Wednesday, 28 August 2013

Hijrah Qaseh

Salam 21 syawal..
Sekejap je masa berlalu kan.
Rasa macam baru je salam mintak ampun ngn suami di pagi raya.
Sedar xsedar dh nk habis bukan Syawal.
Kena mintak ampun lagi ni...haha

Dah lama xstori mori pasal anak dara.
Anak dara dah berhijrah.
Mungkin ambik berkat bulan Syawal.
Kalau Che Ta berhijab di bulan Ramadhan, 
anak dara i berhijab di bulan Syawal...
Nak cantas Che Ta ni...



Kali pertama Qaseh pakai tudung sampai balik rumah.

Masa ni jamuan raya kat ofis.
Tak sangka dia boleh bertahan.
Kalau dulu boleh bilang 1,2,3 xsampai 10 dah tarik.


Ni mesti kes tudung berlayer2 ni.
Sebab tu bertahan.
Dulu tudung biase je aku bli.
Memilih rupa nak pakai yang berlayer2.
Dengkila tu ibu pakai berlayer-layer dia pun nak jugak kan...


Qaseh dengan Baba.


MyBFF with Qaseh | me with Alya


"Semangatnya buat peace, tak boleh jadi ni.."


"Yes...berjaya menyelit.."

Kadang2 tu xkena gaya.

Pakai skirt pendek pn nk pakai tdg jgk.
Kalau xbagi xnk keluar rumah.
Last2 terpaksala tukar baju yg sesuweii..
Macam2 pesen la...
Tak tahula berapa lama.
Mintak2lah sampai bila2.

Yang paling xboleh blah sekarang selalu cakap awak saya dengan aku.

Dah macam bestfriend pn ade.
Aku agak dia tiru dialog aku ngn hubby.
Kami kdg2 mmg ber "awak" "saya" kalau cakap dpn org.
Nak ber "sayang" ber "b" takut org nk termuntah kan.

Contoh pagi2 masa nak naik kereta:


Qaseh:"awak mana slipar saya?slipar saya dok mana awk?saya pinjam slipar awk dulu deh?


Haha....sellakk ibu dengar..

Moga awak ISTIQAMAH yer...

Tuesday, 20 August 2013

Raya Sebulan

Masih belum terlambatkan i nk ucap selamat hari raya kepada semua-semua-semua yang menyambut hari raya.
Puasa sebulan kan, raya pn sebulan jugelaa.

Dah lama rasanya aku xupdate blog.
Bukan ku malas, tapi gmail xboleh nk sign in.
Acaner tu?
Ingatkan terlupa paswed ke ape.
Raya lama kan..
Rupanya dah kena block...

Office i ni kan mmg dengki sgt dgn i, tak boleh nk bersyosyial langsung..
Ape pom xboleh, chatting tak boleh, fb lagiila, skang blogger pn dh xbolehhh...
ingat i ni robot ke nk kerja je 8 jam non-stop...
I pn nk release tensen jgk...
Takper...i xmudah berputus ase..
I boleh update jga,tapi dgn tab jerrr.
Walaupun xbest i cubaaa..

Raya tahun ni kat rumah mertua.
Bukan thn ni je, sejak kawen memang raya pertama umah mertua.
Kata nak jadi menantu kesayangan kannnn....haha
I xkesah, raya pertama umah mertua, raya kedua rumah i, ketiga rumah i,keempat, kelima.....
bijakkk tak....

So kepada gadis2 di luar sana, carilah suami senegeri.
Lagi bagus sekampung dengan kau.
Pagi rumah dia, ptg rumah ekau...lagi best...

Bersama-sama dengan ini saya sertakan gambar raya kami di pagi hari raya.
(Gaya surat rasmi)


Senyuman di pagi raya.

Qaseh dan baba.


I dengan adik ipar.
Kenapa diorang ni tinggi2 ek??
Ker aku yang rendang??

Berbaju biru i punye mertua & adikssss
Berbaju hijau selain kami is I punya ipar & anak buahsss

Yang ni semua ada sebab setting time snap
kemain kan...
Tapi aku paling suka gambar ni...
Semua ada gaya tersendiri



I dengan adik ipar & akak ipar & anak buah

Mertua dengan cucus cucus nye...

okkk.itu saje cerita di hari raya.
Aku pn dh pening kalo update gna tab ni.
Layankan saje..
Asalkan hadooo.

