Thursday, 22 January 2015

Pasca banjir


Walaupun dah hampir sebulan banjir berlalu, baru sekarang ada masa nak bukak blog, upload gambar.
Pasca banjir sangat memenatkan.
Lebih2 lagi bagi org yg xpenah kena banjir mcm aku.
Letih xpyh ceritalah..

Masa banjir aku kat kampung.
Imagine lah kita keluar rumah semua dlm keadaan teratur tersusun bila balik rumah tunggang langgang..
Mana xsedih..huwaaa.....



Nasib baik hubby ada masa air tgh naik tu.
Sempatla angkat mana2 yg boleh diangkat.
Sebab kawasan rmh xpernah banjir, hubby dengan penuh konfidennya tinggikan barang2 paras lutut.
Bajet air naik takat buku lali je.





Sebelum air masuk dalam rumah.
Semua barang alih ke tempat yg tinggi.
Kuasa Allah kan.
Walaupun kawasan ni xpernah banjir,tapi air dalam rumah masa tu paras paha.


Time ni paling letih.
Basuh rumah, basuh kain yg kena lumpur, alih perabot.
Berganda-ganda letih dari pindah masuk rumah baru.



Kawan-kawan hubby yg datang tolong.
Terhutang budi sgt2 kat diorang ni.
Sanggup datang mlm2 bersihkan rumah.
Rajin sgt, nak buat menantu pun anak xcukup umur lagi..hehe.


Washing machine juga menjadi mangsa banjir.
Kesian kamu, sekarang sudah tidak segagah dulu. Masih boleh berkhidmat tetapi bunyi sgt lantang ye..seperti guruh di langit ketika spin..


Meja solek yg dh selamat masuk dlm lori sampah.
Baru 4 tahun berkhidmat.
Jodoh kita pendek, nak buat macam mana..huhu..


Yang ni pun tgh pikir..
Nak buang ke x, x ke buang.
Last2 xjd buang.
Guna je dlu sementara waktu.
Kalau semua nak bli baru hoiii botak kepala.

Mula2 tu sedih sgt tgk rumah.
Yela xde pengalaman banjir, mana pandai nak control emosi, yg paling stress stok ebm dalam freezer la.
Separuh xboleh guna.

Tapi kalau nak dibandingkan dengan org lain rumah aku xdelah seteruk mana.
Syukur masih ada rumah.
Kalau nak dibandingkan dgn org yg rumah hanyut, mana nk duduk?




Rumah pak cik aku kat Kuala Krai.
Menitik air mata tgk.
Dah la ank ramai, rumah pula hanyut.
Besar sungguh dugaan dia.
Masa tgk keadaan rumah dia, terus rasa syukur sgt sekurang-kurangnya rumah aku selamat.
Jika nak dibandingkan dengan pak cik aku lagi besar dugaan dia.



Ofis pun banjir jgk.
Keadaan luar d bangunan ofis semasa banjir.


Sekarang dah setel semua.
Alhamdulillah dapat teruskan rutin harian seperti biasa.
Adjuster pun dah datang buat penilaian kerugian banjir.
Alhamdulillah dapat claim insurans nanti bolehlah baiki apa yg patut.
 Sekian cerita banjir....




2 comments:

embun suchi said...

bertabahlah teq.
allah bagi ujian nok uji kita.
stroller xdan gori lagi tu mujur x keno banjir.

qasehuteq said...

Bertabah dh ci.hehe
Stroller tu meme dk dlm stor dh kali..membajir jh bli.huhu