Tuesday 28 January 2014

Kenduri Ipar Duai

Jumaat lepas aku dan family mertua berkonvoi ke Seremban.
Adik tiri hubby kawen.
Kali pertama jumpa dengan adik ipar aku ni masa aku kawen haritu, 
Jun tahun 2010.
Dahsyat kan?

Ni kira kali kedua kami berjumpa.
Adik tiri hubby ni anak abah mertua dengan bekas isteri yang dulu.
Hubby pulak anak mak mertua dengan bekas suami yang dulu.
Kira lain mak, lain ayahla.
Eh, berbelitnya, korang paham tak ni?
Buat-buat paham jelah ek.
Adik ipar ni bila dah besar panjang ni jarang balik Kota Bharu.
Sebab tu la xrapat sangat.


Akad nikah hari sabtu 25 Januari pukul 10 pagi.
Akad nikah ni dekat Masjid Taman Bukit Chedang, Rasah, Negeri Sembilan.

Masa akad nikah ni ade part yang kelakar.
Tak boleh blah part yang bapa pengantin cakap masa nak lafaz akad tu "aku nikahkan akan di kau Shahrizam bin Anuar dengan anak perempuan saya dengan mas kahwin 1 dolar emas".

Habis semua gelak. Aku ingat pengantin yang debor, alih2 bapaknya pengantin perempuan yg over, dahla bin kan menantu dengan nama dia, mas kahwin 1 dinar dah jadi 1 dolar...
suka ati dia je...hehe




Antara barang hantaran yang sempat di snap.
Warna biru dari belah perempuan untuk pengantin lelaki.
Warna merah dari belah lelaki untuk pengantin perempuan.

Ni kira pes time aku sampai nogori.
Tak pernah2 sampai sini.
Aku kalau dengar nogori terbayang2 daging salai masak lemak cili api. Tapi tak kesampaian. Tak de orang hidang pun kat aku masa stay sana..sob sob..
Nak cari dekat kedai tak tahu plak kat mana best.


Ok. 
Dah selesai akad nikah sekarang sesi bergambar pulak.
Qaseh yang tersangat aktif, sampaikan tak terlayan.
Lantaklah nak, letih aku nak kejar ke sana ke mari.
Kalau dia buat sepah aku buat2 tak kenal anak sapa la tu..


Mak mertua dengan adik ipar.
Salute aku ngan mak mertua, walaupun Ijam ni anak tiri je, 
tapi dia layan macam anak dia sendiri.
Macam aku gak dia tak layan macam menantu.
Ceh, bodek nampak...kehkeh..


Aku ngan adik ipar, satu satunya adik perempuan.


Malamnya pula pukul 8.30 kami gerak ke Dewan Perbandaran Seremban. Majlis bersanding buat kat sana.


Selamat pengantin baru buat Ijam dan Fifi.
Akak doakan semoga korang bahagia sehingga ke hujung nyawa.
Rajin2lah balik Kota Bharu ek lepas ni.


Abah, mak mertua, akak ipar, anak buah, Qaseh dan adik.
Sapela yg snap gambar ni, aku macam mamai der.
Sabotaj ke ape.



Lepas tu kita makan.
Walaupun menu xberapa ngam dengan tekak kita layankan sajo.
Aku kalau makan kenduri perkara pertama nak ngap kerabu sare..
Oh dapnye...
Kat sini manala ade kan..



Diriku yang kelihatan soos selepas makan.


Kek pengantin.
Tapi tengok saje ye.


Gambar terakhir bersama pengantin sebelum balik ke rumah.
Walaupun letih tapi happy sebab semua orang happy giteww.
Especially abah mertua la nampak happy sangat maybe sebab dapat menantu baru la teww..
Menantu lama ni janganlah dilupa ye dok??


Sekian liputan di majlis kahwin adik Ijam dan Fifi.
Selamat melayari alam rumah tangga.

“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”

Tuesday 21 January 2014

Cucu Sedara Yang Ke 4

7 Januari 2014 lagi budak ni keluar.
Hari ni barulah merasa dudok dalam blog ni ye.
Apa nak buat auntie ni malas sangat nk post.
Auntie lah sangat kann.
Ni cucu saudara aku yang ke 4.
Makin hari makin tua rase.
Kenapalah diorang ni cepat sangat kahwin.
Muda2 lagi aku dapat title nenek saudara.

