Wednesday 18 March 2015

Aqiqah Qasyah Aryan

Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. 

Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. 
Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. 

Qasyah telah selamat di aqiqahkan pada 11 Mac 2015.
 (eh, macam selamat dinikahkan plop) 
Tapi majlis aqiqah tu buat hari Jumaat 13 Mac 2015. 
Sembelih awal sebab kambing tu nak perap. 
Kambing aqiqah kami buat kambing golek sebab terniat macam tu masa mengandung dulu.
 Ingat tak entri mengidam kambing golek dulu. 
Masa ni lah aku terniat. 
So untuk tunaikan niat tersebut maka tergoleklah kambing ini.

Teruja sangat makan kambing sampai gambar pun lupa nak snap.
Masa ni kambing dah tumbang.

Selesai majlis akikah.
Rasa lega sangat.
Lepas semua.
Semoga Qasyah membesar dengan sihat sentiasa.
Baba xsabar nak bawak adik g main bola.
Nanti ibu boleh rilek di rumah..yahuuu...


Tuesday 10 March 2015

Qaseh & Qasyah


Hai anak-anak ibu.
Rindunya kat kamu.
Hari-hari tak sabar nak tunggu hari Khamis.
(Bukan sebab malam Jumaat ye, xde kaitan)

Sebab nak menghabiskan masa bersama-sama dan satu lagi sebab ibu nervous takut tak cukup stok susu nak hantar rumah BS...hehe
Sebab tulah hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu.

Citer pasal stok susu sangatlah sedih.
Kais pagi makan pagi je sekarang.
Sebut je supplemen apa.
Semua dah telan kot.
Kalau tak nampak hasil terus tukar supplemen lain.
Betapa terdesaknya ibu mu ini duhai anak..

Sekejap je masa berlalu.
Tup tup je dah nak start GST...kehkeh.

Qasyah dah nak masuk 8 bulan.
Masih belum merangkak, dah makan solid food.
Makanan kegemaran adalah bubur nasi + kurma.
Sangat tak suka duduk lama-lama dalam kereta.
Maknanya ibu xboleh travel jauh-jauh.
Cepat bosan bila dalam kereta.
Harap-harap bukan sampai bila-bila.
Behave sangat, senang nak urus kecuali bila terlalu mengantuk.

Kakak pula semakin slim dari hari ke hari.
Susah sangat nak makan.
24/7 dengan buku, mewarna je pun..hehe
Sayang sangat dekat adik.
Tidur pun nak sebelah adik.
Kalau bangun tengah malam adik tak de, nangis cari adik, nak jugak tidur tepi adik.
Harap-harap sampai ke besar, tak nak gaduh-gaduh.
Sebab ibu sayang dua-dua.
Tak lebih tak kurang, sama rata...
Semoga membesar dengan sihat anak-anak ibu.
Ibu sayang kamu 94%.
6% lagi untuk GST :P....