Monday, 17 December 2012

Solat sambil dukung anak

Musim tengkujuh dah tiba.
Macam biasala aku mesti demam kalau awal2 musim macam ni.
Sebab tulah dah seminggu blog ni terabai.
Bila berdua je dengan anak kat rumah mesti aku terpikir cane cara nak solat.
Kalau dulu ok la anak kecik lagi boleh je dodoikan.
Bila dia dh zzzzzzzzzz bolehla kita cepat2 solat.

Skang dah besar panjang dodoilah sampai malam takde maknanya nak tido.
Terpaksalah aku tahan jer sampai senget2 kepala aku bila dia dah duduk atas telekung.
Cobaaann betul wehh solat bila ade yang mengacau ni.
Khusyuk ke tak, tak taulah.

Arini aku terjumpa artikel ni.


Omaigod....
Boleh rupanya solat sambil dukung anak.
Tapi rasanya untuk anak setahun ke bawah je kot.
Kalau lebih setahun rasanya...emmmm....
Mampu ker? Nak2 yang sihat chubby2 gitew..
Boleh ke duduk diam macam tu selama 5 ke 6 minit?
Seminit pun belum tentu kot.

Dipetik dari Fatwa Sheikh Fauzan:
Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)
Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:
1) Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
2) Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu').
3) Dada sentiasa mengadap kiblat.

Seorang nenek yang aku jumpa kat masjid pernah cakap,
petua nak bagi anak xmengacau kita time solat dengan cara letak dia kat tepi time kita solat sejak dari dia baby lagi. 
Sampailah besar amalkan 5 waktu, katanya nanti budak tu dah terbiasa dan akan faham bila besar.
Insha Allah nanti aku nak amalkan untuk second baby.




3 comments:

embun suchi said...

mampukan qaseh berdiam diri duk ats kendong ?
goyah jugok iman dibuatnya dio tiok time duk dukung tu.
beli sejadoh kecik ko dio so. in shaa allah nati dio suka dan tak kacau kita solat.
nati bsar sikit boleh la ibu jahit kain telekung utk qaseh.

qasehuteq said...

hampar dh ci.xsampai sminit eh mari dk slebing depe kito jgk.noya xngaca ko?

embun suchi said...

noya pon kecik2 mulo lebih kure la. tp bsar ni ok doh. kade2 dio pn tunggeng2 smaye jugok. dio puah gak, dio g main sore dio.