Tuesday 29 October 2013

Resipi Ikan Siakap Stim

Resipi yang sangat mudah dan sesuai utk yang tak berapa nak rajin sangat macam aku.
Kita blend je semuanya.
Boleh je kalau nak mayang pun.
Tapi malasss jugak campak je dan blend...


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
2 batang serai
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
3 sudu sos tiram
2 biji limau kasturi
air, garam, gula dan perasa secukupnya

Cara-cara:
1. Sediakan pengukus, jerang air dengan api sederhana.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan masukkan dalam bekas atau loyang.
3. Blend semua bahan dan lumurkan ke atas ikan.
4. Kemudian kukuslah sehingga masak.
5. Dah siap taburkan daun sup.
Siap untuk di makan....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday 28 October 2013

Meaning of stretch marks to me


My dear baby..
Stretch marks?
It's okay..
Because i love..
And promised you unending love...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday 27 October 2013

Aidiladha yang berlalu

Salam Ahad semua.
Selak langsir kat luar tgh hujan.
Dah masuk musim tengkujuh agaknya.
Hari ni baru rasa free sket.
Bos xde baru rasa ade masa nk bukak blog.
Nak citer ape ek?
Nak citer pasal raya pun dah mcm basi kan.
Tapi dah xde idea, citer raya jela ek.


Berdua je dgn Qaseh.
Baba dah cau pegi tempat sembelih.
Raya haji tahun ni kat kampung aku.
Adil dan saksama.
Raya puasa belah husband, raya haji kampung aku.

Dah 3 tahun kahwin xpenah ade gambar raya bersama suami.
I mean raya hajila.
Sokmo lorat nk pegi tempat sembelih lembu.
Salam mintak ampun pun raya ke 3 kot baru salam...
Memang mithali sunggoh binimu ini...nasibla..hahaha...

Tahun ni aku ambik satu bahagian.
Akak2 aku pun korban jgk.
Kira meriahla ramai2 berkumpul.
Tapi diorang ambik lembu yg harga mahal2 semua.
Lembu akula paling murah dalam ramai2.
Semua pakat dk menhanjeng aku.
Dorang ckp thun depan kalau nk makan sup tulang banyak2 blhla ambik lagi lembu harga ni..hahaha
xsayang mulot sunggoh....
Aku cakapla nilai tak penting, yang penting nawaitu..cehceh...


Dengan anak buah.
Baju pun sepesen, nanti aku up post aku diy baju ni.


Anak buah paaaling tua.
Umur 30 tapi tak kawen2 lagi aii..

Minggu depan 3hb deepavali kan.
Sekali dengan final Piala Malaysia.
kalau MB kelate bagi cuti umum 4hb tu,
5hb plak cuti awal Muharram...
waa....seronotnyeee.
Gomo klate gomo!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 9 October 2013

Resipi: Puding Roti Milo


Takde idea nak buat hidangan minum petang?
Meh aku bagi idea.
Puding roti milo semudah ABCDE......
Kalau roti korang dh sipi2 nk expired jgn campak masuk dlm tong, 
better jadikan dessert yg lazat.

Bahan-bahan:

Bahan 
1 paket agar-agar 10 gram
3 cawan air
1/2 cawan gula

Bahan B
2 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 keping roti
1/2 cawan air

Bahan C
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar milo
2 sudu besar air panas

Caranya:
1. Didihkan semua bahan A dalam periuk.
2. Blend semua bahan B.
3. Kemudian masukkan bahan B yg telah diblend ke dalam periuk bahan A yg telah dididih.
4. Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
5. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal.
6. Adunan satu lagi, masukkan milo yg telah dibancuh dengan air panas.
(Pastikan guna air panas semasa membancuh milo agar milo tidak berbiji).
7. Ambil sesenduk warna putih dan tuang ke dalam loyang. Kemudian ambil sesenduk warna milo dan tuang di atas warna putih tadi. Ulang sehingga habis.
8. Dah siap masukkan dalam peti pastu dah bleh ngappp..

p/s: Kalau rasa xnk guna milo, tkut sembelit ke aper, blh tukar guna coklat...krohhkrohhh..

Roti tidak membazir perut pun kenyang....
Selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday 4 October 2013

Hijrah Vivy Yusof

Alhamdulillah..
Nmpk kt insta hari ni vivy dh berhijrah.
Jumaat yg membawa makna.
Makin ramai blogger yg aku follow dh berhijrah.
Dulu Dr. Halina, pastu Ceera dan hari ni tau Vivy pula.

