Monday, 28 January 2013

Pendinding rumah


Tidur malam dah tak lena bila dapat tahu 
6 buah rumah di kawasan perumahan yang aku tinggal telah dimasuki perompak yang bersenjatakan parang.

Benda ni jadik minggu lepas lagi.
Tapi aku baru dapat tahu semalam.
Nampak tak di situ betapa kurangnya pergaulan dengan jiran tetangga..hehee..

Bukan tak nak bergaul cuma takde masa dan 
malas nak bergaul sangat takut nanti jadi cerita kedai kopi pulak kan tiap2 petang berkumpul....

Dapat tahu pun melalui jiran sebelah.
Itupun lepas aku tanya kenapa diadakan perjumpaan kejiranan malam minggu aritu.
Sebabnya aku tak pergi perjumpaan tu...hehehe...
Lepas ni kena ubah dah.
Kena prihatin sikit demi keselamatan kan.

Tapi aku heran jugak macam manalah perompak tu boleh lepas masuk, padahal semua rumah yang dia rompak tu rumah cina yang ade anjing2 besar punya. 
Ke dorang ni ade ilmu pukau sampaikan anjing pun xreti nak menyalak?

Mintak jauhla dia nak terliur rumah aku kan.
Rumah aku kecik je jika nak dibandingkan 
dengan rumah2 uncle cina tu yang 2 3 kali ganda gedabak dari rumah aku.

Tapi Allah Maha Kuasa, Insyallah dengan izinnya kami sekeluarga dijauhi dari sebarang bencana..Aminnn..

Sedikit info untuk pagari rumah kita dari dimasuki perompak.
Mana tahu berguna untuk anda di luar sana.

Pagar atau pendinding rumah

Kaedah berikut dilakukan untuk mendinding rumah dan kawasannya juga tempat-tempat lain.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

Ini tembok Nabi Sulaiman
Dalamnya laut luarnya kota
Kalau kamu pecah kota ini
Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. 
Baca bimillah, al-Fathihah dan 
surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.



Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang unutk menyelamatkan dari lemas.

Sumber: junjungan




2 comments:

NinaAz said...

fuh. seramnya dengar. huhu. kena rompak. mintk jauhhhh..

qasehuteq said...

Tula kakna.klate loni pun xselamat dh.ado smace kes tembak2.
pecah rumah apatah lagi.pakat jeng make dadah blako,sebab tu jadik brani.