Tuesday 18 December 2012

Sebuah Piala Seekor Kambing


Enjoy tengok citer ni malam tadi dekat Astro Prima pukul 10.00 malam.

Terbaiklah loghat pelakon pekat likat siap ado subtitle lagi..
Agak2 kalau xdok subtitle ore luar tengok pehe dok?
Bila lagi nak dengar Syed Aiman kecek klate.
"Nate! Bengoooooo..." hahaa...

Telefilem ini mengisahkan tentang usaha seorang penggawa muda, iaitu Penggawa Nawi yang baru dilantik ke jawatan itu untuk menyatukan orang-orang muda di kampong Pantai Cherang Nipah dan kampung Bendang Kweng yang sering bergaduh melalui perlawanan bola sepak.

Usaha murninya mendapat sokongan anak muda dan mereka bersedia berlatih untuk pertandingan yang menyediakan seekor kambing sebagai hadiahnya. Walau bagaimanapun keinginan untuk menunjuk kekuatan dan kemenangan dalam pertandingan itu serta perasaan dendam sebelum itu menyebabkan beberapa pemain menggunakan pendekatan yang salah seperti bomoh.

Bukan itu sahaja, para penyokong mereka juga membuat tindakan yang salah, sehingga sanggup menggunakan rasuah. Namun di sebalik saingan pertandingan itu, siapa menyangka wujud pula hubungan kasih antara anak muda di dua kampung yang bertanding tersebut. Ini yang terjadi kepada Jani dan Shimah. Sungguhpun drama ini mengangkat sukan bolasepak sebagai isu utamanya, tetapi penonjolan beberapa isu kemasyarakatan menjadikan drama ini lebih menarik.

Telefilem ini dilakonkan oleh Syed Aiman (Jani), Miera Amnas (Shima), Khusairi Chua (Dollah Jin), Isey Fazlisham (Hasyim), Kamarol Hj. Yusuf (Penghulu Din), Sabri Yunus (Penghulu Che Kah) dan hampir 30 orang lagi pelakon pembantu yang turut terlibat.

Malah hampir seluruh penduduk kampung Pantai Mek Mas di Kelantan turut terlibat dalam menjayakan drama ini terutama yang melibatkan perlawanan bola sepak. Apa yang menarik ialah kemunculan seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan dari Kelantan sebagai pelakon undangan istimewa, Mohd. Nor Yaakub yang berlakon sebagai pengadil pertandingan bolasepak.

Drama ini juga turut dijayakan oleh kumpulan dikir Sri Murni Che Deris yang terkenal di Kelantan.
The Red Warrior yang menaja pasukan Kelantan turut menaja jersey dua pasukan bolasepak yang bertanding dalam drama ini.

Kepada yang xsempat tengok bolehlah download:


No comments: