Tuesday, 29 April 2014
D.I.Y: Lace simple di baju kurung & gaun kanak-kanak
Thursday, 17 April 2014
Qaseh dan Taman Permainan
Wednesday, 16 April 2014
Fesyen baju raya untuk ibu mengandung
Aku sekarang tengah dalam dilema ni.
Dilema nak decide pattern baju raya.
Raya kan dah xlama, haruslah prepare awal2 kan.
Ibu mengandung pun haruslah nak nampak vogue jugak di hari raya.
Cuma yang menjadi masalahnya aku tak tahu masa tu aku perut buncit lagi ke tak.
Maksud aku, aku dah bersalin or masih membonyot.
Maklumlah aku punye EDD 28 Julai 2014.
1 Syawal tu..
Acaner???
Bila dah pikir-pikir semasak-masaknya aku rasa paling selamat buat baju design peplum kot.
Peplum kalau xpeknen pun boleh, peknen pn boleh dok.
Tapi sekarang peplum ni trend lagi ke?
Rasanya 2, 3 tahun lepas je fofular.
Kan nampak macam ketinggalan zaman.
Ni antara fesyen-fesyen yang aku jumpa kat gugel.
Yang mana satu ok?
Fesyen retis-retis.
Yang ni tak kot.
Seksa dan soos.
Tak muat nak makan ketupat rendang.
Ayu Rodoh.
Pun comei.
Tapi vogue sangat.
Design dh ok rasanya.
Cuma perlu tukar jenis kain je ni.
Korang caner?
Baju raya dah tempah ke belum?
Ke dah siap??
Tuesday, 8 April 2014
Resipi Nasi Ayam Hainan
Untuk nasi
2 cawan beras yang telah dibasuh
1 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 inci halia
Sedikit minyak bijan
1. Bawang dan halia ditumbuk.
2. Masukkan minyak bijan ke dalam periuk dan tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk.
3. Kemudian masukkan beras yang telah dibasuh dan goreng sekejap.
4. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dan masaklah dalam periuk elektrik.
Untuk Sos Cili
4 biji bawang putih
4 biji cili merah
Air rebusan ayam
Sedikit garam dan gula
1. Tumbuk atau kisar semua bahan sehingga halus.
Untuk sup
Masukkan garam dan hirisan daun sup ke dalam baki air rebusan ayam tadi.
Siap!!
Selamat mencuba...
Tuesday, 1 April 2014
Qaseh Iris Is 3
Subscribe to:
Posts (Atom)