Sunday, 31 March 2013

Apa Beza Baking Powder Dengan Soda Bikarbonat??



sumber: gugel

Perasan tak dekat resipi kek mesti ada Baking Powder & Soda Bikarbonat.

Kalau tak perasan tu maknanya tak pernah buat kek lah..heheh
Kerana benda alah ni jugaklah kek yang dibuat dengan harapan menggebu gebas menjadi mampat-semampatnya.
Lalu hancur luluhlah perasaan pembuat kek tersebut.
Akulah tu...huhu.
Selalu sangat tertukar dua benda ni. Sebab tu kek tak jadi (alasan).
Lalu aku bertekad untuk mengenali dua benda alah ni dengan harapan kek yang bakal aku buat nanti menjadi.
Ayuhlah...

Baking Powder (Serbuk Penaik)

Baking powder adalah agen penaik kimia yang disediakan secara komersial.Ia mengandungi sejenis asid(biasanya cream of tartar) dan sejenis alkali(soda bikarbonat).Kedua-dua bahan ini di campur dengan sejenis serbuk kanji atau tepung. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double-action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakkan kek manakala jenis berganda digunakan untuk membuat kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan mekar.


Soda Bikarbonate

Soda bikarbonat juga adalah agen penaik yang di sediakan secara komersial.Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar dan menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakkan kek, biskut atau kueh yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih 

Adunan bahan-bahan ini akan terlarut apabila di gunakan dalam doh yang lembab dan bahan-bahan kimia akan bertindak untuk menghasilkan karbon dioksida.Apabila di bakar ia akan mengembang,sebab itulah kek dan roti yang mengandungi bahan ini akan menaik.

Hohoo...maknanya kalau nak buat kek gula hangus kena letak soda bikarbonatla yek..
Patutlaaaa kek aku boleh buat main baling2 giteww...hahahaa.


11 comments:

IFA Athirah said...

ptutlah mcm smthing wrong je kek yg prnah saya try buat.muehehe

qasehuteq said...

haha...tula pasal.selama ni ingatkan sama je dua benda ni.

zanamusa said...

Tqvm for good info...

Anonymous said...

Huhu.. Kek ku jd bengkang. Keras woo. Silap pnaik trus xnaik
Tqvm sis 4 info

sharifullahzakaria said...

Saya pernah guna kedua2 bahan tersebut. Bezanya tepung penaik mahal sikit harganya berbanding soda bikarbonat. Tp soda bikarbonat ada sedikit rasa yg ditinggalkan dlm makanan. Tapi dua2 pun menjadi kalau guna teknik kukus.

MY WORLD said...

Tq 4 info..ingtkn sama saja..hehehe

Norshalini Jeyaseelan said...

sis.. Soda Bikarbonate nie.. boleh guna untuk memutihkan bawah ketiak ke??

qasehuteq said...

norshalini: sori xpenah dgr petua tu ..hihi

Yankees Lay said...

Ptt la saya Buat kek x jd. Dua bende ni bezaa. Ooo.. Tqqqq info ni

Yankees Lay said...

Ptt la saya Buat kek x jd. Dua bende ni bezaa. Ooo.. Tqqqq info ni

rosniza eza said...

Patut lee kek gula hangus saya tak naik saya tukar soda bikarbonat dgn baking power.. Rupenya fungsinya lain bila dicampur dgn gula hangus... Huhu..thanks for info