Selamat Hari Raya dari kami!!Maaf Zahir Batinsssss

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 31 July 2013

Lagi Video Hina Islam



KUALA LUMPUR 30 Julai - Belum pun reda penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook, satu lagi perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan.
Kali ini, sebuah video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.
Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.
Anak muda yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
Rakaman disertakan dengan keterangan aksi yang dipaparkan sebelum itu dengan kata-kata:
"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies (manusia atau anjing (haiwan), warna kulit (kulit anjing tersebut), dan asal-usul (tempat asal anjing tersebut yang ditulis Klang Lama, Penang Island dan Rawang)."
Bahagian akhir video itu kemudian menyiarkan ucapan anak muda dan tiga ekor anjing tersebut:
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga".
Sementara itu Bernama melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Emmm...tak tahu nak kata apa.
Makin lama makin melampau.
Meremang bulu roma i tengok video ni.
Bukan seram tapi gerrraaaammmmm....

Monday, 29 July 2013

Resipi: Biskut Almond London

Biskut raya yang kedua selepas biskut raya pertama.
Sempat ke nak cukupkan angan-angan di entri yang lalu?
Belum cuba belum tahu ye dok??
Kalau korang nak cuba buat jom tengok resipinya.


Bahan-bahan 

1 cawan mentega
1/2 cawan gula ising
1 kuning telur
1/2 cawan serbuk almond
3 cawan tepung kek
Kacang almond yang dipanggang secukupnya
Coklat masakan
Almond nib untuk hiasan
Sedikit minyak
Paper cup

Cara-cara:


1. Masukkan mentega, gula ising dan kuning telur.


2. Pukul sehingga kembang.


3. Kemudian masukkan tepung dan serbuk almond.


4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.


5. Ambil sedikit doh, isi badam dan bentukkan menjadi bujur kemudian bakar pada suhu 180'c selama 20 minit atau sehingga masak.


6. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak (untuk mengilatkan coklat) dengan menggunakan kaedah double boiler.
Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji-sebiji.

7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara dan kedap manusia. 

Kenapa kedap manusia???
Nanti tak sempat raya biskut dah habis uoollssss!!

Selamat mencuba...

Wednesday, 24 July 2013

Surat Permohonan Cuti Raya Versi Kelate





Jumpa kat FB.
Lawok nok &$@@***.....hehe
Tapi sedikit blurrr.
Luaskan mata untuk memahami setiap bait-bait ayat des...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 23 July 2013

Jom Serbu E-Penyata Gaji

Acaner?
Naik ke idok??
Kalau tak naik jugak pegi ambik tangga, 
naiklah setinggi-tingginya...

Dah ramai senyum simpul walaupun baru payslip yang keluar.
Aku agak la kan mesti ramai yang dok bukak e-penyata gaji pagi ni.
Aku punya dok loading je.
Gaji tak dapek lagi boleh tengok payslip dulu pom jadikla dok?
Payslip pon boleh buat hati gumbira sementara menanti hari gaji.

Selamat Hari Gaji Uollssss.....

Pssst: Eh..bonus peciter??Abang Jib & kak Ros (upin ipin) plissss bagi kami bonus!!

Monday, 22 July 2013

Cara Mengenali Logo Halal Original & Palsu

Sekarang ni banyak sangat pattern logo halal.
Sampaikan tak tahu yang mana satu ori yang mana satu fake.
Nak nak yang minat makan sosej macam aku.
Sosej kan kalau terbeli yang tak halal tak ke yeekkkkyekkk...

Dulu asal ade logo halal je aku rembat.
Sekarang kena lebih teliti sebab banyak yang fakenya.
Jom kita kenali logo halal yang original.


Kenapa kita dituntut makan makanan yang halal?

Sebenarnya ada hikmah dan rahsia disebaliknya.
Sesetengah makanan diharamkan bertujuan untuk menghindarkan diri kita daripada kemudaratan seperti penyakit, keracunan dan buta mata hati. 
Dalam erti kata lain buta kayu..hehe.

Harap-harap pembaca blog qasehuteq dapat manfaat dari perkongsian ini.

Sunday, 21 July 2013

Takziah Kepada Keluarga Kanak-kanak Mati Lemas Dalam Kereta

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.

Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.

Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.

Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.

Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.

Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Sungguh tak dapat nak dibayangkan bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri sendiri.
Nauzubillah...
Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.

Walaupun kejadian ini berlaku kelmarin,
tapi hari ini ianya kembali menjadi topik hangat di ofis kerana arwah adik Nawal Iris merupakan cucu kepada salah seorang staff di sini.
Takziah diucapkan kepada Abe Rahim sekeluarga kerana kehilangan cucu yang disayangi.

Kepada seluruh rakyat Malaysia tak usahlah kita terus menerus menuding jari kepada ibu mangsa, kerana tiada ibu yang sanggup kehilangan anaknya dengan cara yang tragis.

Mungkin ini takdirnya yang telah ditentukan.
Siapalah kita untuk berkata itu dan ini.
Sama-sama kita ambil iktibar di atas kejadian ini. 
Semoga ibu arwah tabah dan merelakan pemergian adik Nawal.



Friday, 19 July 2013

Resipi : Biskut Famous Amos

Biskut raya pertama yang berjaya direalitikan seperti yang dipotpet di entri Biskut Raya
Cukup sebagai bukti diriku tidak 'berkecek sajo' walaupun biskut ni xde dlm list.
Sedapp...dappp.dappp...
Jom try!!!

Bahan A

1 cawan mentega
1 cawan minyak
1 1/4 cawan gula castor
1 biji telur
1 sb susu segar
1 sk esen vanila

Bahan B

4 cawan tepung gandum
1/2 cawan walnut yang dicincang
1 1/2 cawan semisweet coklatchip
1 sk baking powder

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua Bahan A dan pukul hingga sebati. Boleh guna mixer atau whisk.

2. Kemudian masukkan kesemua Bahan B mengikut turutan sedikit demi sedikit.

3. Sudukan 1 sudu kecil adunan di atas dulang pembakar. Jarakkan sedikit supaya adunan tidak melekat apabila dibakar.

4. Bakar pada suhu 180c selama 15-20 minit bergantung pada jenis oven.

5. Setelah cookies perang angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 15 July 2013

The Winners : Giveaway Miles2urdoor

Aku tak percaya cintaaaaa...
Aku tak percaya cintaaaaa...
Aku tak percaya c.i.n.t.a.
Liyana Jasmay yang tak percaya.
Tapi i percaya sangat.

Terujanyaaaaaaa.


Nampak tak nama sape yang menang giveaway ni???
No. 1 uolllsssss....
Kali kedua aku menyertai giveaway.
Alhamdulillah rezeki di bulan ramadhan.


Nanti dapatlah pakai telekung baru masa Solat Sunat Hari Raya.
Terima kasih kepada miles2urdoor kerana bagi kita peluang untuk merasa sembahyang dengan telekung Nurcinta.
Jom tengok apa kelebihan telekung ni.
Mana tahu kot2 korang berminat.


Semoga segala amal ibadat yang saya lakukan dengan telekung itu nanti saudara/saudari turut mendapat sahamnya. Aminn.

Thursday, 11 July 2013

Terima Kasih Habib

Pagi-pagi lagi Habib Jewel buat i rasa teruja gitewww..
Bukan bagi rantai, gelang juga bukan, subang pun bukan
'
'
'
'
'

Dapat kad raya uollssss.
Orang pertama bagi kad raya kat i...tacingg nyeee.

Bagus betul customer service Habib ni kan.
I sekali je beli barang kat Habib.
Diulangi SEKALI..hehe

Sebab i ni bukan datinss sangat kan nak beli belah kat Habib.
Tapi Habib tetap tak lupakan i.
Selalu hantar katalog untuk menkecurkan air liur yang bisa meleleh...


Juga dapat RM50 rebate dari PANDORA
So kalau ader sesape nak kad rebate ni sila bagitau
I bagi uolls percuma je..
Bersedekah di bulan mulia katakan.....


Juga dapat duit rayaaaa...
Betul ke bohong??


Sampul jer....


Tuesday, 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia.
Dan jangan lupa....


juga.....



Semoga amalan kita di bulan ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lalu.
Aminn...



Wednesday, 3 July 2013

Maksud Colour Bar di Hujung Ubat Gigi

Aku nak share apa yang aku baca kat FB.
Mesti ramai yang tak tahu apa makna colour bar kat belakang tiub ubat gigi kan.

Macam ni ha...


Green: Natural
Blue: Natural + Medicine
Red: Natural + Chemical Composition
Black: Pure Chemical

Bila aku tahu sepantas kilat berlari ke bilik air tengok aku punya Safi Kayu Sugi & Qaseh punyer Morning Kiss.
Emmmm.....
Colour ape lagi....colour black la..

Masalahnya tak pernah jumpa lagi ubat gigi yang bar colour green or blue ni.
Kena pegi cari ni.
Tambah2 ubat gigi budak2.
Diorang kan suka sangat telan daripada ludah..

Kena gosok gigi dengan arang jela.
100% asli.


"Bang mintak arang sikit"..

Tuesday, 2 July 2013

Kenapa Harga Ayam Makin Naik?


Dari 2 minggu lepas lagi aku dok perhati je 
signboard harga ayam proses. 
Aku balik kerje memang hari-hari la lalu ikut jalan Pintu Geng. 
Kat situ adala kedai ayam proses tepi jalan tu. 
Rasanya 2 minggu lepas aku tengok kat signboard harga ayam 6.00. 
Tu pun aku dah rasa ek eleh mahalnye 
sebab biasa kan 5.60 gitu je kan. 
Minggu lepas aku perasaan naik lagi jadi 6.90.. 
Dan semalam aku tengok dah naik ke 7.50. 
Wat derrrrrr.... 
 Agak-agak bulan puasa nanti berapa lah ek??
 Tak makan ayam la gamaknye...

Monday, 1 July 2013

Menang RM20,000

Pagi-pagi lagi dapat sms macam ni.

Aku try bukak website yang tertera.
Terus keluar website dia.
Apa yang memusykilkan daku gaya ayat tu tak boleh blah.
Macam slang ke arah negara jiran je.
Ye ko idok Shell punyer website ni.

Cer korang tengok


Agak-agak betul ke bohong??
Kalau betul xsia2 daku setia isi minyak di Shell.
Kalau tipu memang lahanat betol siap create website lagi.

Thursday, 27 June 2013

Puteri Saadong


Gunung Chinta Wangsa yang kini dikenali sebagai Gunung Ayam.

Aku pernah naik ke Gunung Stong.
(Entri yang belum berjaya dipublish)
Gunung Ayam belum ku mampu.
Bayangkanlah untuk ke Gunung Stong pun dah sejam lebih.
Tapi aku teringin ke sana bila hubby selalu bercerita ada 'sesuatu' yang mendamaikan bila dia ke sana.
'Sesuatu' yang aku rasa nak rasai sendiri apa itu.

Aku nak share kisah Puteri Saadong.
Nama je asal Kelantan, tapi kalau orang tanya siapa dia? krohhhh...krohhhh.

Marilah kita sama-sama baca.
Awas!!entri agak panjang..hehehe

~Bahagian Satu~

Berapa ramai antara kita yang mengetahui akan nama lama bagi negeri Kelantan Darul Naim? Pernahkah anda mendengar Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong? Nama yang menggambarkan akan sebuah kerajaan yang terlalu indah, dikelilingi gunung dan banjaran, serta kawasan lembah yang dipenuhi bunga-bungaan yang pelbagai bentuk dan rupa. Cerang Tegayong pula memberi makna cahaya yang menyimbahi di celahan dedauan pohon tegayong. Begitulah keindahan yang digambarkan melalui nama lama itu
Demikianlah juga akan gambaran pemerintahnya, Chik Siti Wan Kembang, juga dikenali juga Paduka Chik Siti. Satu satunya Raja Perempuan yang sangat dikenali demi kewibawaan baginda, keadilan yang menjadi teras pemerintahannya, kebijaksaan serta keperwiraan baginda walaupun baginda adalah seorang wanita, menjadikan nama Paduka Chik Siti begitu gah dan melata tersebar akan kisahnya di serata rantau Nusantara, dan kerajaannya yang berpusat di Gunung Chinta Wangsa dipenuhi rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Berikut kerana itu, terdapat cerita orang, pedagang-pedagang yang datang berdagang ke Kelantan, enggan untuk meninggalkan negeri itu, hingga sanggup menenggelamkan kapal masing-masing untuk dijadikan alasan supaya dapat terus kekal di Kelantan. Demikianlah diceritakan orang....

Tersebut pula akan sebuah kerajaan yang berjiran dengan Tanah Serendah Sekebun Bunga itu, bernama Jembal, terletak di bahagian timur lautnya. Yang mana pada ketika itu dalam tahun 1638 Masehi, Raja Besar telah menyerahkan takhta kepada anakandanya, Raja Sakti dan Raja Sakti dikurniakan tujuh orang putera-puteri, iaitu Raja Adiluddin (yang lebih dikenali dengan nama Raja Loyar), Raja Bahar (Raja Udang), Raja Omar (Raja Ekok), Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melor (nama timang-timangannya Nang Rogayah) dan Puteri Cempaka Bongsu. Mengikut buku Abdullah Nakula, Raja Sakti terkenal dengan panggilan Raja Vijaya Indera atau Long Betong.

