Wednesday 3 April 2013

SF Beauty Rahsiaku

Amacam....geli tak tajuk.hehe.
Kalau belum cukup geli lagi...
"SF Beauty rahasia keanggunanku"..
Kalau nak geli lagi...
"Comel tak Kak Ton, comel kannn"....

Entri ni khas untuk korang yang masih tercari-cari produk untuk mengubati duka dan lara kerana berwajah kusam.
Ayuh bukak mata luas-luas.
Ini adalah perkongsian yang paling tulus.
Niat hanya untuk berkongsi bukan untuk berbisnes.
Produk ni alhamdulillah dah 2 bulan aku guna.

SF Beauty Set


1 Set Vitamin E consist of: 
SF Sabun Kecantikan Vit E (Kuning)
SF Day Cream
SF Night Cream
Harga: Aku beli RM90
Kat mana nak beli, kau gugel je, berlambak orang jual online.

1) SF Sabun Kecantikan
Mengandungi sumber vitamin E/C, meningkatkan metabolisme kulit, merencatkan proses penuaan, mengurangkan kedutan serta meningkatkan keanjalan kulit. Dalam masa yang sama kelembapan semula jadi kulit dipelihara supaya kulit tampil segar, licin dan bersih.

2) SF Day Cream (15gm)
Mengandungi pelindung UV yang memberi lapisan perlindungan terhadap sinaran matahari di samping mengekalkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut. Secara tidak langsung menjadikan kulit tampil lebih sihat dan halus. 

3) SF Night Cream (15gm)
Rumusan semulajadi dalam krim ini membantu menghapuskan jeragat dan kesan jerawat dan dalam masa yang sama mencerahkan kulit anda serta meningkatkan seri kulit.

Cara Penggunaan:

Gunakan sabun kecantikan sf 2 kali sehari. Potong 4 bhg untuk lebih jimat.

Basahkan sabun dengan air, gosok sabun ke telapak tangan, kemudian sapukan buih2 sabun rata ke permukaan muka...biarkan selama beberapa minit...sementara anda menggosok gigi...kemudian bilas bersih muka dengan air...

Sapukan cream siang sebagai pelindung UV (oleskan nipis keseluruh bahagian muka)

Sebelum tidur, sapukan cream malam untuk meningkatkan keserian wajah yang kusam dan memelihara kelembapan kulit.Produk ini mengandungi Vitamin E & C utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat, jeragat, bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

Kesan awal:

Antara kesan awal yang aku alami ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang. Jangan GARU okay). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan macam kulit aku akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah. 3 minggu jugaklah proses penggelupasan tu.
Kena tahanlah, kata nak cantik kenn.

Tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini. Boleh semak status kkm dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal.

SF Beauty Soap Vitamin C: NOT 110600593K
SF Beauty Soap Vitamin E: NOT 120602463K
SF Day Cream : NOT 120602461K
SF Night Cream: NOT 120602462K

Kelebihan produk ini?

- Untuk menghilangkan bintik-bintik hitam (jeragat)
- Untuk pencerahan kulit wajah, memang terbuktilah
- Untuk merawat kulit kusam dan warna kulit tidak sekata
- Untuk mengatasi masalah jerawat (mengecut, memudar dan menghilangkan jerawat dan parut jerawat)
- Berupaya memudar dan menghilangkan jeragat
- Mengecilkan pori-pori
- Menjadikan wajah awet muda
- Membuat wajah bersih dan berseri
- Kulit akan kelihatan licin dan gebu

Berapa lama kesan??
Bergantung kepada jenis kulit muka... InsyaAllah..3 minggu mukaku sudah nampak kesannya. Kulit akan mendapat kelembapan semulajadi... lebih cerah dan tampil berseri. Kesan yang betul-betul ketara dalam sebulan, InsyaAllah.

Produk ini tidak MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka. Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Kandungan bahan dalam produk ini:

- Produk ini hanya mengandungi 100% bahan semula jadi seperti buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan E, tanaman herba seperti kunyit dan temulawak. TIDAK ADA LANGSUNG KANDUNGAN KIMIA DAN MERKURI. Jika anda ragu-ragu tentang produk ini, elok jika tidak menggunakannya.

Comel tak Kak Ton????
Belah kiri ke belah kanan lebih cerah berseri??
Ker dua2 tak berseri??
Gullppp!!



2 comments:

mamaeila abdullah said...

wooww......
bukan setakat kak ton, jah tgk pn akn terliur..
kwang....kwang..sf beauty ...i followwww

qasehuteq said...

Kak Ton pun xleh lawe lagi..