Tuesday, 29 January 2013

Senaman Kempiskan Perut

Maafkan saya yang xhabis2 dengan isu kempiskan perut.hehe.
Ya, saya tahu, sebelum ni saya pernah buat 
Tapi jangan marah kali ni bukan petua tapi senaman.
Selain dari amalkan petua dan gosok losyen2 semua tu kita mesti buat senaman jugak kat perut kita.
Jangan ingat fungsi perut untuk simpan stok makanan kita saja.
Dia pun nak cantik jugak kan.

Langkah 1 – Gaya Vakum


Berlutut di lantai seperti bentuk meja, Pindahkan berat badan kita ke lutut dan tangan (lihat gambar).

Pastikan belakang kita rata.

Tarik nafas dalam-dalam sampai perut mengembung. Tahan selama tiga saat. Kemudian hembus nafas sehingga perut menjadi kempis ke dalam dan tahan selama tiga saat.

Ulangi langkah di atas selama satu minit.

Langkah 2 – Gaya Papan


Meniarap, luruskan kaki kita. Angkat badan kita secara pelahan-lahan dengan menggunakan lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan (lihat gambar).

Tahan seberapa lama yang boleh. Tidak mengapa jika kita hanya dapat bertahan sekejap. Teruskan berlatih sehingga kita berjaya bertahan selama satu minit.

Langkah 3 – Duduk Berpalang


Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan (lihat gambar).



Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula (lihat gambar). 
Ulangi selama satu minit.

Langkah 4 – Kerusi Kapten


Duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha anda (lihat gambar).



Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada (lihat gambar). Tahan selama tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal. Ulang selama satu minit.

Jom sama-sama amalkan.

Jangan risau walaupun rumah kita xde kolam renang pun kita boleh buat macam minah ni.

Sumber protein: cara nak kurus beb.



No comments: