Thursday, 20 September 2012

Putuskan susu badan



Bila pikir-pikir rasanya dah sampai masanya.
Bukan putuskan terus cuma kurangkan dulu.
Yelah nak simpan stok untuk si adik la pulak. Kakak kan dah besar.
Sebab nak putuskan:

1. Sakit pinggang weh. 

Suka sangat menyusu sambil mengiring. 
Kadang-kadang tu rasa macam nak patah je. 
Minum Anlene pun belum tentu dapat baik ni.
Yelah dari malam sampai subuh nak melekat dalam mulut.

2. Semua kerja tak jadi. 

Tengah masak pun mintak nak menyusu. 
Bila dah baring kompom dengan kita sekali terlelap.
Pernah aritu terlelap lepas maghrib pastu bangun tengok jam pukul 11.00.
Heee..awak ni asyik terlelap je kan??
Pastu tanya hubby dah makan? Cesss. Soalan bodoh, nak makan apanye masak pun tak..
See??salah saper??Saper lagi kan.

3. Menjaga hati yang terguris.

Bab ni yang paling tak boleh blah la kan.
Ayat nak nampak sedap je. 
Maksudnya bila dah asyik bertempek je sambil menyusu pastu terlelap sama.
Bila masanya nak melayan bapak nye plak. Ye dok??
Bapak pun nak jugak perhatian... Ecece sadisnya..
Kalau bagi botol je kan senang..Habis sebotol dah zzzzzzzzz...

dan kerana..........


Sesetengah ulamak pula berpendapat menyusukan bayi lebih dari 2 tahun akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai pencipta manusia.
 Ini kerana selepas 2 tahun susu ibu tidak lagi berfungsi untuk memberi nutrien untuk membesar kepada bayi.


Macam-macam cara orang dulu-dulu ajar untuk putuskan susu ni. 
Ada yang letak kopi, nescafe, kunyit, air pinang, sirap banyak lagi lah.
Nanti nak try jugak, cuma sekarang tinggal tak sampai hati je.



2 comments:

cikji said...

Harap ibu qaseh tabah,huhu sie ko qaseh

qasehuteq said...

siye lagi ko ibu qaseh nik :)