Tuesday 28 January 2014

Kenduri Ipar Duai

Jumaat lepas aku dan family mertua berkonvoi ke Seremban.
Adik tiri hubby kawen.
Kali pertama jumpa dengan adik ipar aku ni masa aku kawen haritu, 
Jun tahun 2010.
Dahsyat kan?

Ni kira kali kedua kami berjumpa.
Adik tiri hubby ni anak abah mertua dengan bekas isteri yang dulu.
Hubby pulak anak mak mertua dengan bekas suami yang dulu.
Kira lain mak, lain ayahla.
Eh, berbelitnya, korang paham tak ni?
Buat-buat paham jelah ek.
Adik ipar ni bila dah besar panjang ni jarang balik Kota Bharu.
Sebab tu la xrapat sangat.


Akad nikah hari sabtu 25 Januari pukul 10 pagi.
Akad nikah ni dekat Masjid Taman Bukit Chedang, Rasah, Negeri Sembilan.

Masa akad nikah ni ade part yang kelakar.
Tak boleh blah part yang bapa pengantin cakap masa nak lafaz akad tu "aku nikahkan akan di kau Shahrizam bin Anuar dengan anak perempuan saya dengan mas kahwin 1 dolar emas".

Habis semua gelak. Aku ingat pengantin yang debor, alih2 bapaknya pengantin perempuan yg over, dahla bin kan menantu dengan nama dia, mas kahwin 1 dinar dah jadi 1 dolar...
suka ati dia je...hehe




Antara barang hantaran yang sempat di snap.
Warna biru dari belah perempuan untuk pengantin lelaki.
Warna merah dari belah lelaki untuk pengantin perempuan.

Ni kira pes time aku sampai nogori.
Tak pernah2 sampai sini.
Aku kalau dengar nogori terbayang2 daging salai masak lemak cili api. Tapi tak kesampaian. Tak de orang hidang pun kat aku masa stay sana..sob sob..
Nak cari dekat kedai tak tahu plak kat mana best.


Ok. 
Dah selesai akad nikah sekarang sesi bergambar pulak.
Qaseh yang tersangat aktif, sampaikan tak terlayan.
Lantaklah nak, letih aku nak kejar ke sana ke mari.
Kalau dia buat sepah aku buat2 tak kenal anak sapa la tu..


Mak mertua dengan adik ipar.
Salute aku ngan mak mertua, walaupun Ijam ni anak tiri je, 
tapi dia layan macam anak dia sendiri.
Macam aku gak dia tak layan macam menantu.
Ceh, bodek nampak...kehkeh..


Aku ngan adik ipar, satu satunya adik perempuan.


Malamnya pula pukul 8.30 kami gerak ke Dewan Perbandaran Seremban. Majlis bersanding buat kat sana.


Selamat pengantin baru buat Ijam dan Fifi.
Akak doakan semoga korang bahagia sehingga ke hujung nyawa.
Rajin2lah balik Kota Bharu ek lepas ni.


Abah, mak mertua, akak ipar, anak buah, Qaseh dan adik.
Sapela yg snap gambar ni, aku macam mamai der.
Sabotaj ke ape.



Lepas tu kita makan.
Walaupun menu xberapa ngam dengan tekak kita layankan sajo.
Aku kalau makan kenduri perkara pertama nak ngap kerabu sare..
Oh dapnye...
Kat sini manala ade kan..



Diriku yang kelihatan soos selepas makan.


Kek pengantin.
Tapi tengok saje ye.


Gambar terakhir bersama pengantin sebelum balik ke rumah.
Walaupun letih tapi happy sebab semua orang happy giteww.
Especially abah mertua la nampak happy sangat maybe sebab dapat menantu baru la teww..
Menantu lama ni janganlah dilupa ye dok??


Sekian liputan di majlis kahwin adik Ijam dan Fifi.
Selamat melayari alam rumah tangga.

“Barakallahu laka wa baraka ‘alaik, wa jama’a bainakuma fi khair”
Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang mahupun susah dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan”

1 comment:

embunsuchi said...

nampak semakin sihat puan.