Ni anak kepada anak buah aku yang kahwin tahun lepas.
Aku penah post kat blog Gieya Kawen


Lepas ni banyak lagi baby2 yang bakal menyusul dalam blog ni.ehem...
Tahun ni saja aku ade dua orang akak yg pregnant..
Bertambahla list duit raya nanti..hehe

Baby boy 3.7kg.
Homai aku dulu bersalin 3.35kg pun dah hoiiii susahnya nak teran.
Inikan pula beliau...
Anda hebak!!
Di sebalik tabir tu aku tak tahu la drama apa kat labor room tu kan..haha..
Semua dok perli kat mak budak ni,
Masa pregnant sakan makan tido makan tido mana anak xbesar..




Budak baru lahir ni comel je kan.
Gewammmm nak gomol2 pipi.
Homeii sangat.

Wednesday 8 January 2014

SF Beauty Mengandungi Merkuri


Dulu aku pernah share pengalaman aku guna Sf Beauty
So hari ni aku rasa bertanggungjawab jugakla nak share ngan korang yang aku dah stop guna produk ni since aku terbaca dekat akhbar tentang larangan menggunakan produk ni kerana mengandungi merkuri...

Habislah muka ku.
Dah 3 set kot aku pakai.
Kenapa kejam sangat baru nak bongkar.
Selalu je macam ni,
bila orang dah syok pakai barulah keluar itu tak boleh ini tak boleh.
Apa pun tak boleh...pening arrr...
Kenapa awal2 lagi tak stop je penjualan produk ni.

Mula-mula dengar tu macam tak percaya.
Tapi bila cek dengan farmasi memang betul la.
Kalau korang nak cek boleh cek kat sini
Minta maaf kalau ade yang dah cuba produk ni
 lepas baca entri aku dulu.
Jangan salahkan ku salahkan SF Beauty punya tokei ok..

Bila dah stop guna produk ni habislah segala jenis jerawat naik.
Aku dah tak idea nak tepek produk ape.
Aku dah malas sangat.
Takut kang tengah syok pakai tiba2 ade keluar tak bleh pakai pulak dah...
Produk ape ek selamat sket??


Tuesday 7 January 2014

Potty Training


Sesungguhnya nak train benda ni sangatlah mencabar.
Salute aku kat mommies yg berjaya potty train anak-anak bawah umur 2 tahun.
Anda sangat hebat.
Aku ni anak umur 2 tahun 10 bulan baru terhegeh2 nak ajar.
Hari ni dah masuk 5 hari aku ajar.
Alhamdulillah Qaseh dah boleh cakap bila nak kencing.
Cuma first day tu kelakar la jugak, 
cakap nak kencing tapi seluar dah lenjun..hehe..

Tapi aku tak marah, 
aku cakap "Kakak pandai, kakak dah besar nanti ibu hantar pegi sekolah".
Lepas tu terus ok..dah xbasah seluar.
Agaknya budak2 ni kena main psycho jgk kot.
Kena puji-puji gitu..

Yang penting kita sebagai ibu ni kena sabar.
Kena rajin juga.
Kena tanya every 15 minit nak kencing ke x.
Aku memang kerapla tanya,
tak kuasa nak kena cuci kalau terkucil dalam seluar tu.
Aku sekarang dah la pemalas.
sampai satu tahap tu dia boleh cakap kat aku
"Ibu ni sokmo tanya kakak nak kencing ke, kakak letihla kencing sokmo"..hehee...

Tapi kesabaran tu berbaloi.
Akhirnya Qaseh dah tak perlukan diapers.
Jimat poket aku...hehe.
Tapi bukan itu motifnya, 
bagi aku kalau dah anak dah boleh cakap tu maknanya dia dah boleh lah kan bagitahu kita bila nak ke tandas.

Kepada mommies yg sedang potty train anak-anak,
aku doakan semoga berjaya.
Sabarrr banyak2 ok..
Jangan marah2...
Puji sokmo-sokmo... :)