KUALA LUMPUR 30 Julai - Belum pun reda penghinaan melampau pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee memuat naik poster berbuka puasa dengan 'bak kut teh' (sup tulang babi) di Facebook, satu lagi perbuatan biadab mempermain-mainkan kesucian agama Islam sengaja dilakukan dalam bulan Ramadan.
Kali ini, sebuah video memaparkan seorang anak muda yang menamakan dirinya sebagai Chetz, menyambut Aidilfitri dengan tiga ekor anjing.
Dengan berlatarbelakang suara takbir raya, video selama satu minit 43 saat itu menggambarkan seorang anak muda membuat persiapan di pagi raya dengan memandikan tiga ekor anjing itu sebelum 'mengambil wuduk'.
Anak muda yang berbaju Melayu itu kemudiannya menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.
Rakaman disertakan dengan keterangan aksi yang dipaparkan sebelum itu dengan kata-kata:
"Raikan Aidilfitri bersama-sama tanpa mengira spesies (manusia atau anjing (haiwan), warna kulit (kulit anjing tersebut), dan asal-usul (tempat asal anjing tersebut yang ditulis Klang Lama, Penang Island dan Rawang)."
Bahagian akhir video itu kemudian menyiarkan ucapan anak muda dan tiga ekor anjing tersebut:
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari Chetz sekeluarga".
Sementara itu Bernama melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video dikatakan menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' yang disiarkan dalam laman YouTube.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam itu.
"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya. Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM menggambil tindakan untuk menyiasat video itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130731/dn_06/Lagi-rakaman-video-hina-Islam#ixzz2aaHDmJzs
© Utusan Melayu (M) Bhd
Emmm...tak tahu nak kata apa.
Makin lama makin melampau.
Meremang bulu roma i tengok video ni.
Bukan seram tapi gerrraaaammmmm....
No comments:
Post a Comment