Wednesday, 27 March 2013

Sanah Helwah Qaseh Iris




27 Mac 2013
Selamat Hari Jadi yang ke 2 untuk anak ibu.
Alhamdulillah anak ibu membesar dengan sihat.
Semoga menjadi anak yang solehah penyejuk mata penyejuk hati ibu dan baba.

Ingat lagi detik melahirkan Qaseh 2 tahun yang lalu.
Masa peknenkan Qaseh aku ade diabetes melitus.
So, sehari before EDD terpaksa admit wad.

26 Mac 2011
Dengan muka innocent pergi serah diri kat Hospital Tanah Merah.
Perasaan cuak tu xde lagi.
Masa tu lebih kepada rasa seronok sebab dah janji awal2 dengan anak buah nak kawan ngan dia dalam wad.
Anak buah masa tu dalam wad jugak bertarung untuk melahirkan anak yang ke 3.
See??
Anak buah dah yang ketiga. Mak sedara baru terkedek2 anak sulong.
Dah jodoh dia awal kan.

Sampai Hospital dah dekat nak maghrib.
Pandai kan. Saje jer datang lewat.
Xkoser aku nak dk lama2 dlm wad.
Mula-mula jumpa doktor dulu. 
Heran kenapa semua Doc O&G kat spital ni lelaki. Adik2 plak tu.
No choice. Doc seluk dulu. Dia cakap 2cm.

Pastu terus ke wad. 
Frust sebab katil kita jauh ngan anak buah sebab masa tu anak buah dah selamat deliver.
So, katil dia belakangla sikit dari katil yang belum deliver.
Takper boleh lagi pergi borak2. 

27 Mac 2011

7.00 a.m
Seluk buat kali kedua.
3 cm. Yahuuuu.
Doc kata tak payah masukkan ubat sebab jalan dah terbuka.
Ada peningkatan.
Lepas pada saat dan ketika ituuuuuu!!!
Contraction dah menjelma.
 Mula2 manja2 pastu dia main kasarr derrr.
Doc janji kol 10 nak cek lagi skali.
Dalam hati "Oh lambatnye pukul 10 aku dah tak tahan".
Rasanya macam tak sabar giler nak bagi die seluk.

10.30 a.m.
Beriya aku berebut ngan sorang akak ni untuk masuk cek sebab aku rasa sangat tak tahan.
Potong que ko mampu??
Rasa seolah2 nak buang air besar sangat tapi toilet penuh.
Bila 1 toilet free ko punyer perasaan tamak berebut toilet tu haa macam tu lah aku masa tu...
Maafkan saya akak...

Doc cakap dah 6 cm.
"Akak boleh ke LR sekarang.
Tunggu nurse datang".
Oh, gembira bukan kepalang sebab tak payah masukkan ubat.

Aku memang tak mahu ambik ubat untuk bukakan jalan tu sebab akak depan katil aku tu dia memang kena masukkan sebab dah lewat 5 hari kot.
Dia punyer sakit tu sampaikan kita yang di sekeliling tengok pun seriauuu.

11.00 a.m
Nurse datang ambik dan terus berlari ke LR.
Nurse kata "awak kena jalan, nanti lagi cepat jalan terbuka".
Sesampai di LR dalam tu ade dua nurse dok tunggu.
Budak hingusan lagi aku tengok.
Eh, boleh ker dorang ni.
Masukkan ubat untuk melawaskan tutt.
Macam karen aku terus masuk dalam toilet.

Pastu dorang panggil hubby masuk LR.
Bermulalah aksi lagak ngeri.
Kali ini sakit die lebih teruk dari sakit kat wad tadi.
Kali ni tangan hubby jadi mangsa.
Aku genggam sepenuh hati time budak dok mengeras tu.
Aku panggil bebudak nurse tu soh cek sebab aku rasa tak tahan yang amat.
Semua ayat yang aku ingat aku baca dengan harapan kurang sikit rasa sakit tu.
Penantian untuk bukaan 10cm tu adalah penantian paling siksa dalam hidup yang penah aku rasa.

1.45 p.m.
Akhirnyaaaaaaaaaaaa 10cm.
Masa ni tetiba LR jadik ramai nurse.
Datang dari ceruk mana ntah.
Ok pushhhhhh...
Gagal...

PUsshhhh lagi...gagal...

2.15 p.m 
"Akak terpaksa toreh sikit dik.
Baby sulung kan, kalau tak nanti baby lemas".
Staffnurse kot yang cakap.
Masa tu aku tengok bersinar pisau tuuu.
Tapi herannya tak rasa pun sakit torehan tu.

2.29 p.m 
Pussshhhhhh...
Alhamdulliillh 2 kali je lepas toreh tu berjaya.
Baru ku tahu teknik yg betul.
Masa kita rasa budak mengeras tu kita kena cepat 2 push dalam satu nafas.
Sekuat hati jangan putus2.
Rupanyaaaa....

Legaa...legaa..macam terlepas hutang berjuta.
Lepas tu Qaseh dorang bawa ke bilik lain utk dicuci.
Tiba masa untuk sesi jahit-menjahit.
Masa ni aku paksa hubby keluar.
Aku tak nak bagi dia tgk aku menggelumpur tahan sakit time jahit ni.
Aku xfaham knapa ramai orng ckp xsakit time jahit sebab sakit contraction lebih dari tu.
Tapi bagi aku sakit masa jahit lebih teruk berkali2 dari sakit contraction.
Maybe lain orang lain rasanye kot.
Aku nekad untuk 2nd baby nanti aku nak mintak bius time jahit.
Sakit ok, sangat-sangat macam disiat2.

3.45 p.m
Kaki dah terketar-ketar.
Lama gila kot proses jahit menjahit tu sampai lenguh sendi segala.
Bila dah siap semua nurse datang bawak Qaseh, letak kat tepi.
Masa ni rasa macam wahh bestnya ade baby sendiri.
Syukur sangat kerana segalanya berjalan dengan lancar.
Dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dan aku dengan bangganya cakap kat hubby nanti nak bersalin lagi. Xserik pun.hehe.

Dan hari ni genaplah umur Qaseh Iris 2 tahun.
Ibu harap Qaseh menjadi anak yang solehah, taat kepada agama.

Having a daughter means,
Seeing a thousand rainbows everyday,
A thousand occasions a sweet hurray,
A thousand sweet dreams a night,
And a thousand reasons to laugh and smile
Happy Birthday to you my love!!




2 comments:

cikji said...

arghhh seriau weh dgr bab jahit tuh,huwaa.
blh ko spital kerajaan kito request nk bius?

qasehuteq said...

atas misi nik.kalu misi berhati mulia gak bulisla.tapi ore kata kalu kito bius lambat sial jahit kito tu.
tapi ore raso baik lambat sial dari dio jahit hidup2 gituu..huhu.
Nik bakpo lma xupdate blog tuu?