Sunday, 9 December 2012

Tangan Kanan Ke Kiri?


Suatu hari sedang aku makan nasik dalam bulatan ramai-ramai 
tiba-tiba makcik aku datang tegur,

Katanya:
"Cedok makanan guna tangan kananlah, xelok cedok dengan tangan kiri".

Aku ni dah terbiasa cedok dengan tangan kiri.
Oleh kerana rasa hormat dengan teguran tu 
aku cepat-cepat tukar tangan.

Dalam hati rasa macam xsetuju. 
Xper ker cedok dengan tangan kanan.
Nanti habislah sudu tu comot. 
Nanti orang lain nak cedok pulak xgeli ker?

Contohnya kalau tangan kita berpalit dengan budu, 
sebab kita makan budu, lepas tu kita cedok sayur, budu tadi melekat kat sudu sayur, xke orang yang xmakan budu tadi loya nak cedok sayur tersebut sebab ader kesan budu kita tadi?

Nak2 pulak anak buah aku. Memang penjijik punya olang btoi..
Sah2 dia xkan makan sekali agaknya.

Bila aku google, jawapannya adalah:

Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan tangan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;
 
Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan;

“Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan).

Lalu beliau berkata kepadaku; “Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At’imah).

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan.

Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita), itu tidaklah dinamakan makan.

Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri. Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.
 
Makanya boleh lah ek cedok guna tangan kiri.
Kepada makcik, harap beliau bacalah ek...muahahhahaa..
 


3 comments:

Nurul Ain said...

Alhamdulillah..tak salah la apa kita buat selama ni kan...

qasehuteq said...

Tula.Banyak pendapatnya.kita ikut yang senang dan yang dibolehkan oleh syarak je.

Stucco Contractors Albany said...

This was a lovely blog post