Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Wednesday, 22 July 2015

Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya semua.
Masih dalam mood raya maka cepat-cepatlah post gambar raya.
Sebelum xde mood, langsung xtepek gambar raya dalam blog.

Raya ni tema hijau.
Tahun ke 5 beraya sebagai isteri.
Maka dah 5 tahun baju bertema..hehehe

Tahun pertama tema putih.
Tahun kedua tema purple.
Tahun ketiga tema hijau muda.
Tahun keempat tema peach.
Tahun kelima hijau balik.

So, tahun keenam tema ape yek??
In sha Allah kalau dipanjangkan umur....



Macam biasa raya pertama rumah mertua.
Menantu solehah memang cenggini...hihi...


Bukan mudah ye nak bergambar dengan anak-anak..
Tapi kita kena gigih.


Masih tiada mood.
Bolehlah dari xde.
Selamat Hari Jadi Qasyah Aryan.
Sekejap je masa berlalu.
Dah setahun anak ibu.
Masih sama, xboleh berjalan lagi.
Takpe slow2 ye..
Disebabkan hari jadi adik jatuh di hari raya, maka xde majlis potong2 kek.
Kita makan je biskut ketupat dan lemang..
Kalau beli kek pun adik xmakan jugek kan...


Kakak on je kalau nak selfie.


Bersama mertua dan ipar duai.


Bapak borek anak hujan rintik-rintik.



Last skali gambar raya kami.
Itu saja cerita raya..tadaa.....
Maaf zahir batin yea....

Sunday, 3 August 2014

Pantang dan Hari Raya

Selamat hari raya diucapkan kpd semua yg tersinggah atau menyinggah di qasehuteq.blogspot.com.
Ampun maaf andai tulisan, kata-kata yg pernah tertulis di sini menggoncang sanubari korang semua...hehe.

Hari ni 7 Syawal bersamaan dengan 15 hari berpantang..
Aku selamat deliver second baby pada 20 Julai 2014 bersamaan 22 Ramadhan pukul 4.09 pagi.
Pengalaman deliver next post aku citer ek.

Berpantang di hari raya sgtlah menguji keimanan.
Ketupat, rendang, sate seolah-olah menari-nari minta dihabiskan...huhu.
Xpe raya haji nanti aku qada mkn ape yg xboleh.
Tapi raya pertama dh selamat bedal nasi beriyani...hehe
Gambar pertama kami berempat.
Qasyah Aryan Day 8.
Ni baju raya versi pregnant.
Bukan aku yg gemuk tau..
Dah terberanak sebelum raya, pakai jela yg mana ade kan..
Kesian kakak.
Xberaya sgt thn ni.
Baba yg gembira tak terkata.
Dapat geng.
Dulu ibu je yg ade geng.
Sekarang kita seri..
Itu saje cerita raya 2014..
Raya ikat perut..
Korang mesti puas mkn ketupat rendang kan...

Wednesday, 16 April 2014

Fesyen baju raya untuk ibu mengandung

Aku sekarang tengah dalam dilema ni.
Dilema nak decide pattern baju raya.
Raya kan dah xlama, haruslah prepare awal2 kan.
Ibu mengandung pun haruslah nak nampak vogue jugak di hari raya.

Cuma yang menjadi masalahnya aku tak tahu masa tu aku perut buncit lagi ke tak.
Maksud aku, aku dah bersalin or masih membonyot.
Maklumlah aku punye EDD 28 Julai 2014.
1 Syawal tu..
Acaner???

Bila dah pikir-pikir semasak-masaknya aku rasa paling selamat buat baju design peplum kot.
Peplum kalau xpeknen pun boleh, peknen pn boleh dok.
Tapi sekarang peplum ni trend lagi ke?
Rasanya 2, 3 tahun lepas je fofular.
Kan nampak macam ketinggalan zaman.

Ni antara fesyen-fesyen yang aku jumpa kat gugel.
Yang mana satu ok?





Fesyen retis-retis.
Yang ni tak kot.
Seksa dan soos.
Tak muat nak makan ketupat rendang.


Ayu Rodoh.
Pun comei.
Tapi vogue sangat.
Design dh ok rasanya.
Cuma perlu tukar jenis kain je ni.


Korang caner?
Baju raya dah tempah ke belum?
Ke dah siap??

