Monday, 3 December 2012

Part 2 - Taman Negara Pahang

Sesudah puas bermandi manda di Gambang Waterpark kami gerak
pula ke Taman Negara Pahang yang terletak di Kuala Tahan.
Bertolak dari Gambang pukul 3.30 ptg dan akhirnya sampai kat Taman Negara dekat pukul 6.30ptg.
Qaseh haruslah lentok dari masa bertolak sampailah kat sini..Omaknye pun terlentok sama.ekekehh..

Oleh kerana dah malam kami tidak terus menerokai Taman Negara tapi check in dulu kat chalet utk berehat.
Esoknya baru kami mula meneroka. 

Mood: Tak sabar sebab memang lepas kawin ni jadi terminat dgn jungle trekking. 
Maybe dah berjangkit minat (boleh ke)?


RM50 per night.

Nampak setinggan tapi kat dalam kondo beb..Cukuplah untuk kami 3 beranak.Ada aircond lagi tau, walaupun rasanye xperlu sebab kat dalam hutan ni udaranya dah semulajadi...hehe.

Keesokannya dengan keterujaan yang maksima kami bergerak ke Taman Negara.
Sebelum tu isi perut dulu dekat floating boat restaurant.
Yang uniknya tukang tebar roti canai yg kami makan ni jugaklah merangkap pemandu bot pelancong..ekekeh.serba boleh betul abang ni...


Ready!!!






Kami!!!

Mereka yang masih muda tapi produktive. Aku je tak tambah anak lagi.
Mereka yang sangat sporting dan juga baik hati.
 Baby 3 dan 4 bulan pom boley masuk hutan okey, sape kata tak boleh...


Actually mereka ni kawan hubby.Kami hanyalah persatuan isteri2..ehemmm.
Kepada para suami mithali nak pergi berjalan2 nanti jgn lupa bawak kami lagi..
(Sambil menari2 pusingkan badan).





The largest tree 


Kami berjalan sejauh 1.5 km untuk ke Canopy Walkway.
Canopy Walkway ni ialah berjalan atas titian gantung yang dibina di atas rimbunan pokok dengan ketinggian 40 meter dari bawah dengan panjang 530 meter...soooo gayat..
Tapi syurgaaa gila bila dapat tengok 5 main canopy layers.

Aku pun naik jugak.Jangan tak percaya ek.
Kami bergilir-gilir sebab baby xdibenarkan naik.
Bayaran untuk naik canopy walkway seorang ialah RM5.00.


Time ni aku dulu yang naik canopy walkway.
Qaseh baba yang jaga.


Masa ni xgayat lagi.

Haa...sudah....dah terasa dup dap nya...





Giliran hubby pula (Gambar yang dizoom)

Dizoom lebih dekat

Gambar sebenar ketinggian canopy walkway. 
Sempat lagi tu melambai kami dibawah.

Dan yang paling best dapat tengok ini...

Siap boleh bagi makan lagi tu. Jinak sangat.


Kepulangan kami diiringi oleh rusa. 
Ececeh macam penyambut tetamu je bunyinye.

Kemudian naik bot semula untuk pulang.

Singgah sekejap di perkampungan orang asli.

Dah moden dorang ni, baby dorang pun dah pakai diapers.


Hubby ngan member..Sebok nak beli sumpit ni.
Setelah kunun2 bargain ngan tok batin dapatlah RM30.
Dan disebabkan sumpit ni lah habis satu kete jadi sarang semut.
Penuh semut dalam ni buat sarang.

Lepas tu kami bertolak pulang.
Qaseh dan ibu zzzzzzzzzzzzzz....
Baba steady je drive sampaila kat rumah.
Best sangat datang sini.
Letih tapi enjoy dapat tgk panaroma hutan.



2 comments:

embunsuchi said...

comey qaseh wat pose tayang gigi.

sedap jah napok. bilo nk g pulok ?
ajak la kami etep.

qasehuteq said...

meme serunop ci. awak nak join ko.thn depe dh la plop.
thun ni agensi pelancongan tutup dh.
thn depe kito g pulau redang nok?