Tak mahu cakap banyak.
Sebagai insan yang beragama Islam
hidup kita mestilah berlandaskan Al-Quran & Sunnah,
hidup kita mestilah berlandaskan Al-Quran & Sunnah,
In Sha Allah selamat dunia akhirat.
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.
Firman Allah: (maksudnya) “Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.(Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.
Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.
"Biar miskin duniawi, asalkan kaya dengan ukhrowi".
4 comments:
cayalah teq. takbir !!!
(1malaysia la ssangat...)
Kata demokrasi, ko guaner bim.
Kita bebas bersuara..hehe
betul2.
kemain kempen 1malaysia, bila kaloh, tubik pulok isu bangsa. hermmm... tok betul jale.
sebab tu kok2 mano keno berpandukan al quran.
semoga komen saya ini tidak disalah erti. huuhuu..
haha.jgn takut bim.berani kerana benar.
Post a Comment