Monday, 15 February 2016

Qaseh ke sekolah


Tahun ni genap 5 tahun umur kakak.
Baba yang decide nak hantar kakak ke Sekolah kebangsaan.
Tapi baba pilih nak hantar kakak ke SRJKC.
hmmm....
Apa motif baba ni?



Ibu kan isteri solehah, so ibu iyekan aje...huhu.
Apa pun motif baba hantar kakak sekolah cina, ibu percaya mesti ada sebabnya.



Minggu pertama kakak ke sekolah kakak nampak macam stress.
Bila ibu tanya kakak happy ke tak dengan sekolah, 
kakak jawab happy tapi xde kawan.
Sian kakak tapi baba cakap awal2 memang macam tu. 
Nanti dah biasa ok la.


Sebulan berlalu alhamdulillah kakak dah boleh adapt dengan environment baru.
Tiada lagi muka stress balik dari sekolah.
Hari-hari nyayi lagu cina.
Adik pun tumpang sekaki.
Kadang-kadang ibu stress la jugak bila kakak nyanyi.
Seakan 'turik' telinga dengar bahasa asing...hahaha.



Dah banyak perkataan cina kakak boleh sebut.
First bahasa cina yang kakak tahu 'mayi'.
"Ibu banyakla mayi kat dapur".
Masa tu ibu ignore je sebab ibu pun xpaham sebenarnya..haha.
Bila kat ofis ibu tanya gugel baru ibu tahu apa itu 'mayi'.
Agaknya ibu kena pegi tuisyen kot.


Masa sekolah adakan sambutan Chinese New Year kakak dapat tempat pertama pertandingan mewarna.
Ibu bangga kakak tahu tak..hehehe.
Ibu tanya "kakak colour ape?"
"Kakak colour monkey".

Oh, sebab tahun ni tahun monyet agaknye.



Harapan ibu semoga kakak berjaya buktikan yang kakak mampu menjadi cemerlang di antara pelajar-pelajar yang berlainan bangsa dan budaya dengan kakak.

Pedulikan kata-kata orang. Ibu tahu kakak boleh berdikari.

Wahh, macam berat sangat harapan untuk budak berumur 5 tahun...hahaha...

2 comments:

embun suchi said...

wah, rajin ibu menghupdate sari dua ni. tahniah ibu.
tahniah kepada kakak dapat tempat pertama pertandingan mewarna.
semoga terus sukses sukses dan menjadi anak solehah.
mayi tu gapo ibu weh ?

qasehuteq said...

haha.puahsan xdk kijo sari dua ni ci weh..mayi tu semut mok dio..