Wednesday 26 September 2012

Anjing Menyalak Bila Azan


Masa mula-mula pindah dulu memang pelik dan juga geraammmmzzz....
Tiap-tiap kali Azan subuh mesti anjing jiran sebelah menyalak macam meroyanss.
Time tu ingat ada penceroboh ke ape.
Tak de pape pun. Tapi menyalak eiiiiii...sabar jelah. Tak kering tekak ke weii.

Maklumla aku kan tinggal kat perumahan ala-ala 1 Malaysia giteww. 
Banyak sangat anjingnye. Macam-macam spesies pulak tu, 
Rottweiler ade, Huskies ade, Pitbull ade, eh dah macam nama penyanyi kan. 
Nasibla nama ko dah macam nama anjing..hehe.
Minggu pertama masuk rumah masa tu memang tak cukup tido.
Dasar kuat tido kan.


Anjing termahal di dunia kot harganya RM500K.
Harga sebijik banglo beb. Dengan rumah i pun mahal lagi anjing ni hukhuk..sobs...sobs...

Banyak pendapat yang aku baca. Antaranya:

1. Anjing menyalak time azan kerana melihat syaitan bertempiaran lari untuk menjauhkan diri daripada mendengar azan yang membakar diri mereka (syaitan).

Ini kerana Nabi S.A.W bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمْ صِيَاحَ الدِّيَكَةِ فَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ فَإِنَّهَا رَأَتْ مَلَكًا وَإِذَا سَمِعْتُمْ نَهِيقَ الْحِمَارِ فَتَعَوَّذُوا بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ رَأَى شَيْطَانًا

Maksudnya:

Apabila engkau mendengar kokokan ayam, maka mintalah (berdoalah) kepada Allah akan kebaikannya, sesungguhnya ayam tersebut sedang melihat Malaikat (ketika berkokok), dan apabila engkau mendengar salakan anjing, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan, kerana anjing tersebut sedang melihat syaitan (ketika menyalak).

(Muttafaqun `alaih – Sahih Bukhari dan Muslim).


Patutlah bersungguh-sungguh dia menyalak. Nampak as-syaitan nir rajimmm rupanya.
Mujurlah manusia tak diberi nikmat untuk melihat benda ghaib. Nikmat ker???

2. Anjing menyalak kerana menyahut seruan azan.

Walaupun anjing mengikut Mazhab Syafie dikategorikan sebagai najis mughallazah tapi sebagai makhluk ciptaan Allah, Subhanallah dia pun menyahut seruan azan.
Kita yang manusia ni pun kadang-kadang terlupa jugak nak jawab seruan azan ni kan?
Ker aku je macam tu?huhu.
Insaf kejap. Lepas ni tak moh dah marah-marah kat anjing bila menyalak time azan.
Rupanya dia menyalak bersebab.


7 comments:

embunsuchi said...

bisow teq. sejak duk di kjiranan 1malaysia ni, siap tahu spesis2 anjing lagi.

qasehuteq said...

hehe..mesti kena tahu bim.sene nak hambat.kalu salah hambat ke dio hambat kito balikla.

Zddin 69 said...

Kat kawasan kondo kawan ni orang luar x boleh masuk tapi anjing boleh,kawan perasan sejak kebelakangan ni anjung gladangan kat sini akan menyalak sayuuup2... Bila azan mula dilaugkan, bersahut2 juga gitu.. Bila azan habis dia pun berhenti, eh pandai pulak tu. Masalahnya bukan waktu subuh, tapi waktu maghrib... Ke dia nampak antu kat umah kawan ni yang x berapa nak semengah juga wataknya hihi, kawan perasan ada seekor lagi binatang akan bunyi sahut2tan juga bila azan... Burung tiung batu yang yang banyak begayut kat tiang lampu dan pokok kat taman rumah kawan ni. Tu sebab kawan cari kat internet.. Terbukak la blok boss ni. TQ ya

Unknown said...

Kat lorong rumah saya.. anjing jarang menyalak ni..tp hari ni tetiba menyalak..

Unknown said...

Setiap dekat kg aku ini banyak diorang terbiar anjing masa tembak babi setiap mangrib setiap malam pukul tempatan masa orang tidur mesti mula menyalak orang kata dia nampak hantu

Unknown said...

Saya duduk di pangsapuri permai Klang, Mmg time azan anjing menyalak beramai2.

Anonymous said...

Angin jiran saya menyalak waktu setiap kali azan,anjin nye baik sangat,takot jugak dia menyalak rupa nampak syaitan