Tuesday, 27 May 2014

Diari Kehamilan: Emosi dan tahap kesabaran

Fasa kehamilan yang paling mencabar adalah trimester ketiga.
 Time ni memang tekanan fizikal makin terasa. 
Kita cepat merasa letih, mengantuk, 
lagi-lagi waktu petang.
Memang tak boleh nak elak.
Tapi aku xlayan sangatla perasan tu, selalu lawan je.
Buat rilek-rilek, balik rumah mandi, masak, buat macam biasa je.

Tapi kejadian petang semalam memang tak boleh sabar.
Sampai rumah hubby drop kami dua beranak je.
Katanya ade hal kat Pasir Mas.
Terus masuk rumah mandikan Qaseh, 
pakaikan baju tidur semua.

Dah setel terus masuk dapur kemas-kemas nak masak,
masa tu aku dengar kat tv tengah tayang Ceria Popstar.
Yang budak nama Kashika rambut ketak-ketak tu tengah nyayi lagu Frozen.
Let it go...let it go.......



Habis je lagu tu, "Ibu, kakak kencing atas sofa"..
Watderrrrr........
Sakitnya hati iiiiii....
Hilang sabar terus, aku tanyala "bakpo xroyat nak kencing??"

"Kakak sibuk..."
Waaaa......kemah kemingnya jawapan kakak...
sibuk dengar lagu frozen...
Tahula kakak minat lagu tu, tapi janganla sampai tahan kencing...
Maka, merasalah cubitanku dan meraung2lah beliau.
Baba pun xde nak pujuk2 maka menangisla sampai tertidur..

Tidur dari Maghrib sampaila pagi tadi masa nak hantar rumah babysitter, pun xbangun2 lagi.
Bila teringat balik, rasa bersalah pun hadooo...
Maybe dia xsedar terkucil, yelah penangan frozen katakan.
Tapi tahap kesabaran tu makin menipis ditambah dengan faktor keletihan..hihihi

Ya Allah jauhilah sifat amarah dalam diriku.
Tetapkan pendirian dan tahap kesabaran.
Aminnnn..


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Artinya: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Dzat yang Maha Pemberi (kurnia).” (QS. Ali Imran: 8).


No comments: