Sunday 2 September 2012

Puasa Enam

Pejam celik dah masuk 15 Syawal. 
Kejap je masa berlalu, ada 14 hari je lagi untuk gantikan puasa yang telah ditinggalkan (dengan izin). Qada puasa ramadhan pastu baru puasa enam. Sempat ke?

Aku sangat berterima kasih kepada hamba Allah yang telah menghantar email tentang soal jawab puasa enam ni.
Selama ni sangat jahil kan tak tahu sangat pasal puasa enam ni. 
Selalu aku puasa enam ni sekali dengan qada puasa ramadhan.
Kalau tak dapat email dari beliau kompem tahun ni pun aku buat perkara yang sama.

Hari ini baru tahu bahawa sebahagian ulama berpendapat tidak boleh menggabungkan niat puasa qada dan puasa enam, apabila dilakukan maka puasanya itu tidak sah.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. 

Rupa-rupanya pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal.

Sebagai peringatan kepada diri sendiri juga supaya melakukan dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama, kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.



“Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui”





1 comment:

IFA Athirah said...

mknanya sy pn kena asingkn jugak la :) mncari redha tu pnting