Setelah Raja Sakti merasa dirinya sudah tua dan putera-puteri baginda meningkat dewasa Raja Sakti telah menyerahkan pentadbiran negeri kepada mereka semua. Pada tahun 1649 M, Raja Loyar ditabalkan sebagai raja yang memerintah kerajaan Jembal. Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Omar sebagai Raja Muda dan Raja Sungai sebagai Raja Temenggung. Setelah menyerah semua pemerintahan Kerajaan Jembal, maka baginda Raja Sakti pun mengadakan "Istiadat Bersiram" di pinggir Sungai Babong, yang mana keramaiannya berlangsung selama 7 hari 7 malam, setelah sampai malam ke-7 maka baginda Raja Sakti dan Puteri Mani Kemeyan pun "ghaib" dan tidak diketahui riwayatnya sehingga hari ini. Raja Loyar sangat dikasihi oleh semua lapisan rakyat jelata dan para pembesar negeri. Sikap baginda sangat luar biasa, lemah lembut, halus tutur kata dan bersopan santun. Mengikut kepercayaan, pada diri baginda terdapat sifat-sifat ganjil yang kononnya baginda berdarah putih, tulang tunggal, bulu roma songsang, lelangit hitam, lidah fasih dan air liur masin. Pendek kata apa yang dihajati semuanya dapat kerana baginda adalah seorang yang "keramat".

Hubungan baik terjalin antara kerajaan Jembal dan Kelantan sementelah Kelantan sebuah kerajaan yang gagah perkasa. Perutusan senantiasa bertukar tangan demi perhubungan yang baik itu hinggalah dibawah pemerintahan Raja Loyar yang menggantikan ayahandanya. Raja Loyar telah dikurniakan dua cahaya mata yang mana, seorang lelaki dinamakan Raja Sakti, demi mengenangkan nendanya tapi malang telah mangkat ketika masih kecil, dan kedua pula seorang perempuan dinamakan Puteri Mariam, yang mana lebih dikenali sebagai Puteri Saadong. Paduka Chik Siti yang amat tertarik dengan perilaku dan rupa Puteri Saadong itu telah berhasrat untuk mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkatnya dan juga bakal pewaris takhta, kerana Paduka Chik Siti itu tidaklah bersuami dan tidak mempunyai sebarang anak . Hasrat itu disuarakan kepada Raja Loyar dan seakan seribu rahmat, hajat Paduka Chik Siti diperkenankan oleh Raja Loyar. Puteri Saadong dan Paduka Chik Siti pun berangkat pulang ke Gunung Chinta Wangsa dan bersemayam disana. Sebagai tanda kasih sayang seorang ibu, Paduka Chik Siti memerintahkan para pembesar dan hulubalang mendapatkan dua ekor kijang untuk dijadikan belaan dan teman permainan Puteri Saadong dan dari situlah menjadi lambang pada jata negeri Kelantan yang kekal hingga ke hari ini.

Puteri Saadong membesar, dididik dan diasuh dengan penuh limpahan kasih sayang dari bondanya dan sebagai bakal pewaris takhta. Selain dari itu kejelitaan rupa paras membawa kepadanya gelaran Puteri Wijaya Mala dan kerana itu jugalah nama Puteri Saadong sangat-sangat terkenal, seperti bondanya, Paduka Chik Siti. Kecantikan Puteri Saadong ini termasyhur ke seluruh negeri sehingga sampai ke pengetahuan Maharaja Siam iaitu Raja Prasat Thong yang memerintah di Ayudhia. Baginda telah menghantar utusan ke Jembal untuk meminang Puteri Saadong. Setelah Raja Loyar berbincang dengan Paduka Chik Siti, maka pinangan Raja Siam itu telah ditolak. Setelah rombongan Siam itu kembali, baginda Raja Loyar dan Cik Siti Wan Kembang berserta pembesar-pembesar telah bermesyuarat untuk mengahwinkan Puteri Saadong dengan sepupunya Raja Abdullah iaitu anakanda Raja Bahar.

~Bahagian Dua~

Maka, berlangsunglah istiadat perkahwinan Puteri Saadong dan Raja Abdullah di Gunung Chinta Wangsa dengan penuh kemeriahan dan temasya yang berlangsung berpuluh-puluh hari lamanya. Kemeriahan itu disambut indah dan penuh takzim oleh sekelian rakyat jelata yang merupakan satu anugerah yang penuh rahmat bagi seluruh Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga serta juga Kerajaan Jembal. Semua hamba rakyat juga dapat melihat akan Puteri Saadong yang bakal mewarisi pemerintahan bondanya, Chik Siti Wan Kembang menjadi seorang pemerintah yang adil dan saksama dan moga Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga terus kekal sebagai sebuah kerajaan yang agung, aman dan sentosa. Namun itu hanyalah satu tanggapan...sesungguhnya mereka terlupa tentang seseorang yang sedang memendam perasaan....

Setelah berberapa ketika selepas perkahwinan antara Puteri Saadong dan Raja Abdullah, Paduka Chik Siti mengambil keputusan untuk terus menyerahkan takhta yang sekelian lamanya baginda duduki, diambil alih oleh puteri kesayangannya itu. Setelah selesai istiadat pertabalan Puteri Saadong dan Raja Abdullah sebagai pemerintah Kerajaan Tanah Serendah Sekebun Bunga yang baru, baginda berdua berpendapat untuk membuka pusat pemerintahan yang baru dan mereka melihat sebuah tempat yang terletak di hilir negeri Kelantan sebuah tempat yang sesuai. Dan kota yang baru ini dinamakan Kota Jelasin, namun bagi Paduka Chik Siti, baginda mahu terus menetap di Gunung Chinta Wangsa kerana baginya, disitulah tempat yang lebih sesuai bagi dirinya. Disini baginda mahu mengasingkan diri, mengambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan amal ibadat kepada Allah Taala. Dan disinilah, Paduka Chik Siti yang ketika itu telah menjangkau usia senjanya, telah jatuh gering dan setelah berberapa lama, Paduka Chik Siti pun mangkat, menjadi satu berita yang amat menyedihkan bagi seluruh negeri Kelantan: sesungguhnya mereka kehilangan seorang pemerintah yang sangat sukar untuk dicari ganti. Dikatakan baginda telah dimakamkan di Kampung Banggol yang terletak tidak jauh dari Kota Bahru, ibu negeri Kelantan sekarang.

Maka pemerintahan Puteri Saadong pun bermula dan baginda memang seorang pemerintah yang seperti yang diharapkan oleh sekelian rakyat Kelantan. Dengan sebolehnya, baginda meneruskan sifat dan ciri almarhum bondanya, Paduka Chik Siti; seorang pemerintah yang adil dan saksama. Namun, keamanan itu bakal berakhir tidak lama lagi...

Raja Siam yang pernah kecewa akibat gagal memiliki Puteri Saadong, kini amat murka apabila menerima khabar bahawa puteri idamannya itu kini dimiliki oleh Raja Abdullah. Dan kemarahan itu tidak berakhir disitu. Raja Siam telah membentuk sebuah angkatan tentera yang besar untuk menyerang negeri Kelantan dan satu tujuan yang nyata, iaitu memiliki Puteri Saadong! Padanya, puteri itu hanya layak untuk dimiliki olehnya, bukan lelaki lain. Berita akan serangan yang bakal berlaku itu sampai ke pengetahuan Raja Abdullah dan baginda mengambil keputusan untuk meninggalkan Kota Jelasin dan menuju ke daerah Melor dan disini baginda membuka penempatan yang baru dinamakan Kota Mahligai. Namun, apalah kudrat itu jika dibandingkan dengan keupayaan tentera Raja Siam yang besar dan terkenal dengan kehandalannya. Tindak tanduk Raja Abdullah dapat dihidu oleh Raja Siam dan Kota Mahligai telah diserang dengan dasyat. Kemusnahan dan kehancuran merebak dengan meluas, kematian berlaku dimana-mana.

Puteri Saadong yang melihat akan kehancuran kerajaannya itu berasa amat kecewa, tambahan pula baginda merasakan dirinya seaakan gagal untuk menjaga amanat dari paduka bondanya, Paduka Chik Siti. Baginda mahu melihat kemusnahan ini berhenti serta merta dan tidak mahu, kerana dirinya, Kerajaan tanah Serendah Sekebun Bunga yang menanggung akibat. Baginda tahu, satu keputusan segera perlu dibuat, meskipun itu bakal mengorbankan dirinya.

Biarlah dirinya dimiliki oleh Raja Siam, asalkan rakyat jelata tidak terus menerima akibat! Raja Abdullah amat kecewa dengan keputusan isterinya tetapi baginda juga sedar, itu adalah demi masa depan kerajaan dan rakyat jelata. Niat Raja Siam menyerang Kelantan cuma satu, iaitu memiliki Puteri Saadong, jadi, dari terus menerima azab, biarkanlah Raja Siam itu mendapat apa yang dihajatinya. Tapi sumpah dan janji Puteri Saadong pada suaminya, Raja Abdullah, walau apa pun, Raja Siam itu hanya mampu memiliki tubuhnya, tapi tidak cinta dan hatinya. Dan demi itu juga, Puteri Saadong juga berjanji, pada suatu hari nanti, Puteri Saadong akan tetap kembali kepada Raja Abdullah. Meskipun berat bagi Raja Abdullah, itulah satu-satunya jalan yang terbaik....

~Bahagian Tiga~

Sebaik sahaja Puteri Saadong menawarkan diri untuk dimiliki oleh Raja Siam, serangan keatas Kota Mahligai dihentikan serta merta...masakan tidak hajat dan tujuan yang terpendam dan impian yang disangka telah terkubur kini termakbul. Sebuah angkatan besar ditubuhkan seakan sebuah angkatan perkahwinan, bersertakan gajah kenaikan besar membawa Puteri Saadong meninggalkan tanah Kelantan menuju pulang ke Siam. Diatas gajah itu Puteri saadong melemparkan pandangan kearah tanah tercinta demi korban serta kasih sayang terhadap rakyat jelata dan tentu khususnya kepada suami yang amat dicintainya, Raja Abdullah. Namun sumpah dan janjinya pemergiannya ke Siam bukanlah untuk selamanya tetapi baginda tetap akan kembali...itu janjinya.

Di Siam, setiap saat dan masa Puteri Saadong bermohon kepada Tuhan Yang Maha Esa agar dipeliharakan dirinya dari nafsu serakah Raja Siam yang tidak putus harap dan sentiasa mencari jalan untuk meraikan kejayaan menawan "kemenangannya" di Kota Mahligai. Kesuciannya hanya untuk dinikmati suami tercinta yang telah ditinggal jauh di Kelantan tetapi tanpa penat dan serik Raja Siam tetap cuba utnuk merampasnya dari Puteri Saadong.

Dan hinggalah pada satu peristiwa, nekad Raja Siam yang durjana itu membawa padah pada diri sendiri. Berkat ilmu yang diperturunkan serta diwarisi dari paduka bonda yang tercinta Almarhum Chik Siti Wan Kembang dan juga berkat doa yang tak putus jemu dipanjatkan kepada Allah Azzawajala, sewaktu Raja Siam sedang cuba meniduri puteri jelita itu, serta merta Raja Siam diserang penyakit sopak dan gatal-gatal yang melampau hingga menyebabkan kulitnya berdarah dan bernanah. Serta merta Raja itu meninggalkan kamar tempat baginda menawan Puteri Saadong.

Keadaan berlanjutan hingga Raja Siam itu terpaksa membawa perkara itu kepda nujum istana yang mana nujum telah membawa kesimpulan yang amat sukar untuk diterima. Kerana Daulat yang kukuh terpelihara pada diri Puteri Saadong, mengakibatkan punca penyakit yang sedang galak mengembang di badan Raja Siam itu. Hanya satu cara sahaja yang dapat menghentikan bencana itu iaitu dapatkan air basuhan kaki puteri itu dan ia akan menjada penawar pada racun yang sedang merebak.

Kepastian itu amat sukar untuk ditelan oleh Raja Siam, namun keadaan dirinya yang sangat darurat hinggakan baginda berasa malu untuk keluar menjalankan urusan negara akhirnya terpaksa menerima hakikat dia terpaksa menunduk kalah pada tawanannya. Pujuk demi pujuk, rayu demi rayu akhirnya Puteri Saadong akur tapi dengan bersyarat. Tinggalnya di Siam akan tamat setelah dia menyerahkan air basuhan kaki tersebut dan Puteri Saadong minta agar dihantar pulang ke Kota Mahligai, demi baginda terlalu rindukan tanah tempat tumpah darahnya dan yang paling penting mengotakan janji pada suami tercinta Raja Abdullah yang telah ditinggalkan setelah sekian lama.

