Showing posts with label Breastfeeding Journey. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding Journey. Show all posts

Tuesday, 19 May 2015

Review: Lacte Duet Breastpump

Hari ini adalah hari untuk menepati janji.
Janji-janji manis yang pernah ditabur untuk review breastpump.

Setelah puas research, gugel, tanya member, istikarah (tipu je) maka terbelilah lacte duet breastpump.
First time rasa berbaloi gila beli barang.
Kalau tak arini beli, sebulan dua let go.
Membazir je keje.


Inilah rupa lacte duet yang banyak berjasa.
Yang membantu diriku merealisasikan impian untuk bf Qasyah.

Kenapa bertukar dari Spectra 3 ke Lacte duet?

Dulu masa guna spectra 3, bila pam susu tu rasa perit sangat.
Kalau susu xkluar lagi rasa sakit.
Mungkin aku dalam kategori sensitive nipple ataupun kategori mengada-gada taik kuda..hehe
So, penyelesaiannya kena cari breastpump yang breastshieldnya lembut.

Bila survey jumpalah lacte duet.
Mempunyai silicon breastshield.
Best sangat.
Time pam langsung xrasa sakit.
5 bintang untuk breastshield!


Satu lagi sebab spectra 3 motor dia ya ampun besar sangat.
Aku pun pening pikir kenapa boleh beli dulu.
Compare ngan lacte duet beza sangat.
Boleh angkat sebelah tangan je.

Pam ni ada 2 motor.
Satu belah kiri satu belah kanan.
Kalau nak guna sebagai single pam just disable yang sebelah lagi.
Bila turn on motor, 1 minit pertama stimulation mode.
Stimulation mode ni penting untuk merangsang pengeluaran susu.
Kira macam mengurutlah. Spectra 3 xde function ni.


1 minit seterusnya akan bertukar kepada expression mode.
Kalau kita nak stay lagi kepada stimulation mode just tekan je butang gambar air tu.

Contoh kalau guna single pam untuk belah kanan sahaja.
Just tekan butang D kemudian R.
Macam gear kereta plak.
D Drive R Reverse..haha

Ok ada yang tanya bunyi motor lacte duet kuat tak?
Aku dkt ofis pam di meja je k..
Kau rasa??
Mestilah senyap kan.
Orang sekeliling tak tahu pun apa aku sedang buat.
Magik tak??

Satu lagi soalan, banyak part tak yang kena basuh?
Boleh tahan la banyak..hehe
Tapi ok la sebab pam ni best.
Kekurangan tang malas basuh tu xefek pun bagi aku.

Antara komponen-komponen lacte duet.


Komponen-komponen ni kalau hilang kita boleh beli tak silap dekat pumponthego ada jual.

Apa yang dapat disimpulkan sudah tersimpul rapi iaitu best sangat guna pam ni.
Aku dah hasut geng2 bf untuk beli pam ni.
Setakat ni terkumpul dah 4 orang terhasut..hahaha.
Harap entri kali ni membantu bf mommy di luar sana yang masih mencari breastpump.

Masalah aku sekarang kesuntukan masa nak pam.
Adakah fremie cup untuk selesaikannya??Hahaha



Manusia tidak pernah puas kan??

Sunday, 21 September 2014

Jom dapatkan E-book pejuang penyusu


Hai mommies..
Jika anda mempunyai impian dan niat ingin menyusukan bayi anda sepenuhnya dengan susu ibu, tetapi tak tahu di mana nak bermula, tiada ilmu, tiada semangat, apa kata mommies dapatkan e-book percuma dari pakar laktasi pumponthego.com, Zuain Ghani.
Cepat sementara kuota masih ada.
Caranya senang saja, klik link di bawah:



Masukkan nama dan emel kemudian submit.


Kemudian download e-book di link yg telah dihantar ke emel anda.

Sama-sama kita support breastfeeding..
Kita boleh!!!


Tuesday, 26 August 2014

Breastfeeding Journey

Harini genap 38 hari berpantang.
Tinggal 2 hari lg nak merdeka.
Seluruh Malaysia nampaknya sambut kemerdekaan sekali dgn aku nanti..hihi.

Tapi aku konfius.
Berpantang ni sebenarnya bape hari ek? Mak aku kata 40 hari.
Tapi ade yg kata 41 ada yang 44.
Tapi aku pilih yg paling sikit sbb aku sukeeee sgt berpantang ni kan..

Sekarang tinggal sebulan lebih lg nk masuk kerja balik.
Baru aku sedar diri stok EBM langsung xbuat lagi.
Punyalah pemalas.
Kata semangat nk fully BF.
Niat nk fully at least 6mo mcm anak first jgk. In Sha Allah.
Tapi dulu xaktif blogging, rugi plak xdpt share kisah suka duka BF anak sulong.


First time pump semalam.
Dapatla 4oz. X banyak pun tp takkan berputus asa. Mujur Spectra 3 yg dh berhabuk ni masih berfungsi.
Kalau tak melayanglah $$$$$.
Tapi teringin jgk nk yg baru.
Sebab spectra 3 berat nk mampp..hehe

BF ni ramai yg kata leceh.
Kena pump la, buat stokla.
Tapi bagi aku senang sgt, especially tgh2 malam kalau ank nk susu selakkan je. Xpayah mamai2 bgn pegi dapur buat susu.
Aku kan suka tidur.
Inilah jalan yg terbaik..hehe.

Lepastu ade yg kata kelengkapan nk BF ni kosnya agak tinggi.
Memang btol breastpump je dh ratus2, belum masuk cooler bag, warmer lagi.
Tapi sekali je kita beli. Pastu boleh guna sampai ke anak no. 2, 3, 4 dan seterusnya...

Jangan risau kalau tiada ilmu tentang BF ni. Korang gugel je.
Dulu masa anak sulong aku pun zero jgk tentang BF ni. Sekarang alhamdulillah tahu la skit2.

Sebagai permulaan jom kita kenal istilah dan cara menyimpan susu perahan.

Istilah Dalam Brestfeeding.

BF = Breastfeeding
EBF = Exclusive Breastfeeding
EBM = Express Breastmilk
Fresh EBM = Susu yang baru di-pam (belum simpan fridge).
Chilled EBM = Susu yang disimpan di bahagian bawah (fridge).
Frozen EBM = Susu beku (disimpan bahagian freezer).
Thawed EBM = Susu beku yang telah dicairkan.


Cara Menyimpan Susu Perahan

Suhu Bilik = 4 Jam
Peti Sejuk (bahagian fridge) = 3-5 hari (> 5 hari masuk beku)
Peti Sejuk 1 pintu (bahagian freezer) = 2 minggu
Peti Sejuk 2 pintu (bahagian freezer) = 3 bulan
Peti Sejuk Deep / Chest Freezer = 6 bulan
Susu beku yang dicairkan -> simpan dalam fridge = 24 jam
Cooler Bag = 12 Jam

Jom kita sama-sama support breastfeeding.