Tuesday 10 March 2015

Qaseh & Qasyah


Hai anak-anak ibu.
Rindunya kat kamu.
Hari-hari tak sabar nak tunggu hari Khamis.
(Bukan sebab malam Jumaat ye, xde kaitan)

Sebab nak menghabiskan masa bersama-sama dan satu lagi sebab ibu nervous takut tak cukup stok susu nak hantar rumah BS...hehe
Sebab tulah hari Jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu.

Citer pasal stok susu sangatlah sedih.
Kais pagi makan pagi je sekarang.
Sebut je supplemen apa.
Semua dah telan kot.
Kalau tak nampak hasil terus tukar supplemen lain.
Betapa terdesaknya ibu mu ini duhai anak..

Sekejap je masa berlalu.
Tup tup je dah nak start GST...kehkeh.

Qasyah dah nak masuk 8 bulan.
Masih belum merangkak, dah makan solid food.
Makanan kegemaran adalah bubur nasi + kurma.
Sangat tak suka duduk lama-lama dalam kereta.
Maknanya ibu xboleh travel jauh-jauh.
Cepat bosan bila dalam kereta.
Harap-harap bukan sampai bila-bila.
Behave sangat, senang nak urus kecuali bila terlalu mengantuk.

Kakak pula semakin slim dari hari ke hari.
Susah sangat nak makan.
24/7 dengan buku, mewarna je pun..hehe
Sayang sangat dekat adik.
Tidur pun nak sebelah adik.
Kalau bangun tengah malam adik tak de, nangis cari adik, nak jugak tidur tepi adik.
Harap-harap sampai ke besar, tak nak gaduh-gaduh.
Sebab ibu sayang dua-dua.
Tak lebih tak kurang, sama rata...
Semoga membesar dengan sihat anak-anak ibu.
Ibu sayang kamu 94%.
6% lagi untuk GST :P....




3 comments:

embunsuchi said...

kemmah entry ibu kali ni.
kasih sayang pun kena caj gst jugok dih. haha.

qasehuteq said...

KEna blako ci trik ni..semua gst..xde nk mikir..jeng..haha

qasehuteq said...
This comment has been removed by the author.