Wednesday, 26 September 2012

Anjing Menyalak Bila Azan


Masa mula-mula pindah dulu memang pelik dan juga geraammmmzzz....
Tiap-tiap kali Azan subuh mesti anjing jiran sebelah menyalak macam meroyanss.
Time tu ingat ada penceroboh ke ape.
Tak de pape pun. Tapi menyalak eiiiiii...sabar jelah. Tak kering tekak ke weii.

Maklumla aku kan tinggal kat perumahan ala-ala 1 Malaysia giteww. 
Banyak sangat anjingnye. Macam-macam spesies pulak tu, 
Rottweiler ade, Huskies ade, Pitbull ade, eh dah macam nama penyanyi kan. 
Nasibla nama ko dah macam nama anjing..hehe.
Minggu pertama masuk rumah masa tu memang tak cukup tido.
Dasar kuat tido kan.


Anjing termahal di dunia kot harganya RM500K.
Harga sebijik banglo beb. Dengan rumah i pun mahal lagi anjing ni hukhuk..sobs...sobs...

Banyak pendapat yang aku baca. Antaranya:

1. Anjing menyalak time azan kerana melihat syaitan bertempiaran lari untuk menjauhkan diri daripada mendengar azan yang membakar diri mereka (syaitan).

Ini kerana Nabi S.A.W bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya:

Apabila engkau mendengar kokokan ayam, maka mintalah (berdoalah) kepada Allah akan kebaikannya, sesungguhnya ayam tersebut sedang melihat Malaikat (ketika berkokok), dan apabila engkau mendengar salakan anjing, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan, kerana anjing tersebut sedang melihat syaitan (ketika menyalak).

(Muttafaqun `alaih – Sahih Bukhari dan Muslim).


Patutlah bersungguh-sungguh dia menyalak. Nampak as-syaitan nir rajimmm rupanya.
Mujurlah manusia tak diberi nikmat untuk melihat benda ghaib. Nikmat ker???

2. Anjing menyalak kerana menyahut seruan azan.

Walaupun anjing mengikut Mazhab Syafie dikategorikan sebagai najis mughallazah tapi sebagai makhluk ciptaan Allah, Subhanallah dia pun menyahut seruan azan.
Kita yang manusia ni pun kadang-kadang terlupa jugak nak jawab seruan azan ni kan?
Ker aku je macam tu?huhu.
Insaf kejap. Lepas ni tak moh dah marah-marah kat anjing bila menyalak time azan.
Rupanya dia menyalak bersebab.


2 comments:

embun suchi said...

bisow teq. sejak duk di kjiranan 1malaysia ni, siap tahu spesis2 anjing lagi.

qasehuteq said...

hehe..mesti kena tahu bim.sene nak hambat.kalu salah hambat ke dio hambat kito balikla.