Wednesday, 22 May 2013

Anak Buah Yang Ke 38

Hari Isnin 20 May 2013.
Alhamdulillah akak ipar telah menjadikan diriku 
mok su kali yang  ke 38.
Jenuh jugak ku kira dengan jari, 
xcukup jari tangan dengan jari2 kaki sekali.
Dah berapa orang ek anak buah aku ni??
Kompius jap..

Tiap2 kali akak or akak ipar bersalin mesti akan ku kira balik dah berapa orang anak buah aku.
Maklumlah time raya je ku kira berapa orangkah mereka2 ini semua..hahaha.

Sekarang ni umor 26,
jumlah terkumpul setakat ni anak sedara udah 38 orang, cucu sedara udah 3 orang.
Keringla poket den bila raya nanti..


I sangat gewamm gile ngan newborn ni.
Baunye haruman sorgaaa..
Kalaulah bersalin tu sesenang makan nasi tentu tiap2 tahun i nak
Besnye kalau orang lain yang beranak tp anak tu kite punye.haha..


Akak ipar caesar.
Sebab baby dia songsang.
Berat 2.5 kg.
Sooo kecik sebab anak i aritu 3.35kg.
So, i rasa agak kenkok la nak pegang dia.
kenkok is janggal???



Qaseh pun agak kalut di situ.
Beginikah agaknye reaksi Qaseh nanti jika di katil itu adalah aku?
Dan yang diribaan itu nanti adiknye sendiri??heheh


Sebelah katil akak ipar, 
aku tengok baby die dok nangis jer.
Tapi mak die baring rilek jer. 
Nenek dia jela yang dok dodoi.

Pelik memang pelik.
Situasi nampak tegang, muka emak, muka husband, semualah.
Aku tanya akak ipar kenapa ngan baby tu?

MasyaAllah sungguh besar kuasaMu Ya Allah
rupanya baby tu dilahirkan sumbing.

Mak dia dah stress sebab tak dapat nak BF kat baby.
Maybe baby nangis sebab lapar.

Then, I put myself in her shoes.

Yup..memang semua ibu di dunia mengimpikan anak yang dikandung 9 bulan dilahirkan sihat dan sempurna.
Akak tadi telah dipilih oleh Allah untuk menerima ujianNya.

Akak tadi terpilih kerana Allah tahu dia kuat.
Kerana sesungguhnya jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.

Sangat-sangat menyentuh perasaan situasi itu.
Hanya mampu berdoa agar akak tadi tabah dan redha dengan ketentuanNya..

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


 SubhanAllah.

No comments: