Friday, 14 March 2014

Resipi Kuih Cara Manis

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu.
Hari ni sedang bersenang lenang di kampung.
Menu minum petang juga haruslah bertemakan kampung juga.

Kuih cara lemak manis gebu gebas.


Resipi:

1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa
1 biji telur
3 helai daun pandan
Gula pasir sebagai inti
Garam secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-caranya:

1. Daun pandan dikisar bersama santan kemudian ditapis.
2. Kemudian kacau bersama santan tadi dengan telur, garam dan gandum hingga sebati.


3. Panaskan acuan dan oleskan minyak dengan menggunakan daun pandan yang dilipat.

4. Tuang adunan ke dalam acuan, biarkan seketika dan masukkan gula sebagai inti.

5. Tutup dengan tudung periuk dan masak sehingga adunan tidak melekat pada acuan.

6. Sedia untuk dihidang.

No comments: