Thursday 30 October 2014

Saya rindu awak dan awak




Pejam celik bulan Oktober dah nak berlabuh tirai.
Cepatnya masa berlalu.
Bila tgh boring xde keje kat ofis maka teringatlah kat kakak dan adik yang terpaksa ditinggalkan demi mencari dua tiga suap nasi.
Sesuap tak cukup okehh di zaman yg agak mencabar ini..ehemmm..
Sila paham...subsidi..subsidi...subsidi..

Kakak yang tiap2 pagi menangis bila sampai rumah BS.
Demam selsema dari hari pertama hantar sampai ke hari ni.
Agaknya terlalu lama bersenang lenang dengan ibu, 
bila berpisah hanya 9 jam dah jadi tak tentu arah.
Sedih memanglah tak payah cakap bila tengok anak menangis.
Tapi terpaksa ku gagahkan..ceewahh..

Adik ok je.
Maintain sado.
Macam xde pape berlaku.
Lelaki sejati eh?
Cuma yg dirisaukan berat badan xberapa nak naik.
Masa sebulan 4.6 kg, 2 bulan 6 kg tapi masa 3 bulan 6.5kg je.
Sikit je naik dik, kenapa ek?
Maybe dia lebih suka direct feeding kot.
Kalaulah boleh tinggal Cik B kat BS kan best..hehe
Tak payah nak pam2 kan.
Cakap pasal pam aku dah berubah kepada pam brand lain.
Dah bye bye Spectra 3.
Nanti aku citer ape beza Spectra 3 dengan pam baru itu.
Dan tentunya rasa berbaloi-baloi beli yg baru.

In Sha Allah akan menyusukan adik sampai adik cukup 2 tahun.
Walaupun banyaaaak sgt cabaran.
Cabaran pertama kena kursus.
3 hari plak tu, pastu kat KL pulak.
Dah serabut pikir, tapi buat2 xserabut jela kan.

Semoga Allah permudahkan urusan kehidupanku.
Agar dapat teruskan penyusuan sehingga Qasyah Aryan berumur 2 tahun..
Aminn.

No comments: