Monday, 19 November 2012

9 siti yang patut dicontohi


1. Siti Khadijah

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg setia dan menyokong 
Rasulullahwalaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan 
musyrik, menghantar makanan kepada baginda ketika baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. sangat kasih dan setia 
kpd suaminya Ali Karamallahu Wajhah walaupun Ali miskin. Tidur 
berkongsikan bantal dan kadang2 berbantalkan lengan Ali.

3. Siti A’ishah

Beliau merupakan isteri nabi yg paling romantik. sanggup 
berkongsikan bekas makanan dan minuman dgn rasulullah, dimana 
nabi s.a.w minum disitu dan beliau akan minum menggunakan bekas yg sama

4. Siti Hajar

isteri nabi ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan allah. Sanggup 
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. 
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (pergorbanan seorang ibu mithali)

5. Siti Mariam

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan 
mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah 
s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa a.s

6. Siti Asiah

Isteri firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg 
dihadapinya dpd firaun laknatullah

7. Siti Aminah

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah. Mendidik 
baginda menjadi insan mulia

8. Siti Muti’ah

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya 
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan 
tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak 
memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja

9. Siti Zubaidah

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri khalifah Harun Al-Rashid. 
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk 
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t



No comments: