Tuesday, 26 March 2013

Toddler Beds

Esok 27 Mac 2013 genaplah 2 tahun usia Qaseh Iris.
Sehingga ke hari ini beliau masih tidur berdampingan dengan kami.
Kami tak kesah pun.
Tapi kalau ade adik nanti adik yang kesah.
Cer imagine 4 orang sekatil. Mampuu???
Susahkan nak train anak tidur asing.
Tapi kita mesti cekalkan hati even kita sendiri sebenarnya yang tak sanggup.hehe..

Langkah pertama kena beli toddler beds dulu.
Ciri-ciri yang paling penting untuk beli toddler beds ni kalau untuk Qaseh yang tidurnya mengalahkan Lionell Messi rasanya eloklah yang berpagar.

Malam tadi dengan tak tersengajanya terpergi ke Tesco tertengoklah satu pameran kat ruang legar.
Banyak gileww toddler beds yang menggugat sanubari.
Korang2 yang stay area Kb ayuhlah beramai-ramai ke Tesco KB menjamu selera mata anda sementara promosi.
Hanya seminggu sahaja. 


Paling smart.
Double decker.
Lain dari yang lain sebab bahagian bawah boleh dijadikan sofa. 
Kalau nak tidur angkat je papan yang dijadikan meja tu ke anak tangga yang paling bawah.
Tilam yang dilipat boleh ditarik semula.
Bawah plak ada rak untuk simpan pakaian.
Bahagian tepi siap dengan meja komputer beb.
Nak apa lagi..cakap..cakap??
Oh ini tak boleh jadi.....

Harga????

Ini harganya.
Harga tanah runtuh ke idak sendiri pikir.


RM1492 dari RM1865.
Baru ku perasan dalam katalog xde plak meja komputer kat tepi.
Free gift ker hiasan jer?
Aku lupa plak nak tanya.


Hamboi...
Siap ade gelungsur lagi.
Dah macam taman permainan.
Yang ni lebih banyak raknya.
Kat tepi pun ader meja tulis.
Harga yang ni kalau tak silap RM700 lebih.

Lain-lain beds aku capture dari catalog je.
Promoter dah jeling dah kenn.
Mesti dia cakap "akak ni manjang je ambik gambar, nyampah bukan nak beli pun"...

Nama pun survey kan.
Bukan nak beli terus.




Apa tunggu lagi.
Jommm......



No comments: