalau ingt pengalaman ank sulong kalau sakit skit2 mcm ni ambik masa 3 ke 4 jam lagi br nak bersalin.
Tapi dh stat kemasla apa yg patut.

Dalam pukul 11 macam tu aku kol mak dulu mintak ampun semua.
Standardla dh nk masuk medan pertempuran br teringat nk mintak ampun kat mak..
Kalau tak menderhaka je kejenya.hihi..
Mak aku plak mcm bg hint srh aku balik bersalin kt hospital Tanah Merah.
Aku pn mmg dh psng niat nk brnak sana, apalagi terus ajak hubby blik.

Otw blik dkt Pasir Mas ad roadblok plak.Mmg kejang jgkla kaki menahan contraction 5 min skali.
Hubby nk pasang lampu emergency tp aku ckp xpyh..
Aku ckp xpe blh thn lg. Lambat lg ni nk bersalin.konfiden habis.
Sampai dkt polis dan2 polis tu tny "nk ke mana mlm2 ni".
Hubby ckpla "bini nk bersalin nk g hospital".
Kalut habis polis tu bg jalan.

Sampai umah mak dkt pkl 12 lbih.
Rilek2 dulu.
Baring2..Contraction mcm td la 5 min skali.
Sampaila pkl 2 lbih ulang alik msk toilet. Terasa mcm nk berry tp xkluar.
Dh nekad dh nk pegi hospital sbb tkt bkn nk berry tp nk kluar budak..hihi

Otw pegi hospital tu smpat lg singgah petronas bli roti.
Bajet nk sahurla konon.
Dlm pkul 3.15 gitu sampai terus msk LR.
Doc cek bukaan rupanya dh 4cm.
Terus doc pecahkan ketuban.
5 minit lps tu terasa lg mcm nk berry..hihi
Panggil nurse ckp nk berry, cpt2 dia pakai glove.

Nurse cek dah fully dilated.
Srh teran terus.
Lama jugakla proses meneran dlm 15 min kot.

Akhirnya 4.09 pagi berjaya jugak setelah berhempas pulas.
Pastu br aku perasan "eh mana hubby saya". Aku tnya nurse.
Tak sempat nk panggil nurse ckp..

Ralat jugak. Aku kalau boleh nk srh tgk betapa susahnya kita sebagai seorang isteri nk bg dorang zuriat ni..ceh ceh...

Ok dh setel bersalin. Next stage benda pling seriau.
Aku pegang tgn nurse aku ckp kat dia akak tlgla bius..sy dh serik dlu ms deliver yg sulong xbius langsng..
Muka akak nurse pasrah je..
Tq akak. Jasamu ku kenang.
Semoga akak dimurahkan rejeki dinaikkan pangkat, semua yg baik2 la..
Alhamdulillah br dpt rs nikmat dijahit dgn ubt bius.

Bila dh setel semua barulah hubby dipanggil masuk.
Mcm poyo je dia ckp "b ingt nurse pnggil nk temankan ms nk push..
Tapi mintak bj baby..eh mcm xpercaya dh bersalin..b dh semangat nk msk td"..ceh ceh padahal....



Qasyah Aryan
Day 1
3.5 kg

Alhamdulillah.
Berakhirnya perjalanan 9bulan yg sgt dipermudahkan olehNya.
Dari awal preknen sampaila berpantang alhamdulillah Allah permudahkan.
Kepada mommies2 yg tgh menghitung hari aku doakan korang pn dipermudahkan juga.
Aminn.

Sunday 3 August 2014

Pantang dan Hari Raya

Selamat hari raya diucapkan kpd semua yg tersinggah atau menyinggah di qasehuteq.blogspot.com.
Ampun maaf andai tulisan, kata-kata yg pernah tertulis di sini menggoncang sanubari korang semua...hehe.

Hari ni 7 Syawal bersamaan dengan 15 hari berpantang..
Aku selamat deliver second baby pada 20 Julai 2014 bersamaan 22 Ramadhan pukul 4.09 pagi.
Pengalaman deliver next post aku citer ek.

Berpantang di hari raya sgtlah menguji keimanan.
Ketupat, rendang, sate seolah-olah menari-nari minta dihabiskan...huhu.
Xpe raya haji nanti aku qada mkn ape yg xboleh.
Tapi raya pertama dh selamat bedal nasi beriyani...hehe
Gambar pertama kami berempat.
Qasyah Aryan Day 8.
Ni baju raya versi pregnant.
Bukan aku yg gemuk tau..
Dah terberanak sebelum raya, pakai jela yg mana ade kan..
Kesian kakak.
Xberaya sgt thn ni.
Baba yg gembira tak terkata.
Dapat geng.
Dulu ibu je yg ade geng.
Sekarang kita seri..
Itu saje cerita raya 2014..
Raya ikat perut..
Korang mesti puas mkn ketupat rendang kan...