Sonotron Theraphy
Alhamdulillah hari ni ade mood sket nak update blog.
Sedeh sungguh tengok blog ni.
Aku yang menengok pun sedeh,
ini kan pula orang yang nak berkunjung..hehe..
Aku nak share sonotron theraphy yang aku cuba kat Qaseh.
Sonotron ni adalah sejenis rawatan yang mengeluarkan pancaran discaj korona dari frekuensi radio yang rendah.
(ceh rasa macam doktor plop)...
Penyakit yang boleh dirawat dengan sonotron:
1. Kayap
2. Hemotoma/Bengkak
3. Kecederaan selepas bersukan
4. Masalah pernafasan pada kanak-kanak/Kahak
5. Bronchitis
6. Sakit pinggang
7. Lelah/Asthma
8. Gastrik
9. Jerawat
10. Resdung/Seduan
11. Gout
12. Sakit Otot
Aku try sonotron sebab Qaseh ade sikit2 simptom2 macam asthma.
Tak teruk sangat tapi bila demam selsema comfomla pakej sekali dengan lelah.
Aku yang menengok pun rasa kesian plus xcukup tido time dia kena lelah.
Memang kalau budak lelah ni dia tak dapat tidur lena.
Macam pernafasan dia terganggula.
So, kaedah sonotron ni doktor cakap dapat mencairkan kahak yang ada dekat paru2.
Rasa dia macam kita guna hair dryer je.
Keluar haba suam-suam gitu.
Kalau lelah alat tu dia akan lalukan di bahagian dada dan belakang badan.
Kalau sakit pinggang tang pinggang, sakit kaki kat kaki.
Aku buat 3 hari lepas.
Tapi kalau nak mujarab lagi at least kena 3 kali.
Kesimpulan yg boleh disimpulkan lepas buat sonotron ni, alhamdulillah lelah tu dah hilang.
Pastu keluar lendir2 melalui muntah dan najis.
Memang doktor dah inform awal2 la benda ni.
So, aku pun xterkejut sangatla bila tiba-tiba dia muntah berlendir.
Kalau korang yang tinggal area Kota Bharu kalau nak cuba bolehla ke:
Klinik Dr. Ramzi
Jalan Panji (Tepi JPJ Panji)
Tel: 09-7651803
Untuk kanak-kanak masa rawatan 10 minit je.
Bagi dewasa 20 minit.
Harga sekali rawatan kanak-kanak RM20.
Dewasa kalau tak silap la RM35.
*Hanya perkongsian semata-mata, bukan iklan berbayar.
3 comments:
bunyi mace sinetron jah.
Mujo sy xminat sinetron..hehe
romamtiknya template puan. labiu labiu nah.
Post a Comment