SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai lemas di dalam kereta ibunya selepas ditinggalkan selama lebih lima jam, di sebuah sekolah, di sini, semalam.
Mangsa, Nawal Iris Shamsudin ditemui ibunya, Norzatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, dalam keadaan kebiruan kira-kira jam 5.30 petang sebelum dibawa ke klinik berhampiran dan disahkan meninggal dunia.
Sebelum kejadian itu, Norzatusy Hazwa menghantar adiknya di Lapangan Terbang Subang sebelum terpaksa bergegas ke sekolahnya untuk menghadiri mesyuarat.
Beliau yang tergesa-gesa dikatakan tidak menyedari anaknya tidur di bangku belakang kereta.
Apabila kembali ke keretanya, Norzatusy Hazwa terkejut mendapati anaknya terbaring di bangku belakang dalam keadaan kebiruan dan kaku.
Mangsa anak bongsu dari dua beradik dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi awal pagi tadi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sungguh tak dapat nak dibayangkan bagaimana jika perkara ini berlaku pada diri sendiri.
Nauzubillah...
Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.
Walaupun kejadian ini berlaku kelmarin,
tapi hari ini ianya kembali menjadi topik hangat di ofis kerana arwah adik Nawal Iris merupakan cucu kepada salah seorang staff di sini.
Takziah diucapkan kepada Abe Rahim sekeluarga kerana kehilangan cucu yang disayangi.
Kepada seluruh rakyat Malaysia tak usahlah kita terus menerus menuding jari kepada ibu mangsa, kerana tiada ibu yang sanggup kehilangan anaknya dengan cara yang tragis.
Mungkin ini takdirnya yang telah ditentukan.
Siapalah kita untuk berkata itu dan ini.
Sama-sama kita ambil iktibar di atas kejadian ini.
Semoga ibu arwah tabah dan merelakan pemergian adik Nawal.
2 comments:
salam takziah juga utk keluarga mangsa.... ore kelate ek? duk area mana tu??
Sayo ko ja?ho ore kelate.dudok di pendek, salor.Jaa dk mano?
Post a Comment