Monday, 11 March 2013

Hadiah Untuk Orang Kahwin

Dah nak dekat cuti skolah kan.
Patutla ramai yang menjemput.
Kenapa ek asal cuti skolah je kawen.
Hamboii..mentang-mentanglah kita dah selamat kan...

Tiap kali dapat jemputan mesti pening.
Nak bagi adiah ape ek??
Boringla bagi benda sama je.
Aku asal orang kawen je bagi sejadah, bagi buku agama.
Rasa macam nak tukar.
Tapi tak der la sampai nak tukar beli hadiah mahal-mahal taraf VIP.
Tak koserr...........

Kalau set pinggan mangkuk tu aku xminat.
Sebab dah ramai sangat bagi, kan terperuk bawah katil sudahnya.
Aku nak something yang unik, yang jarang orang bagi.

Macam ni ker.....

unikkkkkk sangat...


Ni pun ok.
Tapi xtahu saiz kaki pengantin?



Bed Cover macam ni ok tak????

Hahhahhaaaa.......
18sx punyer hadiah..

Eh, aku penah bagi hadiah baju tido cekci.
Tapi dekat membe yang sama mereng macam aku la.
Takkan nak bagi dkt membe yang sopan2 gitewww.

Ker nak bagi lesung batu?
Unik jugak kan.
Tapi saper nak tolong angkat?
Baper kilo tu berat oooo.
Tapi makna die tu penting.


Ker hadiah macam ni??


Hehe...gedik kan..



Eh, kalau kita kasi hadiah jam loceng pastu kunci jam tu pukul 3.00 pagi.
Cun tak?
Kompomlah terlompat pengantin bangun...hahaa.
Kalaulah ade jam loceng yang bunyik "Eh, wat aper tu??"
Aku first nak g beli..hehe...

Kesimpulannya??????????
Hmmmmmm....


Wednesday, 6 March 2013

Batman Returns: Tangkap Suspek Dikehendaki Polis



BRADFORD - Seorang lelaki yang berpakaian seperti ‘Batman’ menangkap dan menyerahkan suspek dikehendaki kepada polis sebelum menghilangkan diri.

Menurut pihak polis, penjenayah yang berusia 27 tahun itu dibawa oleh lelaki yang memakai kostum Batman pada awal pagi 25 Februari lalu.

Penjenayah itu didakwa atas kesalahan mencuri dan menipu.

“Individu yang membawa penjenayah itu ke balai polis memakai kostum Batman dan hingga kini, identitinya masih lagi menjadi misteri,” kata sumber polis.

“Bukan saja identiti Batman itu tidak diketahui, malah kami sendiri juga kurang pasti sama ada lelaki itu terlibat sama atau tidak dengan penjenayah yang diserahkan kepada polis,” ujar pihak polis.

Pemilik kedai The Joke Shop di Kirkgate, Kathryn Sutcliffe berkata, dia ada menjual kostum Batman kepada seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an beberapa hari sebelum kejadian itu.

Sutcliffe berkata, lelaki itu menggunakan loghat penduduk tempatan dan berambut kerinting.

Tambah beliau, mungkin lelaki itu yang terlibat menyerahkan penjenayah kepada pihak polis baru-baru ini kerana dia membeli kostum batman menggunakan kad kredit dan berkata mahu merahsiakan identitinya.

p/s: ececehhh.inilah batman versi perot boroi namanye..kehkeh.

Tuesday, 5 March 2013

Pengampu & Pengipas

Entri ni aku tujukan khas untuk pengampu 
dan pengipas di luar sana.
mmmmiowwww......




Perlu ke nak hipokrit untuk elak dari nampak sombong?
Aku memang jenis tak suka betul buat2 peramah 
ngan orang2 besau ni.
Orang2 besau ni maksud aku kat sini 

Shuib Sepah kata chooontoh:

1. Bos-bos kat pejabat.
2. Orang-orang fofular.
3. Orang yang berat badan melebihi 80kg.

Eiii...tak boleh blah kalau terserempak dengan orang yang tengah menjalankan aktiviti kipas mati ni.
Tapi kipas mengipas ni memang wujud di setiap organisasi. 
Percayalah..
Mesti ader punyer...Mustahil xder.

Situasi 1.
Lokasi: Kantin Ofis.

Kipas Cap Panasonic: "Eh, puan beli kuih je ke? Tak makan nasi? Mesti diet ni. Badan dah solid xpayah diet dah".
Big Bos: "Eh, xdela saya memang xambik heavy brekpes" LOL...

Ini semua poooyyyyyyyyyyoooooo........

Kipas Cap Panasonic ni kalau terserempak 
dengan kita yang biase2 ni, 
jangan kata nak tanya:
"Baru nak makan ker?"
Tengok pun hareeemmmmm...

Masalahnya orang yang jenis Kipas Cap Panasonic ni lah 
yang akan dipandang bagussss oleh orang2 besau ni...

Kipas Cap Panasonic ni lah yang selalu dapat nama, dapat tempat di hati orang besau.
Kita yang xberapa nak mengipas ni kadang2 
orang besau tu xkenal pun.

Tapi xkanlah sebab nak orang nampak kita ni wujud kita terpaksa nak jadik kipas jugak kannn...
Kipas ape pulak aku nak jadik 
Haaa...Kipas Udang lah.
Lagiii manisss...

Tapi apepun ader aku kesahhhhh???
Baik aku kipas diri sendiri.
Lagi baik kan.....



Psssst: Aku pernah terserempak dengan sorang artis fofular ni kat mall, 
     muka dia macam bajet kita nak pegi mintak sainnn  pleasee,
tapi aku blahh buat2 tak kenal..Padan muka..Haaaaa...
Kan aku dah cakap aku xminat buat2 eksaited macam tu.

Monday, 4 March 2013

Asal Usul Kesultanan Sulu


Semua orang nak bercakap pasal Lahad Datu.
Aku first time dengar Lahad Datu ofkosla yang aku tahu kat Negeri Sabah.

Tapi Kesultanan Sulu??
Masa blajar sejarah penah la dengar, tu pun hujung2 sebelum terlelap kat meja.
Memang dasar xminat sejarah kannn.......

Marila kita sama-sama ambek tahu seket apa tu Kesultanan Sulu, asal usul, kaitan dengan Sabah.
Penting juga untuk kita tahu dari mana ianya bermula.
Ayuuuuhhhhhhhhhhh!!!!

KESULTANAN SULU 

Sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke timur Sabah.

KESULTANAN SULU DAN SABAH.

Kesultanan Sulu mula berkuasa ke atas Sabah sekitar tahun 1662 apabila, perebutan Kuasa antara Sultan Mohammad Ali dan Bendahara Abdul Mumin. Sultan Brunei terpaksa meminta pertolongan dari Sultan Sulu untuk menghapuskan pemberontak yang ingin menggulingkan Sultan Mohammad Ali. Sebagai ganjarannya, Sultan Brunei telah memberikan separuh daripada Sabah (bahagian Pantai Timur Borneo) kepada Sultan Sulu.

PERTAPAKAN KUASA BARAT KE ATAS SABAH

Peta kemorosotan kuasa Brunei dan Sulu

British mula bertapak keatas Sabah seawal tahun 1760-an apabila Alexander Dalrymple membuat perjanjian dengan Sultan Sulu untuk membuka pangkalan perdagangan Syarikat Hindia-Timur British di Pulau Balembangan yang terletak kira-kira 20 batu dari utara Kudat. Dalrymple kemudian mengganti nama pulau Balembangan kepada “Felecia”. Walaubagaimanapun pertapakan syarikat British di Pulau tersebut tidak lama apabila pulau tersebut akhirnya di tinggalkan pada tahun 1805.

Pada tahun 1840-an British telah berunding dengan Sultan Brunei untuk menyerahkan Labuan yang terletak di Barat Laut Borneo. British ingin menjadikan Labuan sebagai pangkalan, melombong arang batu, membanteras lanun serta meningkatkan perdagangan. Labuan kekal di tangan British sehingga tahun 1907, apabila Labuan di letakkan di bawah kerajaan negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1850-an, Wakil Amerika iaitu Charles Lee Moses telah membuat perjanjian pajakan dengan sewa $ 9,500 setahun selama 10 tahun dengan Sultan Brunei. Tidak lama kemudian, Moses telah menyerah pajakan tersebut kepada pedagang AS di Hongkong iaitu Joseph Torrey dan Thomas Harris.

Akibat menghadapi masalah kewangan, pada tahun 1875, Torrey telah menjual haknya kepada Baron Gustavus Baron Overbeck berbangsa Austria yang bekerjasama dengan saudagar kaya dari British bernama Alfred Dent. Pada tahun 1877 Overbeck telah Berjaya mendapat pajakan seluruh hak tanah sultan Brunei di Sabah selama 10 tahun lagi iaitu dengan sewa sebanyak $ 15,000 setahun. 


Surat perjanjian penyerahan Borneo Utara kepada British

Pada tahun 1878 pula, Overbeck telah berunding dengan Sultan sulu untuk menandatangani perjanjian serah hak tanah di bawah kuasa Sultan Sulu kepada Syarikat Overbeck. Sultan sulu bersetuju untuk menyerahkan haknya dengan bayaran $ 5,000 setahun. Perjanjian ini lah yang menjadi kontroversi dan isu tuntutan Sulu terhadap Pantai Timur Sabah sehingga sekarang kerana Sultan Sulu beranggapan, pihaknya hanya menyewakan tanah tersebut kepada British sedangkan dalam surat yang di tulis dalam bahasa arab menyatakan SULU MENYERAHKAN BORNEO UTARA kepada British.

Selain tertipu, Sultan Sulu juga menyerahkan seluruh haknya kepada British kerana kedua-dua pihak tersebut memiliki kerjasama sulit dalam hal perdagangan senjata api dan ubat bedil. 

Sehingga kini, Sabah masih membayar sewa kepada Sultan Sulu sebanyak $5000 di sebabkan terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang berkata ; “sekarang ini saya berikan ini kepada kamu sebagai sewa sehingga tidak ada matahari dan bulan”.

British walaubagaimanapun mengukuhkan kuasanya di tanah Sabah apabila Syarikat Overbeck dan Dent mengalami masalah kewangan dan terpaksa meminta suntikan kewangan daripada kerajaan British pada tahun 1878. British bersetuju untuk memberi bantuan kewangan dengan syarat hanya wakil British sahaja yang boleh berada di Borneo Utara. Dengan itu, Overbeck yang berbangsa Austria terpaksa menjualkan semua sahamnya kepada Alfred Dent.

Pada tahun 1888, Borneo Utara di letakkan di bawah naungan British di mana kerajaan British akan memberikan perlindungan kepada Borneo Utara di bawah pengaruh British.

Sepanjang pemerintahan syarikat British di Borneo Utara, banyak pembangunan telah di lakukan. Walaupun pemerintahan British aman, masih terdapat juga beberapa penentangan seperti penentangan Mat Salleh (1894-1900) dan penentangan Rundum oleh kaum murut pada tahun 1915.

Pihak BNBCC berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah jajahan British kerana BNBCC tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negeri selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era BNBCC. Pembinaan semula dan pembangunan negeri Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963

Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura. Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah mencapai kemerdekaan dari British pada 31 0gos 1963. Bagaimanapun pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

FILIPINA MENUNTUT SABAH
Presiden Diasdado Macapagal

Pada 12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak keatas Sabah di Mahkamah Antarabangsa. Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas. Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa. 

Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan.

Tamatttt...
Ader paham???

Sumber: gugel

Sama-samalah kita berdoa semoga Negara kita dijauhkan dari bala bencana dan sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban.

"Sesungguhnya kamulah perwira negara".

Wednesday, 27 February 2013

Jenazah Remaja Jatuh Sungai Kelantan Ditemui


Alhamdulillah.
Berkat doa keluarga mangsa dan dengan kuasa Allah SWT, 
Akhirnya pagi semalam mayat mangsa yang dikhuatiri lemas kerana 
terjatuh ketika seberangi Sungai Kelantan 12 hari yang lalu akhirnya ditemui berdekatan Jeti Lembaga Ikan Kuala Besar.

Muhamad Arief Muhamad Nurdin, 20, dipercayai lemas selepas terjatuh dari motosikal yang ditungganginya dan kemudian dibawa arus Sungai Kelantan, pada 17 Februari 2013 yang lepas ketika dia bersama rakannya melalui pelantar pembinaan sementara yang dibina di bawah Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra.

Patutla minggu ni hujan turun macam musim tengkujuh.
Walhal musim tengkujuh dah lama berlalu.
Subhanallah, sesungguhnya kuasa Allah itu mengatasi segalanya.
Air yang mula memenuhi sungai akhirnya menghanyutkan mayat mangsa ke tebing.
Dan hari ni cuaca mula bertukar seperti biasa.

Ondaway balik keje mmg lah hari2 aku lalu jalan ni.
Sedih jugak tgk berhari2 operasi gerakan mencari.
Ramai orang memenuhi jambatan tu utk tgk.
Tak dapat aku nak bayang perasaan ibu arwah lah.
Alhamdulillah at least jumpa jugak mayat, 
bolehla urusan pengkebumian dilakukan.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan semoga ibu dan keluarga arwah yang lain bertabahlah.

"Sesungguhnya tiap yang hidup itu pasti akan mati".

Tuesday, 26 February 2013

Alkisah Aku & Minyak Unta

Alkisaaaahhhh..thaaaiiyiiib..Mula-mula aku nak cakap yang 

aku xpenah tahu pun unta ade minyak sebelum ni.
Minyak dagu tu aku tahula..wewewe
Dilowedkan citer......
Oleh kerana tinggal di kejiranan 1Malaysia gitu
penah la anjing buat xsenonoh pegi melepas depan rumah aku.
Hubby yang kebetulan xbaca bismillah 
keluar nak pegi kerja tetttttt terpijak..
Selamat bukan aku.
Rezeki terpijak die pagi tu..muahhaahahaa (gelak jahat).

Bile membe die konon bagi petua suruh sapu minyak unta kat pagar
untuk elak anjing dari dekati rumah dan dan je die suruh aku pegi beli minyak tu (dasar pembuliii)..
Tapi xpe sebab memang hobi aku pun merewang2 time rehat.

Aku on jela pegi cari minyak tu dgn ofismate aku eila SF Beauty
(Kelassss kau SF Beauty tak tahan)..
Mula2 tanya kat kedai Jaafar Rawas yang jual peralatan ibadah, pekerja tu geleng2, muka ade seeenyum.
Ok takde.


Lepas tu ke kedai nombor 2, tanya lagi dekat sorang mamat ni, geleng lagi, ade seenyum jugak pastu toleh member die, gaya mcm nak mengata kami, pastu dua2 sengeh kat kami.
Ok takde.

Kedai ke3 tanya lagi, mamat kat kedai ni ponnn
sengeh semewek jugak.
ehh...mereka ni dah kenapeee????
Salah ke kami nak beli minyak unta. (tersentuh beb).
Hasil pencarian 3 bijik kedai, memang xde minyak tu.


Seminggu kemudian keluar kat paper Metro.

KAHERAH: Dek kerana sayangkan isteri dan ingin menyelamatkan rumah tangganya dengan gadis Mesir, seorang lelaki Melayu terpaksa lari malam dari rumah kelamin selepas empat hari berkahwin semata-mata untuk mempelajari pelbagai ilmu kebatinan negara berkenaan.

Segala-galanya bermula apabila Mohd Haisol Shaari, 28, (bukan nama sebenar) terkejut dengan permintaan keterlaluan isterinya pada tiga hari pertama melayari bahtera perkahwinan.

Berikutan itu, beliau mengambil keputusan melarikan diri ke rumah bujang rakannya sebelum pulang semula ke rumah kelamin lima hari kemudian, selepas yakin dengan ilmu kebatinan diperoleh.

Menurutnya, sepanjang tempoh ‘berguru,’ dia mendapatkan pandangan rakan lelaki lain, sama ada dari rantau Asia atau rakan dari Mesir, hinggalah dia mempelajari pelbagai ilmu kebatinan.

“Saya disyor menggunakan sejenis kayu dikenali sebagai Hagar Guhannam namun fungsi kayu itu sama seperti gambir Sarawak, menyebabkan saya tidak suka akibat kesan sampingan.

“Dua lagi yang disyorkan mereka ialah sejenis serbuk dikenali sebagai Hamada di kalangan masyarakat Arab, selain sejenis minyak bonggol unta atau dikenali sebagai Sanam Cameol dan kedua-duanya masih digunakan hingga ke hari ini,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, serbuk Hamada dicampurkan dengan madu asli berdasarkan sukatan tertentu dan ia berfungsi memekat dan menyuburkan sperma lelaki dan digunakan sejak berzaman.

“Serbuk itu tak banyak dijual, malah tidak ramai masyarakat Arab tahu mengenainya. Ia diperoleh rakan selepas dia mengkaji mengenai perubatan Islam dalam kitab yang dibaca di (Universiti) al-Azhar,” katanya.

Katanya, minyak bonggol unta pula menghidupkan sel mati pada alat sulit lelaki dan menjadikan ia lebih berat dan padat, sekali gus membolehkan tuntutan batin isterinya kini sama seperti orang lain dan tidak keterlaluan seperti sebelum ini.

“Pada mulanya saya malu dengan diri sendiri namun selepas berbincang dengan rakan serta isteri, Alhamdulillah kami kini hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata,” katanya.

Menurutnya, kejutan batin diterimanya dipercayai dipengaruhi beberapa faktor iaitu faktor budaya dan adat khatan yang diamalkan di negara berkenaan, selain pemakanan masyarakat di sana.

Mohd Haisol berkata, dia terpaksa buat begitu kerana sayangkan isterinya berusia 25 tahun, selain mengakui kejantanannya tercabar.

“Saya terpaksa lari dari rumah dan bersembunyi di asrama rakan menjelang malam pada hari keempat perkahwinan kerana tidak tahan kehendak batin isteri.

“Bukan mahu mengaibkan isteri atau sesiapa, tetapi saya rasa perkara ini perlu diketahui umum, terutama lelaki yang mungkin menyimpan hasrat memperisterikan wanita Arab... saya nasihatkan mereka supaya lebih bersedia,” katanya.

Menurutnya, pada hari pertama perkahwinan, dia mengadakan hubungan kelamin 16 kali dan masih mampu memenuhi tuntutan itu, mungkin kerana usianya masih muda dan menganggap ia sebagai perkara biasa.

“Walaupun terkejut dengan permintaan itu (16 kali sentuhan), saya menganggap ia perkara biasa dalam hubungan suami isteri... maklumlah, kata orang pantang bersentuh pada awal perkahwinan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu berlanjutan beberapa hari dan dia mula berasa kurang selesa kerana tidak banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran atau berehat panjang, menyebabkan dia melarikan diri dari rumah sewa mereka.

Menurutnya, dia kembali ke rumah sewa bujang, menyebabkan isterinya mencari di rumah didiami rakannya, namun gagal menemuinya kerana tidak dibenarkan masuk ke rumah didiami lima pelajar lelaki itu. Sementara itu, minyak bonggol unta atau sejenis serbuk dikenali Hamada diakui mampu meningkatkan tenaga lelaki, sekali gus memenuhi tuntutan syahwat pasangan.

Selain itu, penggunaan alat kelamin lelaki secara lebih kerap dalam hubungan mendorong kepada kepadatan organ itu yang menyebabkan ia semakin mantap.

Omaigossshhhhhhhhhhh.

Patutla derrrrrr............

Hellooooo, i nak halau anjing okehhhhhh...

Thursday, 21 February 2013

Krim Temulawak


Korang...................
Pernah dengar tak krim temulawak?
Ala rupa dia macam ni ha...


Rasanya dah lama wujud
Seingat aku masa form 2 dah start konon2 jaga muka gitewww
Kiranya krim ni la my first krim masa remaja dolo-dolo
Mampu milik utk bajet ciput utk budak2 skolah

Rasanya kalau dalam satu dorm dekat asrama tu
 2,3 orang jugaklah yang pakai benda ni.
Sebelum tidur tu mesti ramai2 dekat cermin 
pastu tempek2 krim ni.
Dah macam opera cina pom hadoo.
Yang tak tahan bangun pagi habis melekat kat bantal.

Tapi aku setia gila ngan krim ni sampaila aku study Dip kat Poli.
Kira lama jugakla tu.
Bila dah stat keje konon2 dah ade duit sndiri 
mula try produk lain.
Temulawak dipinggirkan..
Sadis T T....

Ingat lagi lepas member luruh pusat aku suchi kawen aku tanya die,

"paka lagi ko krim temulawak pah nikoh?"

Masa tu aku tak kawen lagi, sebab tu nanya.
Rasanya dio jawab,

"Tok pakai doh takut melekat ko muka tok laki"

bbhaaahahhaaa...lawak giler statement.

Suchi masih ingatkah kamoooo?????

Lepas kahwin aku pun sama, xpakai dah krim ni.
Salah satu sebab samala macam member aku cakap,
Kang terlekat kat muka laki, naya.
Dah la berminyak, pekat likat lagi.

Satu lagi takut laki tekezuutt biawak.
Putih macam tepung gomok pun ado krim ni kalau tempek kat muka.

Tapi krim ni tetap jadi kenangan.
Kalau tengok krim ni mesti ingat balik zaman skolah, 
zaman remaja dolo2.
Berkesan ke tak aku pun xreti nak citer.
Sebab masa tu kanak-kanak riang, muka pun xde masalah sangat.

So, samada temulawak ni ok ker tak,tak boleh nak cakapla sebab memang muka dah sesuci cintamu waktu dulu.
Dulu la kannnnn....

Sekarang???????

Cun jugakkk aper???


Now I can’t seem to fight myself
Oh I can’t seem to ease my mind
Oh I think I’m falling, I’m falling
And I can’t stop falling, 
I’m falling in love with you.....



p/s: Best ke bedak tempek Simplysiti ek?Rasa macam nak try la.

Monday, 18 February 2013

Tempahan Bakul 'Paper'

Alhamdulillah.
Happy plus legaaa gilerr rasanya...
Akhirnya berjaya jugak aku setelkan tempahan bakul untuk Majlis Kahwin sorang member aku ni.
Bukan banyak pun 150 bijik jer tapi cabarannya emmm...
Malas citer la kenn....
Kalu time bujang dulu ok jer dalam sehari boleh siapkan dalam 8 ke 10 bijik sehari.
Sekarang paling banyak pun cun cun 3 ke 5 bijik jer.
Banyak sangat kot terputus urat masa deliver baby dulu..
Cehhh..alasannnnnnnn..





Nanti kalau rajin aku buat entri cara-cara nak buat bakul ni ek.
Mana tau korang nak belajar ke..
Kalau la kan...

Thursday, 14 February 2013

Senarai Individu Terkaya di Malaysia 2012


Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012.



1. Robert Kuok 
Wilmar International (aset RM45.7 bilion)


2. T Ananda Krishnan 
Maxis & Astro (aset RM42.99 billion) 


3. Tan Sri Teh Hong Piow
 Public Bank – (aset RM12.64 billion)


4. Tan Sri Lee Shin Cheng
 IOI Corporation Bhd (aset RM11.36 billion)


5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
 MMC Corporation Berhad (aset RM9.53 billion)


6. Tan Sri Quek Leng Chan
 Hong Leong Malaysia (aset RM8 billion)


7. Tan Sri Lim Kok Thay
 Genting Group (aset RM7.58 billion)


8. Puan Sri Lee Kim Hua
 balu kepada Pengasas Genting (aset RM6.58 billion)


9. Tan Sri Tiong Hiew
 Rimbunan Hijau Group (aset RM6.41 billion)


10. Ong Beng Seng
 Grand Prix Formula One Singapore (aset RM4.92 billion)


11. Tan Sri Azman Hashim
 Arab-Malaysian Corp (aset RM3.470 billion)


12. Tan Sri Vincent Tan
 Berjaya Group (aset RM2.541 billion)


13. Datuk Mokhzani Mahathir
 Kencana Petroleum (aset RM1.937)


14. Datuk Lee Yeow Chor
 IOI Group (aset RM1.787 billion)


15. Tan Sri Tony Fernandes
 Air Asia (aset RM1.772 billion)


16. Lee Yeow Seng
  IOI Group (aset RM1.746 billion)


17. Tan Sri Lau Cho Kun
 Hap Seng Consolidated (aset RM1.721 billion)


18. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
 YTL Group (aset RM1.711 billion)


19. Tan Sri Lee Oi Hian
 Batu Kawan (aset RM1.589 billion)


20. Datuk Lee Hau Hian
 Batu Kawan (aset RM1.58 billion)

Alhamdulillah ada jugak orang Melayu dalam senarai 20 terkaya di Malaysia.
At least ada jugakla kelainan rupa paras di situ..wewe..

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya di Malaysia dengan aset dari 6.01 billion (2010) kepada 8.4 billion (2011) di tangga ketujuh dan 9.53 billion (2012) di tangga kelima.

Fushhh...tumpang bangga jela.
Tumpang kekayaan mana boley...humhum..


Wednesday, 6 February 2013

Perogol bersiri dipenjara 115 tahun, 50 sebatan


Rabidin Satir

RAUB 5 Feb. - Seorang perogol bersiri yang dikenali sebagai 'Rambo Bentong' dihukum penjara 115 tahun dan 50 sebatan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap empat tuduhan rogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman itu terhadap Rabidin Satir, 42, yang berasal dari Tambunan, Sabah dengan setiap kesalahan rogol dikenakan hukuman penjara 25 tahun dan sebatan 10 kali sementara bagi kesalahan meliwat, tertuduh dihukum penjara 15 tahun dan sebatan 10 kali.

Kesemua hukuman itu diperintah berjalan berturut-turut mulai tarikh dia ditangkap pada 14 November lalu.

Murtazadi dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh terhadap mangsa yang masih di bawah umur sebagai tidak berperikemanusiaan.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, 4 February 2013

Bersyukur dengan apa yang ada

Pinjam kata-kata dari Prof. Dr. Muhaya sat sebab nak motibasi..

"Bahagianya kita hari ini kerana bersyukurnya kita semalam, 
dan tidak bahagianya kita hari ini kerana tidak bersyukurnya kita semalam".

Lebih kurang macam tu la katanya, lupa pulok, tgk semalam kat Entri Jameela TV9.
So, untuk bahagia di hari esok kita kena bersyukur dari hari ini.
*Ulang sama-sama (HARI INI!!!)

Inilah Prof. Dr. Muhaya.

Kata Prof. Dr. Muhaya juga:

Punca keretakan rumah tangga rata-ratanya bermula dari rasa tidak puas hati dan tidak bersyukur dengan pasangan masing-masing.

Bersyukur dengan apa yang kita ada.
Bersyukur dengan jodoh yang telah ditetapkan untuk kita.
Bersyukur dengan pasangan kita.

Yup, dengan kata lain terima segala kekurangan si dia dengan melihat kepada kelebihannya bukan kekurangan semata-mata.

Tak dinafikan dalam perkahwinan memang akan ade perselisihan even benda2 kecik sekalipun
 mesti ade yang nak dijadikan isu kan?
Especially wife la.

*cakap berdasarkan pengalaman okeh..hehe.

Kepada yang takde langsung berselisih dengan pasangan sepanjang korang hidup sebagai wife & husband aku salute gile-gile kat korang.

Kita kekadang otak dan badan penat dari ofis terbawa balik ke rumah n then masa tulah semua kekurangan si dia dah jadik benda besar yg kita nak persoalkan. Betul tak?

Contoh:
Kes laki lupa nak off lampu rumah.
Bila balik kerja tgk terang benderang semacam..
"Napela tak off lampu potpetpotpet blablabla......"

Padahal benda kecik je pun kan?
boleh jugak nak dijadikan sebab utk dibebelkan.

Masa ni lah as-syaitan nir rajim datang cocok2 kita utk ungkit semua, korek2 lagi benda2 yg lalu, segala salah silap yg ofkos la buat pasangan bengkek. kan?
*ke aku jer yg macam tu.oh...my bad....

Lepas dapat motibasi dari Prof. Dr. Muhaya aku rasa insaf gila.
In Sha Allah lepas ni kalau ada rasa tak puas hati cepat2 tgk kelebihan jer...
Kekurangan tak mo tak mo...

Memang dah jenis kita nampak je kekurangan orang, kita punye nan hadooooo..
hahahaa...padahal lebih kurang je. 
Cuma nasib bek dapat pasangan yang memang xpernah kesah langsung...

Satu lagi yang aku belajar, orang laki ni pantang sangat kalau kita banding2kan dia dengan laki-laki kat luar sana.

 Kita kekadang saje jek nak bagi hint nak suruh buat kerja rumah konon cakap

"Bestnya orang tu laki dia selalu kemas rumah utk dia blablablabla......."

Tapi awassssssssss.....
Bukan menjernihkan keadaan tapi cara ni akan mengeruhkan lagi ok..hahaa.

So kawan-kawan marilah kita bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita, kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.

Hindarilah dari mengungkit, mencari kekurangan orang lain kerana kita juga manusia biasa yang juga ada kekurangannya.

Selalulah bersyukur dengan pasangan kita semoga kita berbahagia sampai syurga..

Aminnn...