Wednesday 16 April 2014

Fesyen baju raya untuk ibu mengandung

Aku sekarang tengah dalam dilema ni.
Dilema nak decide pattern baju raya.
Raya kan dah xlama, haruslah prepare awal2 kan.
Ibu mengandung pun haruslah nak nampak vogue jugak di hari raya.

Cuma yang menjadi masalahnya aku tak tahu masa tu aku perut buncit lagi ke tak.
Maksud aku, aku dah bersalin or masih membonyot.
Maklumlah aku punye EDD 28 Julai 2014.
1 Syawal tu..
Acaner???

Bila dah pikir-pikir semasak-masaknya aku rasa paling selamat buat baju design peplum kot.
Peplum kalau xpeknen pun boleh, peknen pn boleh dok.
Tapi sekarang peplum ni trend lagi ke?
Rasanya 2, 3 tahun lepas je fofular.
Kan nampak macam ketinggalan zaman.

Ni antara fesyen-fesyen yang aku jumpa kat gugel.
Yang mana satu ok?





Fesyen retis-retis.
Yang ni tak kot.
Seksa dan soos.
Tak muat nak makan ketupat rendang.


Ayu Rodoh.
Pun comei.
Tapi vogue sangat.
Design dh ok rasanya.
Cuma perlu tukar jenis kain je ni.


Korang caner?
Baju raya dah tempah ke belum?
Ke dah siap??