Janji dikota dan Puteri saadong dihantar pulang ke Kota Mahligai. Tiada yang dirasa oleh puteri itu selain rasa syukur yang tinggi dan peluang untuk baginda melepaskan rindu nan membuak bakal termakbul. Impian untuk mengotakan janji kepada Raja Abdullah bukan lagi sekadar mimpi yang menghantui tidurnya setiap malam selama baginda terseksa di Siam. Namun siapalah kita manusia yang serba lemah jika dibandingkan dengan takdir Tuhan yang telah tertulis....

Bayangkan rasa yang bercambah dihati seandainya kepulangan yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran oleh sang suami, sebaliknya melihat suami yang dirindui telah mengambil langkah untuk berpaling dari janji. Patah hati Puteri Saadong melihat Raja Abdullah berada diatas singgahsana bersama isteri baru, Puteri Rokiah anak kepada Penghulu Ngah Jembal. Berlaku pertengkaran yang dasyat antara suami isteri itu dan akibat dari gagal menahan rasa amarah dan cemburu lantaran rasa diri dikhianati, Puteri Saadong mencabut pacak sanggul emas lantas menusuk ke perut suaminya. Lantas Raja Abdullah terjelepok jatuh di kaki tangga singgahsana kaku tidak bernyawa. Puteri Saadong lantas sedar dari lamunan rasa amarahnya namun apakan daya, perkara yang telah berlaku tidak lagi boleh ditarik balik.

Menyesali dan bertaubat atas ketelanjurannya, Puteri Saadong telah turun dari takhta kerajaan Kota Mahligai dan menyerahkannya kepada adinda kepada Almarhum Raja Abdullah, Raja Abdul Karim. Sementelah itu Puteri Saadong telah membawa diri meninggalkan Kota Mahligai dan menuju kearah Gunung Chinta Wangsa tempat persemayaman almarhum bondanya untuk mengasingkan diri dan menyerahkan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Dan semenjak dari itu tiadalah lagi khabar diketahui tentang puteri jelita yang pernah menggugat keagungan kuasa seorang Raja dan juga yang amat dicintai oleh hambanya...Demikianlah diceritakan orang....


Monday, 24 June 2013

Bahaya Ke Jerebu?

Pagi ni dongak ke langit, sah 'dia' dah tiba
Ya, jerebu dah tiba di Kota Bharu
Harap-harap tidaklah bertambah teruk seperti yang melanda Muar dan Ledang yang telahpun diisyhtiharkan darurat.


Semalam bila sampai rumah tengok jiran sedang bakar sampah
Dengan muka bajet pembersih saaangaaattttt
Siap perli-perli lagi cakap tak boleh tengok halaman kotor, 
rimas katanya.

Ya, aku pun rimas..
Tapi lagi rimasss bila udara kotor.
Tak boleh hirup udara segar.
Aku rela kutip sampah tu masuk dalam plastik dari jadi pembersih macam kamu..
huhhhh..krohhhhhh..krohh...
Tak tengok tv kot..
Orang heboh jerebu dia rilek je 
Memangla asap secoet yang kamu buat tu xderlah efek sangat
tapi kalau 10 orang macam kamu???

Kenapa kita perlu takut dengan jerebu?
Sebab efeknya:

-Kesukaran untuk bernafas
-Serangan jantung
-Gatal–gatal pada tekak
-Gatal–gatal pada mata
-Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
-Gatal–gatal pada kulit

Saper yang berisiko dapat kesan kesihatan?

Kanak-kanak dan warga emas.

Caner nak cegah penyakit akibat jerebu?

-Pakai mask
lantaklah orang nak panggil ko doktor haiwan ke

-Jangan duduk dekat dengan perokok
nanti aku nak cakap kat hubby "Hantar saya umah mak"...hahaha

-Kurangkan aktiviti luar
Shopping pun aktiviti luar ek??

-Banyakkan minum air masak.

Sepertimana yang kita tahu, jerebu kali ini berpunca dari kebakaran tanah gambut di Wilayah Riau, Indonesia.
Harap-harap negara jiran kita cepat-cepat atasi masalah jerebu ni.

Kita hanya mampu berdoa supaya Allah turunkan hujan dalam masa terdekat ni.
Apa-apa pun setiap ujian yang Allah turunkan itu ada hikmahnya..
Jangan merungut...Ya Allah...