Tahniah Vivy....
Vivy buat keputusan yg tepat.
Aku bertambah2 suka kat vivy ni..
Dulu dh suka, sekarang lagi suka.
Suka dia sebab aku kagum dengan semangat dia kembangkan business Fashion Valet.

Aku mula stat baca blog vivy www.proudduck.com lepas tgk wedding dia kat raikan cinta astro ria.
Start dari situlah aku mula baca blog vivy.
Sape yg baca blog vivy mesti tahu vivy ni seorang yg sempoi, kelakar dan humble orgnye...
Erkkk...banyak sgt aku puji vivy ni, sbb aku teruja sgt dgn penghijrahan vivy... :)
Aku doakan semoga vivy istiqamah dgn keputusan yg dia buat, semoga Allah bukakan pintu rezeki, dan rumahtangga yang bahagia till jannah..
Aminnn :)...


Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday 3 October 2013

Viki terbaek

Kalau korang peminat citer korea, pilipines, omputih, japan, mexico dan seangkatan dengannya korang MESTI download aplikasi VIKI ni kat playstore..
Capslock lagi, tandanya mmg btul2 recommend la.
Dulu dok cari jgk aplikasi ape ye yg best utk tgk drama n movie, 
Pastu jumpa viki terus rasa bestnye, di hujung jari gituu..
Translate into more than 150 languages lagi...



Sekarang xrisau lg bila termiss episod Arang and the 
magistrate kt tv9.
Kalau x mesti aku xpuas hati, nak tahu jgk apa yg jd kat arang.
Sekarang kt tv9 dah tamat pn citer arang.
Tapi aku br dk tgk episod 15 kat viki.


Lepas ni nk tgk dysebel plak.
kalaulah dari dulu dah ade aplikasi ni kan bagus,
dari bli cd citer korea yg beratus hengget tu,
agaknya kalo aku kumpulkan duit tu dah blh kaya..hehe..
Apa lagi jom download viki!
Kalau dah lama download duk diam,
aku je baru jumpa...
kesiaannn...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 2 October 2013

Kesalahan bahasa yang memudaratkan kesihatan

Alahai anak.
Sometimes kena pantau jgk penggunaan ayat dan tatabahasa anak ni.
Takut melencong dan membahayakan org yg mendengar nanti...
Petang semalam balik kerja tercengang aku dengar....

Qaseh: Ibu, ambikla air kotak kakak dale konet..
Ibu & Baba: Haaaa?????????????????????

Bhahahahahahahha.....
Tergelak kami mendengarnya..

Siapa yang ajar ni...
Nasib bukan depan orang.
Kalau tak matikla kami...

Bonetlah kakak..
Ke situ pulak dah.
Bonet dan konet bunyi mmg lebih kurang.
Tapi maksud tu mmg jauh bonar bezanya nak oi....
Malah mengerikan lagi..huwaaa.......


Giyomi xjadi...


Lepas mandi mmg buat gini.
pastu tanya comei dok kakak.....
ibu jawab commmmmmmmammmmmnyeee...

Buah cempedak luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Qaseh budak baru belajar
Kalau salah jgn risau ibu pasti betulkan....

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 1 October 2013

My Mini Powerbank

Ini semua salah bini Mat Yo!!!!
Eh...macam xde kaitan..muahaha
Ini semua salah Watson!!

Watson ni xsah kalau xjual barang kiut2.
Tujuan asal nak beli benda lain,
Tapi bila dah masuk terbeli benda lain
Haritu plan nak beli vitamin je..
  Tapi tak nampak macam vitamin pun...


Comel X?
Pleasela comel sebab dah terbeli.
Sampai ku xperasan dia punye kapasiti secoet je..
Adakah ini satu pembaziran?
Xkot, sebab kini ku xrisau lagi bila handphone 
ku mati secara tiba-tiba.
Xperlu bawak charger lagi di ofis.
Sebab aku kan dah macam esok lusa nak pencen, 
selalu lupa nk bawa balik charger yang dah bawak kat ofis.


Anytime, anywhere...
Anyone?...
Xboleh..korang nak kena pergi beli?
RM45 after less 30%.


Sekarang hari-hari i rajin pakai losyen.
sebab  kiut sangaattt.
RM1...
Ini semua salah Watson..


Published with Blogger-droid v2.0.10