Sunday, 27 October 2013

Aidiladha yang berlalu

Salam Ahad semua.
Selak langsir kat luar tgh hujan.
Dah masuk musim tengkujuh agaknya.
Hari ni baru rasa free sket.
Bos xde baru rasa ade masa nk bukak blog.
Nak citer ape ek?
Nak citer pasal raya pun dah mcm basi kan.
Tapi dah xde idea, citer raya jela ek.


Berdua je dgn Qaseh.
Baba dah cau pegi tempat sembelih.
Raya haji tahun ni kat kampung aku.
Adil dan saksama.
Raya puasa belah husband, raya haji kampung aku.

Dah 3 tahun kahwin xpenah ade gambar raya bersama suami.
I mean raya hajila.
Sokmo lorat nk pegi tempat sembelih lembu.
Salam mintak ampun pun raya ke 3 kot baru salam...
Memang mithali sunggoh binimu ini...nasibla..hahaha...

Tahun ni aku ambik satu bahagian.
Akak2 aku pun korban jgk.
Kira meriahla ramai2 berkumpul.
Tapi diorang ambik lembu yg harga mahal2 semua.
Lembu akula paling murah dalam ramai2.
Semua pakat dk menhanjeng aku.
Dorang ckp thun depan kalau nk makan sup tulang banyak2 blhla ambik lagi lembu harga ni..hahaha
xsayang mulot sunggoh....
Aku cakapla nilai tak penting, yang penting nawaitu..cehceh...


Dengan anak buah.
Baju pun sepesen, nanti aku up post aku diy baju ni.


Anak buah paaaling tua.
Umur 30 tapi tak kawen2 lagi aii..

Minggu depan 3hb deepavali kan.
Sekali dengan final Piala Malaysia.
kalau MB kelate bagi cuti umum 4hb tu,
5hb plak cuti awal Muharram...
waa....seronotnyeee.
Gomo klate gomo!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 20 August 2013

Raya Sebulan

Masih belum terlambatkan i nk ucap selamat hari raya kepada semua-semua-semua yang menyambut hari raya.
Puasa sebulan kan, raya pn sebulan jugelaa.

Dah lama rasanya aku xupdate blog.
Bukan ku malas, tapi gmail xboleh nk sign in.
Acaner tu?
Ingatkan terlupa paswed ke ape.
Raya lama kan..
Rupanya dah kena block...

Office i ni kan mmg dengki sgt dgn i, tak boleh nk bersyosyial langsung..
Ape pom xboleh, chatting tak boleh, fb lagiila, skang blogger pn dh xbolehhh...
ingat i ni robot ke nk kerja je 8 jam non-stop...
I pn nk release tensen jgk...
Takper...i xmudah berputus ase..
I boleh update jga,tapi dgn tab jerrr.
Walaupun xbest i cubaaa..

Raya tahun ni kat rumah mertua.
Bukan thn ni je, sejak kawen memang raya pertama umah mertua.
Kata nak jadi menantu kesayangan kannnn....haha
I xkesah, raya pertama umah mertua, raya kedua rumah i, ketiga rumah i,keempat, kelima.....
bijakkk tak....

So kepada gadis2 di luar sana, carilah suami senegeri.
Lagi bagus sekampung dengan kau.
Pagi rumah dia, ptg rumah ekau...lagi best...

Bersama-sama dengan ini saya sertakan gambar raya kami di pagi hari raya.
(Gaya surat rasmi)


Senyuman di pagi raya.

Qaseh dan baba.


I dengan adik ipar.
Kenapa diorang ni tinggi2 ek??
Ker aku yang rendang??

Berbaju biru i punye mertua & adikssss
Berbaju hijau selain kami is I punya ipar & anak buahsss

Yang ni semua ada sebab setting time snap
kemain kan...
Tapi aku paling suka gambar ni...
Semua ada gaya tersendiri



I dengan adik ipar & akak ipar & anak buah

Mertua dengan cucus cucus nye...

okkk.itu saje cerita di hari raya.
Aku pn dh pening kalo update gna tab ni.
Layankan saje..
Asalkan hadooo.

Selamat Hari Raya dari kami!!Maaf Zahir Batinsssss

Published with Blogger-droid v2.0.10