Wednesday 9 October 2013

Resipi: Puding Roti Milo


Takde idea nak buat hidangan minum petang?
Meh aku bagi idea.
Puding roti milo semudah ABCDE......
Kalau roti korang dh sipi2 nk expired jgn campak masuk dlm tong, 
better jadikan dessert yg lazat.

Bahan-bahan:

Bahan 
1 paket agar-agar 10 gram
3 cawan air
1/2 cawan gula

Bahan B
2 biji telur
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
4 keping roti
1/2 cawan air

Bahan C
2 sudu besar marjerin
4 sudu besar milo
2 sudu besar air panas

Caranya:
1. Didihkan semua bahan A dalam periuk.
2. Blend semua bahan B.
3. Kemudian masukkan bahan B yg telah diblend ke dalam periuk bahan A yg telah dididih.
4. Masukkan marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi dan matikan api.
5. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal.
6. Adunan satu lagi, masukkan milo yg telah dibancuh dengan air panas.
(Pastikan guna air panas semasa membancuh milo agar milo tidak berbiji).
7. Ambil sesenduk warna putih dan tuang ke dalam loyang. Kemudian ambil sesenduk warna milo dan tuang di atas warna putih tadi. Ulang sehingga habis.
8. Dah siap masukkan dalam peti pastu dah bleh ngappp..

p/s: Kalau rasa xnk guna milo, tkut sembelit ke aper, blh tukar guna coklat...krohhkrohhh..

Roti tidak membazir perut pun kenyang....
Selamat mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment:

Anonymous said...

Nanti aku pun nak cuba lah jugak macam nampak sedap je