Monday 26 May 2014

Air selusuh & doa mudah bersalin

Kita hanya berusaha selebihnya tawakal dan berserah kepadaNya.
Itu lebih baik dari tidak melakukan apa-apa.
Semua yang berlaku dengan izinNya.

Air selusuh yang disediakan suami sendiri adalah yang terbaik.
Ilmu ni aku dapat dari ibu mertuaku dan hari ni aku nak share dengan bakal ibu-ibu yg tgh menghitung hari..hehe..

Bila kandungan dah masuk trimester ketiga para suami dah boleh buatkan air selusuh ni untuk isteri.

Caranya:

Mula-mula lakukan solat hajat.
Letakkan sebotol air untuk dijadikan air selusuh.
Selepas selesai solat hajat baca Al-Fatihah.



Diikuti dengan Selawat Shifa.


Kemudian baca surah Al-Hashr ayat 21-24 sebanyak 41 kali.


Diikuti dengan doa selusuh:

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri disebut), penderitaan bersalin, dengan rahmatMu, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.” 

dan doa dipermudahkan:

” Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah Mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”

Selain dari air selusuh kita juga digalakkan mengamalkan doa-doa untuk memudahkan bersalin seperti:


Selebihnya tawakal kepada Allah agar dipermudahkan proses bersalin.
Aminnn...


No comments: